Jumaat yang lalu pengacara dan pelakon Nadzmi Adhwa melalui akaun Instagram miliknya mengumumkan bahawa isteri tercinta, Ardell Aryana yang juga seorang pelakon telah selamat melahirkan anak perempuan pertama mereka.
Walaupun terpaksa menahan sakit selama 16 jam, namun akhirnya semuanya selamat. Walaupun begitu, menurut salah satu posting di Instagram Babyadhwardell, Nadzmi memaklumkan bahawa isterinya itu mengalami pendarahan yang teruk sehingga menyebabkan dia muntah tanpa henti selepas melahirkan puteri mereka.
“Hari ke 3 baru dapat merasa dalam dakapan umie . Selepas je selamat melahirkan saya umie muntah terus pengsan sampai keesokkan harinya umi cuba bangun nurse mandi kan umie muntah lagi kemudian umie pengsan terus dalam tandas sebab umie turun banyak darah tapi umie tetap juga kuat. Alhamdulillah hariini umie saya da makin kuat tak pengsan lagi dapat duduk dalam dakapan umie sekejap semalam dan pagi tadi . Get well soon umie. Baby dan abie doakan,” tulisnya
Nama anak sempena Srikandi Islam Terkenal
Dalam satu posting yang lain di akaun miliknya sendiri, Nadzmi berkongsi video menunjukkan wajah puteri sulung mereka.
Dalam posting tersebut juga Nadzmi berkongsi gerangan nama yang diberi kepada cahaya mata pertama mereka itu.
Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa menjadi pilihan yang diambil sempena nama dua orang srikandi Islam yang terkenal.
Dalam posting tersebut juga Nadzmi mengucapkan rasa syukurnya dengan kurniaan dari Ilahi untuk dia dan isterinya Ardell.
“Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa @babyadhwardell My precious baby girl lahir pada hari Jumaat juga Alhamdulillah umur dah masuk 7 Hari Video ni masa lepas Urwa baru je lahir dan diqamatkan Terima kasih Allah atas kurniaan mu ini . Salam Jumaat,” tulisnya lagi.
Sementara itu, Ardell juga turut memuat naik gambar puterinya di akaun Instagram memperkenalkan nama buat bayi perempuannya yang kini sudah berusia 7 hari.
“Assalamualaikum nama saya
Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa
Lahir pada pukul 2:22:22s pagi Jumaat
5/6/2020 @babyadhwardell,” tulis Ardell
Menjawab salah satu komen yang bertanyakan tentang maksud nama pilihan untuk puterinya, Ardell menjawab bahawa nama tersebut diambil sempena nama dua orang srikandi Islam iaitu Arwa Binti Kuraiz dan juga Malaikha Urwa.
Ardell juga turut menerangkan siapakah kedua-dua srikandi berkenaan dalam komen tersebut.
“Alhamdulillah .. saya mintak maaf , saya jawab sedikit ya . Nama anak ini tiada kaitan gabungan nama antara saya dan suami . Saya beri maksud nama anak saya mungkin nama nya jarang kedengaran .
“Sebelum andaian yang lain keluar saya terang kan serba sedikit supya ia jelas • Arwa binti Kuraiz : Ibu kepada Khalifah Uthman bin Affan. Serikandi Islam yang terkenal dengan sifat dermawan, murah hati dan menghormati orang lain.
“Malaika Urwa : Wanita Islam yang hebat , dakwah melalui cara dakwahnya yang tersendiri dan wanita pertama yang pernah memerintah Yaman selama 50 tahun pada abad ke 11,” jelasnya lagi.
Sumber: IG Nadzmi Adwha, Ardell Aryana & Babyadhwardell