“Tak sangka permintaan arwah suami minta saya letakkan gambar kami bernikah sebagai ‘wallpaper’ telefon ketika menghantar saya ke tempat kerja Sabtu lalu, adalah hajatnya yang terakhir sebelum hilang pada petang itu,” kata Siti Haida Aliza, 26.
Siti Haida adalah isteri Allahyarham Muhamad Syafiq Saharuddin, 26, yang ditemui lemas di tali air berhampiran Desa Salak Pekerti, Kampung Labu Lanjut.
Sempat hantar isteri ke tempat kerja
Katanya, suaminya menghantar dia ke tempat kerja di Nilai, Negeri Sembilan sebelah pagi kejadian dan selepas itu arwah ke Batang Kali, Selangor untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan.
“Saya tak sangka hasrat suami mahu menjadikan gambar pernikahan kami sebagai ‘wallpaper’ bertujuan mengabdikan kenangan kami berdua buat selama-lamanya,” katanya menambah kejadian itu sangat meruntun jiwanya kerana mereka berdua baru seminggu bernikah selepas lapan tahun menjalin persahabatan.
Selepas bernikah pada 12 Disember lalu, katanya, arwah mengambil cuti sehingga majlis persandingan kerana memaklumkan ingin menghabiskan masa bersama sepanjang cuti di rumah sewa di Kampung Baru Lanjut.
“Petang sebelum kejadian, arwah ada menghubungi saya memaklumkan rumah sewa kami dinaiki air dan tidak menyangka air naik tinggi.
“Saya beritahu arwah supaya mengambil barangan dan pakaian persandingan dan tidak menyangka air naik tinggi,” katanya.
Ads
Gagal hubungi suami
Menurutnya, berita kehilangan Allahyarham dimaklumkan oleh rakan, namun dia mengambil sikap positif bahawa suaminya selamat dan tidak dapat dihubungi sepanjang malam kerana masalah cuaca.
“Malam itu saya balik ke rumah ibu bapa di Nilai kerana esok (Ahad) akan mengadakan majlis kahwin di Senawang. Sepanjang malam, saya cuba menghubungi arwah, namun gagal dan sepanjang malam tidak dapat melelapkan mata memikirkan keselamatan dia.
“Pagi bersiap untuk ke tempat majlis perkahwinan, ahli keluarga memaklumkan arwah dijumpai lemas dan ketika itu hanya Allah saja yang tahu perasaan ketika ingin meraikan majlis bersejarah hidup kami,” katanya.
Reda ketentuan ilahi
Siti Haida berkata, beliau reda dengan ketentuan Allah SWT walaupun baru seminggu melangsungkan perkahwinan.
Ads
Jenazah Muhamad Syafiq disembahyangkan di Masjid Kampung Lanjut dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lanjut selepas zohor.
Turut hadir, ibunya, Fatimah Taib, 53, dan bapa, Saharuddin Mat, 53.
Sementara itu, Saharuddin berkata, kali terakhir dia berjumpa anaknya pada petang Jumaat lalu, tetapi tidak sempat bersembang kerana mempunyai urusan lain.
Arwah hadiahkan al-Quran
Menurutnya, dua hari sebelum meninggal dunia, anaknya menghadiahkan al-Quran terjemahan dan dia gembira kerana sudah lama mahu memilikinya.
Ads
“Sebelum ini arwah kelihatan sangat gembira kerana cita-citanya untuk mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan tercapai. Saya reda dengan pemergiannya,” katanya.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Tidak dinafikan bukan semua daripada kita yang gemar makan sayur bendi. Alasannya kerana bendi yang berlendir dan lembut. Nak pastikan lebih sedap, Bendi Goreng Rangup Viral ini mama wajib cuba.
Resipinya ringkas dan paling penting habis licin. Jom cuba! Resipi bendi goreng rangup.
Bahan Utama : Bendi basuh dan keringkan betul-betul
Bahan lain:
1.5 – 2 sudu besar Adabi tepung Goreng ayam Pedas
1 sudu besar corn flour
1 sudu besar water
1. Potong bendi kepada 4 bahagian secara memanjang.
2. Gaulkan bersama tepung adabi pedas.
3. Tambahkan 1 sudu besar air untuk pastikan tepung lekat pada bendi. Jangan terlebih air nanti tak rangup pulak.
4. Masukkan tepung jagung, tapi pastikan jangan terlebih mix.
5. Lepastu korang dah boleh goreng dalam minyak yang panas sehingga golden brown. Korang boleh nampak macam mana tepung jagung tadi tak over mix. Itu yang akan membuatkan dia rangup!
6. Pastikan korang terbalikkan bendi setelah sebelah masak. Lepastu dah siap untuk di makan!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: Taste Of Home Cooking
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lahir-lahir dah macam berat bayi usia 5 bulan. Itu yang membuatkan pasangan suami isteri dari Arizona, Amerika Syarikat gembira dan terkejut apabila menyambut kelahiran bayi lelaki mereka yang seberat 6.4 kilogram (kg).
Wanita itu melahirkan cahaya matanya ketika kandungannya berusia 38 minggu di Pusat Perubatan Bammer Thunderbird di Glendale, Arizona, 4 Oktober lalu.
Doktor anggarkan berat dalam 5 kilogram
Menurut laporan Fox News, apa yang lebih menariknya ialah Finnley sudah boleh memakai pakaian untuk individu berumur enam hingga sembilan bulan. Doktor pada mulanya hanya menjangkakan bayi itu mempunyai berat kira-kira lima kg namun rupa-rupanya beratnya melebihi enam kg dan melebihi berat purata bayi baru lahir iaitu antara tiga hingga 3.6 kg.
“Air ketuban saya pecah ketika kandungan semakin berat, jadi pembedahan diawalkan sehari,” jelas Cary.
Seperti anak patung beruang
Tambahnya lagi, semua orang panik melihat situasi tersebut dan tidak mempercayai kerana terlalu besar dan gemuk seperti anak patung beruangnya.
“Semua orang panik seperti saya kerana tidak pernah melihat bayi yang besar dan saya tidak boleh mempercayainya. Begitu sempurna dan bulat dan cukup sifat. Dia seperti anak patung beruang kecil saya,” kata Cary.
Finnley merupakan anak ketiga dan dua lagi anak mereka, Devlen, 10, dan Everett, 2, juga dilahirkan menerusi pembedahan.
Pantau 8 hari di NICU, sebelum balik rumah
Bayi comel itu menghabiskan masa selama lapan hari di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Disebabkan bayi itu bersaiz besar, keluarganya perlu membeli lampin dan pakaian yang lebih besar untuknya
Jelas Cary juga dia dapat mengunjungi Finnley dan menjaganya semasa dia dimasukkan ke Thunderbird Banner dan meskipun penat kerana terlalu besar namun ia kenangan yang bernilai.
“Meskipun proses penyembuhan agak lambat tetapi saya melakukannya untuk bayi saya. Setiap kesakitan, darah dan air mata yang menumpahkan,” ujarnya.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Sayang biy rindu sayang. Semua orang rindu sayang. Sedar la sayang, anak kita tunggu sayang. Biy tak tahu nak buat macam mana dah”. Antara coretan hati seorang suami yang cukup membuatkan sesiapa saja sedih ketika arwah isteri koma selepas melahirkan bayi kembar baru-baru ini.
Pemergian isteri (14 April) selepas melahirkan anak kembar perempuan selepas 14 hari koma benar-benar buatkan seorang suami cukup merasai kehilangan insan yang paling rapat dengannya di tambah pula bayi kembar yang tak sempat pun merasai air susu dan pelukan dari seorang ibu.
Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Nurul Asma Salsabila dia ada memuat niak gambar perkahwinan arwah Nasuha Shafie dan suaminya yang dikenali sebagai Mie.
Difahamkan arwah Nasuha telah melahirkan bayi kembar perempuan pada 31 Mac lalu tetapi meninggal dunia selepas 14 hari berada dalam keadaan koma.
“Setelah 14 hari koma selepas bersalin anak kembar pada 31/3/20. Baby alhamdulillah sihat sempurna kedua-duanya. Dua-dua baby girls. Semoga syahid buatmu adik Suha.. Aamiin,” tulisnya.
Terdahulu, Mie ada memuat naik status pada 8 April lalu agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan isterinya ketika berada dalam pemantauan doktor pakar untuk sembuh seperti sediakala dan dipermudahkan semua urusan.
Namun janji Allah itu pasti dan Allah lebih menyayangi arwah Nasuha untuk kembali pada-Nya.
Apa yang menyedihkan lagi, ketika arwah sedang koma, Mie sentiasa mengharapkan Nasuha cepat sedar dan kuat demi anak kembar mereka.
“Sayang dah laa tidur sayang. Bangun sayang…Biy tahu sayang kuat, biy selalu doa kan sayang. Semua orang doakan sayang. Anak kita kedua-duanya sihat. Sayang mesti kuat. Biy hanya mampu berdoa untuk sayang. Biy tak kuat tengok sayang keadaan macam ni. Ya Allah Hanya Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah aku hanya berserah padamu Ya Allah..Aminn. Pastinya anak kembar kita comel macam sayang!
Difahamkan melalui perkongsian rakan-rakan di bahagian komen posting suaminya, arwah Nasuha meninggal kerana terdapat jangkitan kuman di paru-paru.
Besarnya pengorbanan seorang wanita untuk melahirkan zuriat tercinta. Salam takziah buat keluarga arwah. Moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan kalangan syahidah.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.