“Janji Allah itu pasti. Arwah belum sempat tengok anak kami, tapi Allah lebih sayangkannya”. Pemergian suami selepas terlibat dalam kemalangan beberapa hari lalu benar-benar tak disangka oleh Bea Zhari isteri kepada pelawak, Kamal Chilok.
Sebelum ini media melaporkan, Kamal dilaporkan dalam keadaan kritikal dan koma selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan kenderaan lain.
Ketika itu, dia baru sahaja dalam perjalanan pulang menghantar pesanan masakan patin tempoyak yang ditempah pelanggannya di Putrajaya.
Difahamkan Allahyarham telah mengalami kecederaan parah di anggota badan dan pendarahan serius di kepala sehingga mengakibatkannya tidak sedarkan diri selama dua hari sebelum disahkan meninggal dunia.
Isteri hamil anak pertama
Lebih menyentuh hati, Kamal dan Bea baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada Mac lepas dan isteri Allahyarham sedang hamil anak pertama mereka.
Allahyarham yang pernah bersaing dalam rancangan realiti Muzikal Lawak Superstar menerusi kumpulan Kroni yang turut dianggotai Achok Chilok dan Wani Kayrie.