Takdir Allah mengatasi segalanya! Selepas pemergian allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas yang meninggal selepas terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah, ada berita gembira di sebaliknya.
Menerusi perkongsian kakak Nour Shafinar Harun, Sha Qalif dalam facebooknya, adiknya baru mengetahui dirinya hamil selepas dua hari pemergian arwah suami minggu lalu.
Kongsinya berita ini tak sempat diketahui oleh adik ipar kerana Allah telah menjemputnya dulu. Jika arwah ada sememangnya dia orang pertama yang akan gembira dengar berita ini.
Doakan agar Inat terus kuat!
Alhamdulillah.. selesai semua urusan untuk balu isteri Mejar Zahir Armaya. Untuk adik ku.. Inat tabah lah atas apa yang telah terjadi.. redha
Alhamdulillah juga 2 hari selepas arwah pergi rupanya ada sinar baru balu positif hamil kalau arwah ada mesti dia happy sangat-sangat tapi malangnya arwah belum sempat tahu yang beliau akan menerima cahaya mata lagi..
Arwah tinggalkan penggantinya.. Semoga Inat kuat demi janin yang dikandung ye..
Kenangan untuk Izzul apabila besar
Untuk Izzul ini ada lah kenangan untuk Izzul ye.. nanti besar ingat ye sayang daddy pergi sebagai wira..
Mulakan hidup baru bersama anak-anak di Ipoh
Sementara itu, seperti yang dilaporkan Sinar Harian, Nour Shafinar dan anak-anak akan memulakan hidup baru mereka di Ipoh, Perak berdekatan dengan rumah keluarganya.
Malah sehari sebelum arwah ke Sabah, dia maklumkan kepada saya yang mahu kami berpindah ke Perak.
“Arwah minta kalau boleh carilah rumah di sekitar Ipoh supaya mudah jika ada apa-apa berlaku, saya dekat dengan keluarga dan ibu bapa,” katanya.
Mengikut perancangan asal, Nour Shafinar dan tiga anaknya, Muhammad Irfan Daniel, 10, Nur Adriana, 6, dan Izzul Zakly berusia 6 bulan, berpindah ke Ipoh pada November nanti sementara arwah akan memohon bertukar tempat kerja.
Sumber: Sha Qalif & Sinar Harian