Bukan mudah untuk kekal konsisten dan berdisiplin ketika membuat tabungan sendiri di rumah. Ada masanya duit tersebut tidak sempat penuh tabung, sudah kita ambil pakai.
Uniknya cara ibu ini, walaupun dia seorang suri rumah tetap boleh membuat simpanan sehingga mencecah RM1000 dengan hanya menyimpan RM5 setiap hati. Ikuti perkongsian dari Nora Karim, tentang caranya membuat tabungan
Selain diet, menabung juga antara satu bab yang dijadikan azam setiap awal tahun. Perkataan menabung ni mudah je sebut. Tapi nak buat dengan istiqamah tu yang susah. Samalah macam diet!
Awal tahun 2019 dulu, saya cuba untuk menabung. Tapi asal sesak je saya akan keluarkan hasil tabungan. Proses keluar masuk duit ni, berterusan hingga bulan Jun 2019.
Lalu saya memikirkan apa kaedah yang boleh saya lakukan, supaya tabungan saya ‘tidak dirompak’ oleh saya sendiri. 😅
Bila tengok orang di Facebook update tentang hasil tabungan, nampak mudah je. Siap boleh simpan duit sekeping RM50 dan RM100 setiap minggu… memang wow sangatkan?
Tapi itu memang bukan kemampuan sayalah. Saya tak bekerja, jadi saya tak bolehlah nak menyimpan sampai RM50 dan RM100 setiap minggu.
Artikel Menarik: [Ada Anak Lelaki? Jangan Biar Dia Jalan Di Belakang Seorang Diri, Pimpinlah Tangannya Sejak Kecil]
Maka, saya cuma fokus untuk simpan duit warna hijau atau RM5 sahaja dulu. Setiap kali ada duit RM5 dalam dompet, saya akan terus simpan dalam tabung.
Duit RM20 pula saya akan masukkan sebulan sekali. Nak buat sesuatu yang kita belum pernah buat, memang kena mulakan dengan sesuatu yang kecilkan? Tak apalah walau nilainya kecil, yang penting MENABUNG.
Oh ya, saya beli tabung yang tidak boleh buka di Daiso, berharga RM5.90 saja. Kira nak buka tu nanti, kena pecahkan.
Saya pilih tabung yang boleh dilihat isi di dalamnya (transparent, bukan tin) dan bersaiz agak besar.
Saya suka tabung yang transparent macam ni. Buat saya lebih bersemangat nak masukkan duit sampai penuh.
Saya letakkan syarat pada diri sendiri, bahawa tabung hanya boleh dibuka pada 1.1.2020 atau jika duit sudah tidak boleh dimasukkan lagi ke dalam tabung tersebut (penuh).
Alhamdulillah, saya dah buka pun tabung setengah tahun 2019 saya pada 1.1.2020 yang lalu. Hasilnya… saya dapat ‘menyelamatkan’ sebanyak RM1005.
Ha, siapa nak bagikan? Saya pun tak sangka banyak tu yang dapat saya simpan. Sekarang ni, Faris dan Alisya pun excited bila dapat baki duit RM5 sekeping. Berlumba-lumba masukkan dalam tabung.
Artikel Menarik: [Bangun Tidur Menangis, Step Pertama Jangan Marah. Redakan Dulu Mood Anak]
Bak kata orang putih, ‘never too late to start’. Jangan ikut nilai simpanan orang, tapi simpanlah mengikut kemampuan kita. Mulalah bila-bila pun… tak semestinya masa tahun baru je.
Saya ringkaskan cara saya menabung:
1. Beli tabung yang tidak boleh dibuka.
2. Simpan semua duit warna hijau atau RM5.
3. Simpan duit warna oren atau RM20 sebulan sekeping.
4. Tetapkan tarikh matang untuk tabung dipecahkan.
5. Simpan dalam bank hasil tabungan.
Tahniah, anda telah berjaya menabung. 🎉
Nora Karim
Jom mula menabung…
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada kita yang mahu menabung tetapi tidak pasti dengan cara yang berkesan. Nilai wang yang dimasukkan ke dalam tabung tidak penting, asalkan konsisten pasti dapat memberi pulangan yang lumayan.