Memasuki cuti persekolahan dan cuti ketika PKPB ini apa kata mak ayah memikirkan sesuatu untuk anak-anak beraktiviti. Tak perlulah keluar di tempat yang jauh, cukup hanya di dalam kawasan rumah atau di taman permainan berdekatan.

Anak-anak kecil kita perlukan vitamin D daripada cahaya matahari. Tak perlu lama, 15 minit pun sudah memadai untuk vitamin semulajadi ini. Jadi sempena cuti panjang ini, sesekali biarkanlah anak bermain dengan bebas di luar rumah. Biar mereka dapat vitamin secukupnya disamping merangsang seluruh tubuh untuk bergerak.

Asal Anak Boleh Keluar, Dah Cukup Memadai, Lebih Baik Dari Terperap Di Rumah!

Kelebihan melakukan aktiviti luar rumah:

* Mendukung pertumbuhan tulang yang sihat di mana sinaran matahari membantu meningkatkan vitamin D pada tubuh yang baik untuk pertumbuhan tulang anak-anak. Selama 10 hingga 15 minit sudah mencukupi anak-anak menerima vitamin D untuk pertumbuhan tulang mereka.

*Menguatkan otot dan tubuh anak-anak selain dapat belajar untuk berkawan dengan rakan sebaya yang baru.

*Dapat melihat alam semulajadi malah meneroka flora dan fauna di sekeliling mereka dan memberikan pengalaman baru yang bermakna buat mereka.

IKLAN

* Aktiviti bermain di luar adalah bebas dan tidak berstruktur, minda mereka akan lebih berkembang kerana mereka perlu memikirkan apa yang perlu dilakukan – berbanding sekadar menatap skrin televisyen atau gajet. Melalui proses ini, anak-anak belajar untuk membuat keputusan, tindakan, dan menguruskan emosi. Semua ini membantu mereka berasa lebih konfiden.

* Menggalakkan interaksi dan ekspresi emosi yang sihat. Ini disokong oleh pelbagai pemerhatian yang mendapati bahawa anak kecil akan menggunakan 5 kali ganda lebih banyak perkataan semasa bermain di luar rumah berbanding di dalam.

* Aktiviti luar bukan saja menyeronokkan, tetapi ia juga boleh membantu anak untuk menyalurkan tenaga mereka yang ‘tak pernah habis’. Bila tenaga ini dapat disalurkan dengan betul, mereka sebenarnya dapat tidur lebih awal. Sikap agresif dan tantrum merupakan salah satu tindakbalas untuk anak mengeluarkan tenaga dan mengekspresikan perasaan mereka.

* Anak bergerak lebih aktif berbanding duduk diam sahaja dan membantu langkah awal untuk mengelakkan komplikasi penyakit seperti diabetes, serangan jantung, rabun jauh, dan sebagainya.

IKLAN

Asal Anak Boleh Keluar, Dah Cukup Memadai, Lebih Baik Dari Terperap Di Rumah!

Berenang
Aktiviti ini memberi peluang untuk bermain dengan air dan memberikan manfaat pada anak-anak. Ia banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti menguatkan sistem kardio-respiratori, menambah stamina dan menguatkan sendi. Selain kecergasan fizikal ia juga boleh meningkatkan keyakinan diri.

Berkebun
Aktiviti yang melibatkan berkebun, anak-anak akan belajar bertanggungjawab, berdisiplin tanpa perlu dipaksa, belajar hargai alam semulajadi, minat dengan sains dan peka terhadap alam semulajadi. Ini semua dapat meningkatkan keyakinan diri anak-anak, menambah pengetahuan sekaligus mencergaskan fizikal dan mental mereka.

IKLAN

Jika aktiviti sebegini dapat mengasah kemahiran dan membantu perkembangan kanak-kanak, secara tidak langsung, ia akan menggalakkan lebih banyak aktiviti menyelesaikan masalah (problem solving skill), terutamanya dalam diri anak-anak kecil.

Asal Anak Boleh Keluar, Dah Cukup Memadai, Lebih Baik Dari Terperap Di Rumah!

Dalam sebuah artikel yang diterbitkan di The New York Times, penulis buku iBrain:Surviving the Technological Alteration of the Modern Mind, Dr Gary Small mengatakan anak-anak yang menghabiskan terlalu banyak waktu dengan teknologi cenderung mengalami gangguan interaksi serta kebolehan komunikasi. Tidak hairanlah, ia juga dikaitkan dengan masalah speech delay.

Artikel berkaitan:Minda Anak Jadi Lebih Cergas & Fokus Lepas Buat Aktiviti Ini, Rugi Tak Cuba!

Nak relaks sambil cuci mata jom ke SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI