Seorang budak lelaki berusia 7 tahun maut selepas dada tertusuk serpihan kaca ketika bermain di rumahnya dekat Kampung Bukit Changgang, Banting.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, berkata kejadian itu berlaku pada jam 4 petang.
“Semasa kejadian berlaku mangsa dikatakan sedang bermain sendirian, manakala ibu bapa mangsa turut berada di dalam rumah.
“Ibu bapa kanak-kanak itu mendakwa, mangsa melompat di atas sofa rumahnya sebelum jatuh di atas meja kaca di hadapan sofa.
Ads
Gambar Hiasan
“Kejadian mengakibatkan dada mangsa terkena serpihan kaca. Mangsa kemudian dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Banting dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca kematian mangsa.
Ads
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Pertama kali bergelar ibu kepada cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir, 1 tahun, Mira Filzah mengakui dia banyak belajar perkara baru dan perlu bijak mengatur masa antara kerjaya dan keluarga.
“Menjadi seorang ibu kepada Amir, adalah pengalaman baru. Ini adalah fasa pertama, banyak perkara yang Mira belajar sepanjang masa. Mira sentiasa belajar untuk jadi yang terbaik dengan mengikuti perkembangan Amir. Sebab Mira sangat sibuk, keluar pagi..dia tidur.. balik malam dia masih tidur. Bila tengok anak kat CCTV, ala kesian tengok dia main sendiri. Tapi Mira kena pandai bahagi masa antara jadi ibu, isteri dan kerjaya.”
Baginya yang juga salah seorang penerima Anugerah Pa&Ma Gala Award, Best Mama Millennial 2023, berjauhan dengan anak kecil demi tanggungjawab pada kerja membuatkan dia semakin matang dalam menguruskan kehidupan.
Moment Menitiskan Air Mata
“Mira pernah berjauhan pertama kali dengan Amir masa tu dia baru 3 bulan. Atas urusan kerja di Indonesia.. Itu pertama kali la sebab yelah berjauhan buat pertama kali. Bila bekerja jauh, rasa rindu tu pada anak.. normalah kan?”
Isteri kepada ahli perniagaan ini juga mengakui sokongan dan tanggungjawab suami amat penting lebih-lebih lagi dalam memahami jadual kerjanya yang padat.
Suami Support System Yang Kuat
“Emir banyak bertolak ansur, Mira akan bagitahu awal supaya Amir ada masa bersama salah seorang dari kami. At least tak dua-dua busy dalam satu masa”
Wanita Kena Bekerja
“Mira setiap malam suka tengok video lama dia masa kecil, Mira dapat tawaran kerja di luar Selangor dalam 45days macam tu dan Mira terfikir boleh ke tinggalkan Amir lama-lama macam tu kan”
“Tapi macam Mira cakap, kena balance.. kalau kita ada rezeki kerja kena bekerja. Kita kena jadi wanita berdikari sebab tak tahu apa akan terjadi masa depan.”
“Mira tetapkan dalam hati, semuanya untuk masa depan Amir. Hati kena kuat”
Saksikan perkongsian penuh Mira Filzah sebagai penerima Anugerah Best Mama Millennial, Pa&Ma Gala 2023 di bawah ini
Bayi malang berusia 10 bulan, Naufal Amsyar Nabil Fikri, yang cedera parah di kepala dipercayai akibat terjatuh dari buaian di rumah pengasuhnya, menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.
Ayahnya, Nabil Fikri Anwar, 28 tahun, memaklumkan, anak tunggalnya itu meninggal dunia sekitar jam 9 pagi tadi selepas empat hari menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.
Katanya, anaknya menghembuskan nafas terakhir di sisi dia dan isteri, Noraziqah Rohmat, 23 tahun, selain beberapa anggota keluarga terdekat.
Nabil yang juga kakitangan Majlis Daerah Tangkak berkata, anaknya akan dikebumikan di Tangkak selepas waktu Zohor.
Selasa lalu, bayi malang terbabit dimasukkan ke HPSF setelah dirujuk daripada Hospital Tangkak apabila pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di dahi kiri, pendarahan mata selain retak tempurung kepala yang serius.
Bayi itu dipercayai terjatuh daripada buaian sebanyak dua kali sebelum ini ketika berada di rumah pengasuh di Taman Sialang, Tangkak.
Susulan itu, seorang wanita berusia 35 tahun yang juga pengasuh Naufal kini direman polis selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang due date mereka sekitar bulan Ramadan nanti, mesti dah terfikir bagaimana agaknya mereka nak kena ganti puasa.
Mana tidaknya, bersalin ketika bulan Ramadan biasanya menyebabkan ibu-ibu mengalami nifas dan seterusnya tidak dapat menunaikan solat serta ibadah puasa buat masa yang agak lama.
Malah, ibu-ibu yang melahirkan juga biasanya akan menyusukan bayi dalam tempoh 2 tahun pertama.
Dalam keletihan mengurus dan menyusukan bayi, dah tentu ada wanita yang rasa terbeban dan tak mampu menggantikan bilangan hari puasa yang hampir sebulan lamanya.
Jadi, perlukah fidyah jika ia tak dapat diganti sehingga tiba bulan Ramadan seterusnya?
Pertama sekali perlu jelas tentang maksud ‘pantang’ secara adat dan syariat.
Dalam adat Melayu pantang selepas bersalin memiliki beberapa tempoh yang masyhur antaranya 44 hari dan 100 hari.
Manakala menurut syariat, berpantang ini boleh dikaitkan dengan hukum keluarnya darah nifas.
Hukum nifas, adalah seperti hukum haid pada perkara-perkara yang haram dilakukan yakni solat, puasa, membaca mushab al-Quran, menyentuh dan membawanya, menetap di dalam masjid, bertawaf dan berjima’, bermesraan suami dan isteri di antara pusat dan lutut.
Tempoh kebiasaan nifas adalah 40 hari, manakala maksimumnya pula adalah 60 hari.
Menurut Imam al-Syarbini al-Khatib (w.977H) di dalam al-Iqna’ (ms.143-144), orang perempuan yang bernifas haram menunaikan ibadah puasa Ramadhan.
Jika dia berpuasa juga maka puasanya tidak sah dan wajib diqadha.
Pada asalnya hukum wanita yang menangguh qadha puasanya sehingga masuk ke Ramadhan tahun seterusnya adalah haram dan wajib ke atasnya untuk qadha puasa dan membayar satu cupak makanan ruji seperti beras dalam zakat fitrah bagi setiap puasa yang ditinggalkan dan tidak sempat diganti sebelum tiba Ramadhan bagi tahun yang baru.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.
Cara pengiraan Fidyah seperti yang ditetapkan oleh MAIWP (Gambar MAIWP)
Pautan ini adalah kalkulator berapa jumlah yang perlu dibayar berdasarkan berapa hari yang ditinggalkan. https://www.zakatselangor.com.my/kalkulator-fidyah/
Cara pengiraan Fidyah seperti yang ditetapkan oleh MAIWP (Gambar MAIWP)
Namun begitu pengecualian diberikan jika penangguhan itu bersebabkan uzur syarie. Rujuk al-Iqna` (ms. 352).
Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili di dalam al-Muʿtamad (2/200) :
“Jika seseorang wanita itu melewatkan qadha’ puasanya kerana uzur seperti berterusan sakit, menyusukan anak, hamil dan musafir, sehingga masuk ke Ramadhan yang baru, maka tidak wajib fidyah kerana kelewatan ini dan wajib qadha’ sahaja.”
Sumber: FMT (Sumber asal dari pautan ke laman rasmi PMWP: https://goo.gl/L9sSYl)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang pelajar Sekolah Menengah Sains Johor (SMS Johor), Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman, 16, disahkan meninggal dunia selepas rebah di hadapan khemah pasukannya.Selepas menerima rawatan...