Sedih memang sedih lagi-lagi impian untuk membesarkan anak-anak bersama tak kesampaian. Situasi ini dilalui oleh seorang ibu kepada tiga cahaya mata yang masih kecil iaitu Najwa Karim.
Menerusi perkongsian Najwa di TikTok, kini tanggungjawab membesarkan 3 amanah terletak padanya dan dialah ibu dan ayah. Walaupun pemergian suami suatu kehilangan yang berat, Allah uji sebab dia Dia tahu hambanya kuat.
Menurut ibu muda ini, semuanya berlaku ketika sedang mengandungkan anak ketiga. Masa itu usia kandungan 8 bulan. Waktu terlibat dalam kemalangan, dia dan arwah suami menaiki motosikal.
Sewaktu kemalangan berlaku, arwah suami diseret van sekolah kerana cuba untuk menyelamatkan dirinya dan anak yang dikandung. Akibat kemalangan tersebut, suami mengalami kecederaan parah di kepala dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Pada waktu itu juga Najwa terpaksa melahirkan anak ketiganya secara czer tanpa kehadiran suami di sisi.
@najwakarim96Semoga Allah menyediakan singgahsana yg indah buat abiy. Al fatihah.♬ Kamu dan Kenangan – Original Soundtrack Habibie & Ainun 3 – Maudy Ayunda
Semua orang akan ada kisah hitam yg menyelubungi hidup kita. Jodoh kami tak menyebelahi di dunia. InsyaAllah di syurga dia menanti.
Yusuff dalam kandungan 8 bulan, mama dengan ayah terlibat dalam kemalangan. Mama terselamat kerana ayah, tapi sebab ayah selamatkan kita ayah diseret kereta.
Kongsi Najwa lagi, walaupun ketika itu badan masih lemah kerana berpantang, dia tetap menunaikan janji untuk menjaga arwah suaminya walapun suami ketika itu hanya terlantar di atas katil. Namun takdir Allah, dia reda apabila Allah jemput juga suami kembali menghadap ilahi.
Lepas mama habis pantang, mama terus jaga ayah. Mama tunaikan hasrat ayah nak jadi suami mama sampai dia tutup mata. Walaupun ayah mampu buka mata, tapi ayah tak mampu bangun. Menguruskan ayah adalah satu rezeki bagi mama. Sehingga satu saat Allah lebih sayangkan ayah.
Bercerita lebih lanjut, sebelum kejadian arwah suaminya sempat memberikan ‘petanda-petanda’ terakhir seolah-olah tahu akan terlibat dalam kemalangan.
ARTIKEL MENARIK [“Rindunya.. Ini Kisah Anak Syurga Kami.” 3 Kali Bersalin, 3 Kali Balik Rumah Tanpa Baby]
Abiy tak nak makan, tapi saya paksa abiy makan bersama. Kita makan berdua dan kongsi air dalam cawan yang sama. Sampai di bukit abiy pesan jangan turun kaki awak walapun apa yang terjadi. Tiba-tiba satu van sekolah dari arah bertentangan meluru laju dan bergesel dengan side mirror abiy.
@najwakarim96Semua orang akan ada kisah hitam yg menyelubungi hidup kita. Jodoh kami tak menyebelahi di dunia. In shaa Allah di syurga dia menanti. ##mamamuda ##fyp♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia
Saat mengerikan tu, saya tutup mata dan peluk abiy. Tiba-tiba pelukan saya terlepas dan saya tercampak jauh dari abiy.
Waktu tu saya jatuh dalam keadaan merangkak. Siku dan bahu menahan muka dari tersembam ke jalan. Kedua-dua lutut saya menahan perut dari kena jalan.
Kini, Yusuff dan besar. Satu hari Yusuff akan tahu cerita di sebalik pengorbanan ayah untuk Yusuff. Kerana ayah, mama masih hidup dan kuat untuk terus hidup demi anak-anak ayah.
Kredit: Najwa Karim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!