Hati ibu bapa mana yang tak sedih saat diuji dengan kehilangan anak. Walaupun sukar untuk melupakan tapi janji Allah itu pasti. Ini yang berlaku kepada pasangan suami isteri apabila bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Presint 9, Putrajaya.
Dalam laporan media sebelum ini, menyatakan bayi yang berusia empat bulan itu dihantar ke rumah pengasuh dalam keadaan demam dan selesema.
Bagaimanapun, ibu kepada bayi tersebut Sofiarti Oktarina menceritakan hal sebenar bagi memperbetulkan keadaan. Ini kerana ramai pihak menuding jari dengan pelbagai kecaman sedangkan semua yang berlaku ini sudah ketentuan Allah.
Alhamdulillah urusan anak syurga ibu dipermudahkan
Muhammad Rauf Iman Bin Ahmad Rabbani, anak syurga ibu abah.
Bismillahirohmanirrahim. Alhamdulillah urusan Rauf dah selesai, syukur Allah permudahkan semuanya dengan menghadirkan insan2 yang banyak membantu dari awal sampai akhir. Terima kasih tak terhingga buat semua yang ada di sisi kami sekeluarga. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian.
Saya memohon beribu kemaafan kepada yang personal message saya samada melalui whatsapp, facebook dan instagram, kerana tidak mampu saya nak membalas satu persatu.
Terima kasih saya ucapkan di atas doa kalian semua, semoga Allah merahmati kalian.
Kepada yang memberi pendapat serta ‘kecaman’ di social media, saya maafkan anda semua dengan hati yang lapang. Andai diizinkan biarlah saya seorang sahaja yang menanggung peritnya kehilangan seorang anak yang sangat dicintai. Kerana peritnya tu tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Semoga anda semua tak akan lalui apa yang saya lalui sekarang.
Arwah tak demam, sihat dan aktif
Di kesempatan ini saya ingin menjelaskan sekali lagi bahawa, arwah tak demam semasa dihantar ke pengasuh (seperti mana yang ditulis dan disebutkan dalam Berita), bayi saya sihat dan aktif seperti biasa cuma ada selesema sedikit sahaja. Dua hari sebelum, saya ada bawa bayi ke klinik dan setelah diperiksa, doktor memberitahu bahawa bayi saya okay sahaja, tak ada yang merisaukan.
Kami maafkan anda semua!
DALAM REPORT POLIS PUN TIDAK ADA STATEMENT DARI PENGASUH YANG MENYATAKAN BAYI SAYA DEMAM ATAU SELESEMA, BAHKAN PENGASUH MELAPORKAN BAYI DIHANTAR DALAM KEADAAN SIHAT WALAFIAT SAHAJA.
Hal-hal kecil seperti ini boleh membuatkan berlakunya salah faham antara saya dan pengasuh, apa lagi bila anda (netizen) melemparkan kata-kata yang tak sepatutnya pun diucapkan kepada kami insan yang sedang ditimpa musibah, yang seharusnya kami dapat hanya doa dan kekuatan dari anda semua. Sekali lagi, saya maafkan anda semua.
Antara saya dan pengasuh tiada dendam atau apa, pengasuh memang sayang anak-anak saya seperti anak sendiri.
Terima kasih jadi anak ibu, abah
Buat anak syurga ibu, ibu sentiasa mendoakan dan merindui Rauf. Ibu redho ibu redho ibu redho. Rauf dah bahagia di syurga sana, ibu tahu Rauf tengah tengok ibu sambil tersenyum riang kan. Terima kasih sebab jadi anak ibu selama 3 bulan 2 minggu (+ 9 bulan dalam perut ibu).
Walaupun tak lama tapi Rauf dah bagi ibu perasaan sayang yang sangat istimewa, perasaan sayang yang mendamaikan hati, yang buat kan hati ibu tenang bila tengok dan peluk cium Rauf. Terima kasih sebab Rauf jadi anak yang sangat baik, yang jarang sangat meragam, yang senang sangat dijaga. Ibu abah kakak abang sayang sangat dengan Rauf, Rauf sangat istimewa di hati kami sayang.
Tunggulah ibu abah di syurga
Rauf tunggulah ibu abah di pintu syurga, nanti tarik lah kami masuk ke sana sama-sama ok. Ibu nak peluk cium Rauf puas-puas. Masa tu kita tak kan terpisah lagi sayang.
Ya Allah.. Semoga dengan ujian ini, kami lebih dekat kepadaMu, jangan biarkan kami lalai ya Allah, kuatkan hati kami, bantulah kami untuk terus istiqomah agar nanti, kami juga dapat merasai nikmatnya syurgaMu ya Allah.
Allahuakbar. Assalamualaikum Muhammad Rauf Iman Bin Ahmad Rabbani. Damailah kamu di sana nak. (24.09.2020 – 08.01.2021).
Kredit: Sofiarti Oktarina
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI