
Selebriti, Tya Arifin mengakui anak sulungnya Arif Jiwa Asyraf atau mesra dipanggil abang lebih manja berbanding anak perempuannya, Ara Azzahraf Jiwa Aysraf.
Perwatakan Ara yang lasak dan berdikari jauh berbeza berbanding abangnya Arif yang lebih mengikut peraturan dan manja. Perkongsian ini dikongsi oleh Tya di laman instagramnya.
“Abang vs Ara
Abang yang lebih ikut cakap, ikut peraturan, ikut directions, manja, penyayang.
Kalau Ara ni jenis yang ikut apa yang dia nak, berdikari, mandiri, lasak girl 😅
Ini contohnya, baca doa makan, Ara bagian Amin je haha dan makan pun abang arif kena pakai sudu ya, yang Ara tadi pakai tangan😅”
Rata-rata warganet memberikan pendapat masing-masing malah gelagat comel Arif dan Ara mencuit hati ramai.
kay.amhakim
Syndrome ank no 2 org kata.. 🤣
_aisyabdrf__
😍😍😂😂😂 omeiii abang Arif ni
ajeng_adm
Kacau saja ara nih😂😂..abang arif bijak ajarkan adik❤️❤️❤️❤️❤️
immyra92
Adorable 😍
cahyanur1012
Doa apa itu araaa😍
aderna25
Arif abang yg bijak, abang panutan, ❤️
aderivanno
😍😍😍😍
aman_hisham
Comel 😍😍😍
rihannaqadira
pandai abang❤️❤️❤️
Nurtria Wulandari sebelum ini merupakan seorang pelakon wanita dari Indonesia. Menantu tiri penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini mendirikan rumah tangga bersama Asyraf Khalid (Ahli perniagaan) pada 1 November 2015. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Arif Jiwa 4 tahun dan Azzahra Jiwa Asyraf 2 tahun.
Kredit: Tya Arifin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan Diharap Meredakan Kekeliruan Berkenaan Isu Doula Yang Tular

Isi Kandungan
ToggleIsu doula yang tular sekarang menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat terutama ibu mengandung. Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang lengkap dan jelas daripada sudut pandangan agama Islam diharap meredakan kekeliruan yang berlaku dan selepas ini bakal ibu bapa lebih bijak membuat pilihan mengenai perkara yang melibatkan nyawa manusia iaitu ibu yang melahirkan dan bayi yang dilahirkan.
Mukadimah
Isu doula mula timbul beberapa tahun kebelakangan ini dan menjadi semakin hangat apabila dikejutkan dengan kematian seorang bayi yang dilahirkan di rumah, tanpa kehadiran bidan atau pakar perubatan bertauliah. Bayi berkenaan dikatakan meninggal dunia akibat komplikasi kerana bayi dan ibunya hanya berada di bawah pengawasan doula. Walaupun kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa, kami merasa terpanggil untuk mengulas isu ini secara menyeluruh berdasarkan laporan-laporan yang diperoleh daripada sumber-sumber kedua-dua belah pihak. Kami namakan Bayan Linnas pada kali ini dengan tajuk Hukum Menggunakan Khidmat Doula.
Definisi
Sebelum kami memberi jawapan dengan lebih terperinci, kami mulakan dahulu dengan definisi khidmat doula. Perkataan ‘doula’ itu sendiri berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “hamba wanita”. Kamus English Oxford menghuraikan doula sebagai “woman, typically without formal obstetric training, who is employed to provide guidance and support to a pregnant woman during labour.” (wanita, tipikalnya tanpa latihan perbidanan yang formal, yang mana diambil bekerja untuk menyediakan panduan dan sokongan kepada wanita mengandung semasa proses kelahiran)
Menurut penjelasan American Pregnancy Organization, doula adalah seorang pelatih profesional yang membantu memberikan sokongan dari segi emosi, pendidikan (contohnya, ilmu kehamilan, cara meneran, cara bernafas) dan fizikal (secara sentuhan seperti urutan)[1] Sokongan ini diberikan kepada ibu yang hamil, akan bersalin, atau telah bersalin. Tugas utama doula adalah untuk membantu para ibu mempunyai pengalaman bersalin yang selamat, menenangkan dan diingati.
Jenis Doula
Menurut WebMD, secara asasnya, terdapat 3 jenis doula iaitu doula antepartum, doula labor, dan doula pospartum. Doula antepartum membantu memberi ilmu kehamilan dan mengajar cara-cara bersalin kepada ibu mengandung. Doula labor pula berada di sisi ibu ketika bersalin. Manakala, doula postpartum akan berada di sisi ibu selepas bersalin dan membantu dalam hal penjagaan bayi dan penyusuan termasuk penjagaan ibu dan pengurusan kerja rumah.[2]
Hukum Menggunakan Khidmat Doula
Kes kematian bayi yang melibatkan doula baru-baru ini di Malaysia membuka mata banyak pihak akan betapa seriusnya isu ini dalam kalangan masyarakat kita. Begitu juga ada kes kematian wanita yang bersalin akibat daripada khidmat doula yang tidak profesional. Doula sebagaimana pengamalan di luar negara, menggalakkan kelahiran bayi di hospital dengan dibantu oleh doktor. Mereka tidak berperanan mengambil alih tugas bidan dan doktor terlatih. Ini kerana, sekiranya berlaku apa-apa komplikasi seperti pendarahan selepas kelahiran, proses kelahiran yang memerlukan caesarean, janin stres di dalam kandungan, tersangkut dan bayi songsang, ia memerlukan kemahiran yang tinggi oleh pakar. Jika tidak, ia mungkin boleh membawa kepada kematian ibu atau bayi atau kedua-duanya.
Setelah meneliti dan menekuni isu ini, disamping mendapatkan maklumat dari pakar perubatan[3], kami berpandangan penggunaan khidmat doula adalah tidak boleh dilakukan tanpa pemerhatian doktor atau bidan yang terlatih. Alasan tidak mahu melahirkan anak di hospital kerana isu aurat tidak timbul kini dengan adanya seluar bersalin mesra aurat, hospital-hospital tertentu yang menawarkan khidmat bersalin dengan menutup aurat, disamping perlu difahami bahawa nyawa adalah jauh lebih penting maslahatnya berbanding aurat dalam situasi tersebut. Selain itu, meyakini bahawa melahirkan anak di rumah adalah mencontohi Maryam alahissalam adalah tidak benar kerana kejadian yang berlaku di zaman tersebut adalah kehendak Allah SWT untuk membuktikan kekuasaan-Nya. Adapun bagi manusia selainnya, tidak terlepas daripada aspek sabab-musabab-musabbib al-asbab (causality).
Apa yang diusahakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia jelas menunjukkan kejayaan dalam pengurangan kadar kematian ibu bersalin dari tahun demi tahun, begitu juga kadar kematian bayi. Bagi tahun 2017, 12.5 kematian bayi dalam setiap 1,000 kelahiran berbanding 12.9 pada tahun 2016 dan 13.69 pada tahun 2014. Dalam masa yang sama, amat penting supaya penjagaan sejak mengandung dilakukan di tempat-tempat yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, bukannya hanya melalui konsultasi doula semata-mata.
Suka untuk kami ingatkan kepada pengamal perubatan dan juga doula, sebuah hadis daripada Amru’ bin Syu’aib, daripada bapanya, daripada datuknya bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ تَطَبَّبَ، وَلَا يُعْلَمُ مِنْهُ طِبٌّ، فَهُوَ ضَامِنٌ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengubati dan tidak diketahui daripadanya (tidak mahir) ilmu perubatan, maka dia bertanggungjawab (atas apa-apa yang terjadi).”
(Riwayat Abu Daud, no. 2633)
Mulla ‘Ali al-Qari menjelaskan kalimah (وَلَا يُعْلَمُ مِنْهُ طِبٌّ) dengan katanya:
مُعَالَجَةٌ صَحِيحَةٌ غَالِبَةٌ عَلَى الْخَطَأِ فَأَخْطَأَ فِي طِبِّهِ وَأَتْلَفَ شَيْئًا مِنَ الْمَرِيضِ
Maksudnya: “(Dia tidak mengetahui) Rawatan yang sahih, yang kebiasaannya boleh membawa kepada kesalahan. Maka dia tersilap dalam rawatannya dan menyebabkan terjadi sesuatu yang buruk (atau kecacatan/kematian) pada pesakit. (Lihat Mirqat al-Mafatih Syarh Misykat al-Masabih, 6/2293)
Al-Muzhiri menjelaskan,
مَنْ شرع في علم الطب ولا يكون مشهورًا فيه، فإذا عالج مريضًا فهو ضامن
Maksudnya: Barangsiapa yang memasuki ilmu perubatan dan dia tidak menjadi masyhur dalamnya (tidak menguasainya), jika dia mengubat pesakit, dia bertanggungjawab (atas apa-apa yang terjadi).” (Lihat al-Mafatih Syarh al-Masabih, 4/217)
Ini juga satu bentuk peringatan daripada Rasulullah SAW untuk tidak bermudah-mudahan dalam ilmu perubatan sekiranya tidak ada pengetahuan yang cukup mendalam tentangnya kerana ia akan membawa risiko kepada pesakit sendiri.
Sebuah hadis Nabi SAW yang menjadi kaedah fiqh menyebut:
لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ
Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudharatkan diri sendiri dan orang lain.”
Riwayat Ibn Majah (2341) dan al-Daruqutni (4/228) serta selainnya dengan sanad yang bersambung, juga diriwayatkan oleh Imam Malik (2/746) dalam Muwattho’ secara mursal dari Amr bin Yahya dari bapanya dari Rasulullah SAW, beliau tidak menyebutkan Abu Sa’id. Namun ia memiliki jalan-jalan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.) Hadis hasan.
Perkataan dharar (ضرر) dan dhirar (ضرار) sebahagian ulama berpendapat kedua lafaz ini dengan satu makna dan disebut dengan kedua-duanya sebagai ta’kid (penguat).
- Ibn Habib berpendapat dharar (ضرر) di sisi ahli bahasa arab adalah isim (kata nama). Sebaliknya dhirar (ضرار) pula memberi maksud fi’il (kata kerja)
- Al-Khusyani berpendapat: “Dharar (ضرر) ialah yang mendapat manfaat bagi kamu sedangkan jiran kamu pula mendapat mudarat. Sebaliknya perkataan dhirar (ضرار) di mana ia tidak memberi sebarang manfaat dan ke atas jiran kamu sedangkan kamu mendapat mudarat. Inilah wajah yang baik dari sudut maknanya.”
Imam Ibn Daqiq al-‘Id menyebut, bahawa al-Mahasini berkata: “Bahawa yang dimaksudkan dengan merugikan adalah melakukan sesuatu yang bermanfaat bagi dirinya, tetapi menyebabkan orang lain mendapatkan mudharat”. Ini adalah pendapat yang benar. Sebahagian ulama berkata: “Yang dimaksud dengan ‘kamu membahayakan’ iaitu engkau merugikan orang yang tidak merugikan kamu. Sedangkan yang dimaksudkan “saling merugikan” iaitu engkau membalas orang yang merugikan kamu dengan hal yang tidak setara dan bukan untuk membela kebenaran.”
Berdasarkan hadis di atas, menyelamatkan nyawa dari sebarang mudharat dan yang membawa kepada mudharat adalah wajib. Ini bertepatan dengan prinsip penjagaan nyawa (hifz al-nafs) dalam maqasid syari’ah yang diletakkan oleh Imam al-Ghazali dalam bahagian dharuriyyat. Kita amat berharap agar setiap nyawa dapat diselamatkan dari tindakan yang boleh membawa kepada kematian disebabkan oleh doula yang tidak bertanggungjawab.
Dalam banyak hadis, Rasulullah SAW melarang segala perlakuan yang boleh membahayakan sesama Muslim. Sabda Nabi SAW:
إِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ حَرَامٌ عَلَيْكُمْ
Maksudnya: Sesungguhnya darah kalian dan harta kalian haram atas kalian
(Riwayat Muslim, no. 1218)
Melakukan sesuatu yang membahayakan atau mencalarkan kehormatan dan juga melibatkan harta atau jiwa umat Islam adalah tindakan kezaliman yang diharamkan oleh Allah SWT. Justeru, marilah sama-sama kita menginsafi seperti dalam isu ini dengan merujuk kepada pakar-pakar perubatan yang telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia agar sebarang tindakan rawatan kesihatan sentiasa dalam keadaan yang selamat.
Akhukum fillah,
SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
11 Februari 2018
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mana Ibu Yaya? Kanak-Kanak 4 Tahun Ditemui Berjalan Seorang Diri. Tiada Waris Tuntut

Kanak-kanak perempuan dipercayai ditinggalkan di sebuah restoran di Menara U2, Seksyen 13, di Shah Alam, beberapa hari lalu kini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Kanak-kanak berkenaan yang berusia empat tahun yang hanya menggelarkan dirinya ‘Yaya’ ditemui berkeliaran seorang diri di sekitar restoran berkenaan kira-kira 8 malam oleh pemilik restoran sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Balai Seksyen 9, Asisten Superintendan Zaiful Nizam Mohamad berkata, sehingga kini, tiada waris Yaya tampil untuk membawa pulang kanak-kanak itu dan pihaknya terpaksa menyerahkan kepada pihak JKM bagi urusan berikutnya.
“Usaha mengesan waris Yaya juga giat dijalankan namun tidak banyak maklumat yang diperoleh memandangkan kanak-kanak itu ditemui sehelai sepinggang.
“Hasil semakan juga mendapati tiada sebarang laporan dibuat berkaitan kehilangan kanak-kanak perempuan sebaya Yaya sehingga hari ini,” katanya.
Katanya, pihak polis kemudiannya menyerahkan kanak-kanak itu kepada pihak JKM Selangor bagi tindakan lanjut.
“Yaya menangis apabila kita menghantarnya ke JKM kerana dia mahu terus dijaga pihak polis.
“Bagaimanapun, kita perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan menyerahkannya kepada JKM,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak berkenaan bolehlah menghubungi Balai Polis Seksyen 9 di talian 03-55202242/43 atau tampil JKM Selangor di Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan.
Sumber: Metro & Foto: Ihsan PDRM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedih Bila Ibu Terpaksa Pam Dan Menyusu Dalam Stor! Polisi Penyusuan Susu Ibu Perlu Diperluaskan

Selain isu tempat asuhan dan taska, tempat penyusuan juga merupakan isu besar bagi golongan ibu. Di Malaysia, masih kurang kesedaran tentang tempat penyusuan yang selesa untuk golongan ibu. Akibat kekangan ini, ramai ibu yang mengambil inisiatif untuk menyusu di tempat awam dengan menggunakan nursing cover untuk melindungi aurat.
Beberapa hari lalu, pihak kementerian berkaitan juga telah mengambil langkah proaktif dengan mencadangkan pelbagai usaha untuk memastikan SEMUA agensi kerajaan akan memiliki pusat jagaan kanak kanak seawal tahun hadapan.
Walaupun, isu penyusuan susu ibu tidak akan menyebabkan kematian, namun ia merupakan antara isu yang wajar di beri perhatian.
Sehingga kini, masih ramai wanita terutamanya wanita bekerja tidak dapat meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif berikutan polisi di tempat kerja tidak menyokong aktiviti penyusuan susu ibu di tempat kerja.
Di Malaysia, penyusuan susu ibu di tempat awam masih tidak dapat di terima secara meluas oleh semua pihak, maka adalah penting untuk lebih banyak fasiliti dan kemudahan bilik penyusan susu ibu disediakan.
Menyedihkan apabila masih ramai ibu yang terpaksa menyusu dan mengepam susu di tempat yang kurang bersesuaian seperti di dalam stor dan di dalam surau.
Elemen untuk menjayakan Program Penyusuan Susu Ibu di tempat kerja
Sokongan kepada program penyusuan susu ibu untuk menggalakkan penyusuan ibu sepenuhnya di tempat kerja memerlukan pihak majikan mempertimbangkan perkara-perkara yang berikut:
a) Menyediakan bilik penyusuan
b) Mewujudkan tatacara mengenai keupayaan dan fleksibiliti untuk penyusuan susu ibu
c) menggalakkan aktiviti pendidikan mengenai penyusuan susu ibu dan lain-lain bentuk sokongan di tempat kerja.
Apakah Faedah dan Manfaat Menyokong Polisi Penyusuan Susu Ibu Kepada Pekerja?
Pihak majikan sektor korporat akan memperolehi banyak faedah dalam perniagaan mereka kerana menyokong program penyusuan susu ibu.
Program ini bukan sahaja menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan ibu dan anak malah menjana keuntungan yang cukup besar dari segi ekonomi kepada perniagaan kerana terdapat pengurangan dari segi kos jagaan kesihatan pekerja, penurunan kadar ketidakhadiran, peningkatan dalam produktiviti, penambahbaikan mutu pekerja dan peningkatan imej korporat.
Kajian terhadap program penyusuan
Sebuah syarikat yang beroperasi di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai CIGNA Corporation telah menjalankan suatu kajian selama dua tahun ke atas 343 orang pekerja yang menyertai program menyokong penyusuan ibu.
Kajian ini menunjukkan pulangan kewangan yang berikut bagi tahun 2010:
- Penjimatan tahunan sebanyak $240,000 dalam perbelanjaan jagaan kesihatan bagi ibu yang menyusu dengan susu badan dan kanak-kanak yang diberikan susu badan;
- Pengurangan sebanyak 77% dalam waktu bekerja yang hilang kerana bayi yang sakit, dengan penjimatan tahunan sebanyak $60,000;
- Kos farmasi yang rendah kerana preskripsi yang diperlukan oleh bayi yang sakit berkurangan sebanyak 62%;.
Di harapkan pihak kementerian yang berkaitan dapat membawa isu ini untuk di ketengahkan dan menggesa agar sokongan polisi penyusuan susu ibu di perluaskan.
Sumber: Public Health Malaysia-Laman Rasmi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI