Rindu orang yang dah tiada sukar nak diucapkan dengan kata-kata. Tapi siapa kita nak menidakkan takdir Allah. Hanya doa saja yang menjadi penghubung agar hati sentiasa tenang.
Bagi Syazwan Najmi Zulkarni, 23, yang kehilangan isteri tercinta, Siti Nur Nasuha Shafie, 23, setelah meninggal dunia selepas melahirkan bayi kembar perempuan 31 Mac lalu ia sesuatu yang sangat terkesan dalam hidupnya.
Manakan tidak isteri yang baru dinikahinya 10 bulan lalu begitu cepat menghadap ilahi dan belum pun sempat melihat wajah bayi comel yang dilahirkannya.
Menurut laporan Harian Metro, semenjak seminggu pemergian arwah isteri, rutin Syazwan adalah menziarahi pusara arwah isteri.
Setiap masa terbayang wajah isteri
Syazwan nampaknya sukar menyembunyikan rasa rindu dengan meluangkan masa kira-kira setengah jam membaca surah Yasin, berdoa dan ‘berbicara’ di sisi pusara.
Syazwan mengakui terlalu payah untuknya melupakan arwah isterinya walaupun usia perkahwinan mereka baru memasuki 10 bulan tapi banyak kenangan manis terakam dalam fikirannya.
Sukar Lupakannya. Seolah Nampak Je Bayangnya. Bila Teringat Menitik Air Mata Kerana Setiap Hari Arwah Akan Mohon Maaf
“Sukar untuk saya lupakan arwah kerana di setiap sudut dalam rumah, bayangnya tetap muncul dan setiap masa dia ada bersama saya ketika hayatnya.
“Cukup terasa apabila masuk ke dalam bilik, nampak pakaian dan segala barangannya, air mata saya mudah sangat jatuh malah setiap butir bicaranya masih terngiang di telinga kerana arwah seorang peramah dan suka berbual” katanya.
Arwah sangat baik. Setiap hari akan mohon maaf
Syazwan berkata, koleksi foto akad nikah serta persandingan mereka baru dua minggu diperoleh daripada jurugambar malah arwah sempat berpesan agar tidak dilekatkan lagi dalam album kerana ingin melakukannya sendiri sebaik selepas bersalin nanti.
Ads
Katanya, arwah isteri yang baik malah hampir setiap hari akan memohon maaf daripadanya dan bertanyakan sama ada bahagia atau tidak hidup bersama.
“Walaupun dia sudah tahu akan jawapannya, tapi dia tetap ingin mendengar sendiri dari mulut bahawa saya sangat bahagia dengannya.
“Begitu juga dengan kemaafan yang dipohon kerana dia bimbang jika ada sebarang kata-kata atau perbuatannya yang menyakiti hati saya, namun sepanjang kami bersama, dia seorang isteri yang sangat disenangi,” katanya.
Hingga hari ini masih belum dapat lihat pasangan kembar
Ads
Terdahulu kisah pilu menimpa ibu muda itu yang dua minggu bertarung nyawa sebelum meninggal dunia selepas bersalin akibat komplikasi dalaman dipaparkan di akhbar.
Arwah melahirkan bayi kembar dinamakan Medina Safiya dan Medina Sofiya tidak sempat menatap cahaya mata sulungnya kerana berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Syazwan berkata, sehingga kini dia juga masih belum dapat melihat kedua bayinya yang berusia 18 hari di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana perlukan pemantauan berterusan.
“Saya dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa kakak (Medina Safiya) masih belum cukup timbangan dan tidak dapat menyesuaikan diri lagi minum susu botol berbanding adik.
“Saya harap dalam masa terdekat kedua bayi kembar kami semakin sihat dan dibenarkan pulang, sekurang-kurangnya kehadiran mereka dapat mengubat kerinduan saya kepada arwah isteri,” katanya.
Meor Syazalee, bapa kepada arwah baby Maryam Sofea yang berusia 2 bulan meninggal dunia dipercayai ‘lemas’ akibat dihempap abangnya berusia lima tahun.
Kejadian dikatakan ketika mereka tidur di rumah di Taman Bidara Setia, Masjid Tanah, awal pagi semalam.
Seorang ibu dan bayinya berusia lima bulan dijumpai meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat enam Hospital Lahad Datu, semalam.
Dalam kejadian itu, ibu muda berumur 16 tahun, dan bayi perempuannya ditemui terbaring setelah terjatuh dari ketinggian kira-kira 60 meter oleh seorang pengawal keselamatan bahagian bawah hospital jam 7.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, sebelum insiden itu seorang doktor wanita telah mengarahkan oksigen pernafasan anak mangsa ditanggalkan kerana keadaan pernafasan sudah normal.
Menurutnya, mangsa kemudian kelihatan mendukung anaknya dan berlegar-legar di kawasan wad sebelum meminta izin kepada pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu itu untuk masuk ke tandas.
“Lebih kurang jam 7.30 pagi, pengawal keselamatan di bahagian bawah hospital memaklumkan ada pesakit terjatuh bersama anaknya.
“Manakala pemeriksaan pengawal keselamatan di tandas pula memaklumkan mangsa telah terjatuh bersama anaknya dari tingkat enam.
“Ambulans kemudiannya telah bergegas ke tempat kejadian namun kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan bahagian badan, kepala dan kaki,” katanya.
Bayi dirawat di hospital kerana jangkitan kuman paru-paru
Menurut Nasri, siasatan awal mendapati anak mangsa telah dirawat dalam wad akibat jangkitan kuman di paru-paru selama 11 hari.
Katanya, siasatan menunjukkan mangsa telah masuk ke tandas bersama anaknya namun disyaki terjatuh melalui tingkap tandas.
Siasatan lanjut diteruskan untuk mengetahui punca mangsa jatuh bersama dengan anaknya.
Sejak kerajaan mengeluarkan kenyataan bakal mewajibkan penggunaan car seat dalam kenderaan, ada ibu bapa bersetuju dan tak kurang juga yang merungut atas beberapa faktor.
Memang ajal maut dah ditetapkan tetapi penggunaan car seat ini boleh di anggap langkah mencegah ketika kemalangan berlaku pada anak kecil dengan mengelakkan kecederaan teruk.
Menerusi perkongsian di Facebook Afiqa Fiqa, dia telah menceritakan detik cemas yang berlaku padanya sekeluarga apabila kenderaan yang dinaiki bersama suami dan anak terlibat dalam satu kemalangan.
Anak selamat dan tiada kecederaan
Menurutnya, kemalangan yang berlaku 7 Disember lalu telah menyebabkan kereta mereka berpusing beberapa kali sehingga menyebabkan tayar tercabut dan bahagian depan kereta remuk setelah terbabas.
“Alhamdulillah saya hanya mengalami koyakan di bibir, manakala suaminya sakit dada dan bengkak akibat tekanan kuat pada airbag.
“Apa yang membuatkan saya mengucap panjang ketika dalam kemalangan itu anak kami yang berusia 9 bulan memang duduk dalam car seatnya di bahagian belakang dan langsung tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Sewaktu kereta berpusing saya sempat berpusing lihat anak dalam carseat memang dia duduk dengan baik, tak bergerak, cuma kepalanya macam terpusing-pusing kehairanan.
“Masa kereta berhenti anak menangis dalam 5-10 saat sebab terkejut. Sebaik tiba di hospital dia elok je ketawa, main dan minum susu macam biasa. Alhamdulillah ya Allah yang penting anak selamat,” katanya.
Ikhtiar untuk selamatkan nyawa anak
Tambahnya lagi, ibu bapa usahakanlah car seat untuk anak. Saya tak dapat bayangkan kalau saya pangku anak dan duduk di bahagian depan bersamanya, Nauzubillahminzalik.
Kongsi Afiqa lagi, walaupun masih ramai ibu bapa yang berkira-kira untuk menggunakan car seat tapi dia tetap syukur sejak anaknya lahir dah dibiasakan untuk duduk di car seat dan ini juga menjadi asbab dia dan suami masih mampu mengelakkan kejadian tak diingini.
“Perkongsian ini bukan untuk promosikan apa-apa jenis car seat pun tetapi sebagai kesedaran bersama ibu bapa untuk keselamatan anak-anak yang belum faham apa-apa lagi,” jelasnya.
Anak-anak adalah pemerhati yang hebat. Mereka cenderung meniru apa sahaja yang mereka lihat daripada ibu bapa dan persekitaran sekeliling. Sebagai ibu bapa, setiap tindakan dan tingkah laku kita menjadi contoh langsung yang akan membentuk peribadi mereka.