Seorang ibu mana selalu mahukan yang terbaik untuk anak. Tapi janganlah mengejar kesempurnaan dan menekan diri, ibu bukan superwoman!
Memang ibu adalah insan yang paling prihatin kepada anak, tambah-tambah lagi jika bayi tersebut ialah lahir secara pramatang, penjagaannya juga perlu teliti berbanding bayi yang lahir cukup bulan.
Setiap bayi ada kerenahnya, setiap rumah ada sepahnya, setiap ibu ada kelemahannya. Ini yang dikatakan oleh Dr Sakinah Sulong. Pengalaman berhadapan dengan ibu ketika mengendalikan penilaian perkembangan bayi pramatang dicatatnya ini dikongsikan beliau. Semoga ia memberikan manfaat kepada ibu agar tidak terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam menjaga dan mendidik anak sebaliknya menikmati momen-momen membesarkan si manja.
Susahnya jadi ibu zaman ini!
Tak lama dulu saya jumpa seorang ibu muda. Baru seorang anaknya. Anak yang comel yang perlu jumpa Dr Pakar untuk penilaian perkembangan disebabkan sejarah kelahiran pramatang.
Hasil pemeriksaan saya, anak comel itu cukup berat, nampak aktif dan sudah mampu nak berjalan seiring dengan umur setahun lebih. Memang menghiburkan bila kita melihat kaletahnya.
Segala-galanya nampak ok dari kacamata seorang doktor.
Tapi ibu tersebut mengadu anaknya suka makan roti, tidak suka makan nasi beserta sayur dan ikan.
“Biasa ye, Dr? Saya risau la. Tengok sepupu dia, pandai makan carrot. Kalau dia ni, dia tutup mulut dia kalau saya bagi bubur taruk carrot. Macamana saya nak buat supaya dia pun nak makan sayur macam sepupu dia?”
Mukanya memang susah hati.
Macam-macam lagi dia tanya, dek kerana risaukan anaknya. Puas juga saya tunjuk graf perkembangan anaknya di rekod kesihatan, segala-galanya nampak bagus. Anaknya pun sudah mula berjalan laju, pandai memanjat kerusi dan menghumban barang. Ini memang perkembangan fizikal yang elok!
Ads
ENJOY YOUR TIME AS MOTHER
Akhir saya pesan pada ibunya,
“Please try enjoy your time as a mother. Jangan risau sangat. Pada umur setahun lebih, you takleh nak paksa dia makan apa yg you nak dia makan, especially kalau dia dah ada preference. Lainlah kalau dia dah besar dah boleh faham arahan dan rules. Masa tu baru you tetapkan mesti makan sayur, mesti makan ikan sebab dia dah boleh faham”
Bukan apa, saya kesian dengan ibu ini.
Dia terlalu inginkan suasana dan bayi yang ideal seperti yang dia lihat pada bayi lain. Padahal ia tak mungkin berlaku. Tiada apa yang sempurna di dunia nyata melainkan yang dilakonkan. Sempurna mungkin apa yang dinampak tapi hakikatnya tidak begitu.
Setiap bayi ada karenahnya.
Setiap rumah ada sepahnya.
Setiap ibu ada kelemahannya.
Ads
Jangan terlalu dikejar suasana dan keadaan yang sempurna, lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan sesuatu yang tak mampu kita kawal. Takkan cukup masa kita, takkan cukup kudrat kita kalau semua nak nampak cantik sempurna tiada cela.
Bayi nak comel tak comot sepanjang masa.
Lantai nak licin berkilat tanpa mainan tanpa kotoran. Biar indah pandangan mata.
Makanan nak terhidang masak siap menu lengkap untuk santapan suami tercinta.
Kain baju nak berlipat tersusun indah dalam almari kaca tersedia.
SEORANG IBU BUKAN SUPERWOMAN
Takkan mampu.
Ads
Sekali-sekala terima lah, yang kita tak mampu.
Kita adalah seorang ibu, bukan superwoman.
Ada benda kita cuba buat sehabis baik, ada masanya kita lepaskannya. Tak runtuh rumah tu kalau kita tak larat nak menyapu satu hari.
Tak obese anak kecil kita kalau dia menolak sayur beria-ria pada umur setahun dua. Dah besar sikit, kita cuba lagi bila dia dah boleh terima arahan kita.
BOLEH CUBA JADI IBU YANG TERBAIK, TAPI JANGAN TERLALU MENEKAN DIRI
Kita boleh mencuba jadi ibu yang terbaik.
Tapi sama sekali takkan mampu jadi yang sempurna. Sebab alam ibu bukan satu medan untuk kita berlumba. Ia adalah alam untuk kita meraikan anak-anak dan saat manisnya.
Jangan terlalu menekan diri sendiri.
Ingat, anda adalah ibu,
Bukan seorang Superwoman dengan segala kuasa ajaib. Ada masa Superwoman pun perlu bantuan juga.
Empat jenis ubat batuk yang diimport dari India didakwa menjadi punca kematian sekurang-kurangnya 70 bayi di Gambia akibat kegagalan buah pinggang tahun lalu.
Menteri Kesihatan, Dr Ahmadou Lamin Samateh, berkata terdapat kegagalan dalam pemeriksaan kawal selia dan import ubat, bermula produk tidak didaftarkan dengan Agensi Kawalan Perubatan (MCA) negara Afrika Barat itu.
Berikutan itu ketua MCA dipecat dan Samateh menyalahkan pegawai farmasi penyelia yang membenarkan pengimportan dadah tanpa pemeriksaan mencukupi.
Bermula pada September tahun lalu, Gambia mengarahkan penarikan balik beberapa ubat batuk dan selesema, serta semua produk yang dikeluarkan makmal Maiden Pharmaceuticals selepas kematian sekurang-kurangnya 70 bayi.
Negara itu kemudiannya mengharamkan semua produk daripada firma berkenaan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ujian makmal mendapati sirup ubat batuk itu mengandungi dietilena glikol dan etilena glikol dalam ‘jumlah yang tidak boleh diterima’ yang biasanya digunakan sebagai antibeku dan boleh membawa maut apabila diminum.
Kesan toksik daripada bahan ini termasuk kecederaan buah pinggang akut yang boleh menyebabkan kematian,” kata agensi itu.
Pasukan petugas Gambia menyatakan keperluan mendesak untuk menubuhkan makmal kawalan kualiti bagi menjalankan ujian ke atas semua ubat yang diimport ke negara itu, yang mana WHO menyediakan sokongan untuk penubuhannya.
Samateh berkata ia turut mengesyorkan penambahbaikan kepada sistem perubatan negara termasuk mewujudkan sekolah farmasi dan peraturan lebih ketat mengenai ubat.
Kerajaan Gambia juga sedang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengeluar ubat dari India itu dalam usaha mendapatkan pampasan bagi mangsa.
Selepas skandal kesihatan, India melancarkan siasatan dan menutup kilang Maiden Pharmaceuticals pada Oktober.
Awal tahun ini, WHO mengumumkan gesaan untuk “tindakan segera dan terkoordinasi” untuk membasmi ubat yang tidak patuh dan dipalsukan, khususnya ubat batuk tercemar yang dikaitkan dengan kematian 300 kanak-kanak di Gambia, Indonesia dan Uzbekistan. – AFP
Apa barang bayi yang perlu di bawa untuk ke hospital? Ini antara soalan yang kerap ditanya bagi ibu yang pertama kali bakal melahirkan cahaya mata. Perlu ingat bawa yang penting dulu seperti baju, lampin pakai buang, bedung, tuala.
Kalau ikutkan persiapan ini perlu dilakukan seawal kandungan dah masuk 7 bulan. Letak je siap-siap dalam kereta kerana jika berlaku kecemasan semua dah ada.
Perkongsian dari Puan Atikah Hamzan mengenai caranya buat persiapan barangan bayi ketika di hospital boleh dijadikan panduang. Yang penting mudah dan tak perlu nak bawa semua sekaligus.
Saya nak share sedikit manfaat. Selama menjadi ibu dan pengalaman bersalin dua orang anak sebelum ini. Saya rasa inilah yang paling penting dalam beg baby.
Tak perlu bawa luggage yer mommy. Saya bawa 1 beg je. Muat barang saya dan barang baby. Tapi kali ni saya nak share barang baby ke hospital dulu.
Pek Labour Room
– bedung
– baju berbutang lengan pendek/panjang
– topi
– pampers
* Itu sahaja yer. Selama dua kali bersalin, nurse pakaikan anak saya pampers, baju dan bedung je. Seluar tak perlu. Nanti dah masuk wad kita pakaikan sendiri.
Pek Day 1
– bedung
– baju lengan pendek/panjang
– pampers
– mittens and botties
Lain-lain
– tuala mandi baby
– tuala kecil
– bedung bertopi
– lotion, nappy cream , baby bath
– pampers 10 keping atau lebih
– wet tissue
Itu sahaja. Sebab ikut pengalaman bersalin secara normal duduk wad tak smpai 24 jam pun. Petang bersalin, esok pagi dah balik. Tak perlu bawa banyak-banyak baju untuk 5-6 hari.
Melainkan apa-apa luar jangkaan kan, boleh lah prepare 1 lagi extra beg tapi letak dalam kereta je dulu. Luar jangkaan ni misalkan kena emergency czer, baby kena tahan wad lama ke.
Kadang baby ni tak sempat pun nak salin 2,3 helai baju, sebab kadang dah balik.
Ini hanya pandangan dan cara saya sahaja. Jika mommy lain rasa nak bawa je banyak banyak baju terpulang. Ikut hal masing masing.
Buat ibu bapa yang ada anak cirit birit dan muntah berlarutan jangan anggap ia perkara biasa. Mesti ada yang tak kena pada anak. Jika orang dewasa boleh beritahu ketidakselesaan tersebut tapi anak kecil hanya boleh merengek sahaja.
Menerusi perkongsian seorang ibu, Puan Aisyah Hussain, pengalaman anaknya yang muntah dan cirit birit berpanjangan sehingga disahkan mengalami jangkitan salmonella ini boleh dijadikan peringatan bersama.
IBU JANGAN AMBIL MUDAH BILA ANAK CIRIT BIRIT DAN MUNTAH!
Mase ni Aisy baru 4 bulan lebih. Berdebar-debar jantung bila teringat kisah tu. Kisahnya bermula bila Aisy start muntah dan cirit birit. Kalau ada anak ibu-ibu yang ada muntah dan cirit, tolong la jangan ambil mudah, jangan sambil lewa.
Mungkin penulisan ni agak panjang sikit, harap ibu-ibu dapat baca sampai habis tau.
Pada malam kejadian tu, saya bawa Aisy ke hospital sebabkan cirit birit dan muntah-muntah. Tapi 2 minggu sebelum tu memang dia dah start cirit-birit dan muntah-muntah. Ingat biasa-biasa je.
Mulanya ingatkan biasa dengan harapan akan baik 2 3 hari selepas tu. Tapi cirit-birit dan muntah tu berlarutan sampai 2 minggu lagi. Sebenarnya lepas seminggu saya ada bawa ke hospital. Doktor dah check, ambil darah, doktor kata tak ada apa dan suruh balik.
Najis bertukar warna
Minggu seterusnya masih lagi tak berhenti. Mak mana yang tahan tengok anak macam tu, terus bawa ke hospital tambah pernafasan laju pulak masa tu. Alahai baru 4 bulan kan, takut sangat masa tu, kesian tengok Aisy.
Simptom-simptom kat rumah yang saya nampak macam demam dengan suhu yang tinggi 39 tak turun, cirit birit yang kerap, tak sampai setengah jam dah cirit, pampers jangan cakap la tak sampai seminggu dah habis, najis dia mula-mula warna oren plus, namun selepas 2 minggu najis tu bertukar jadi warna hijau. Najis tu pulak baunya macam bau bangkai. Ingat sebab susu Aisy.
Masa dekat hospital doktor periksa darah ok die bagi nap dekat Aisy, sebab nafas laju. Aisy ditahan dalam wad. Mula-mula masuk wad kanak-kanak biasa selepas 2 hari dimasukkan ke bilik kuarantin sebab cirit-birit ni doktor kata boleh berjangkit.
Hari pertama dan kedua masih cirit macam biase, hari ketiga dah start ada darah. Saya dah makin takut. Bila doktor datng check beritahu yang najis dah ada spot darah terus doktor ambil sample najis.
Hari ke 4, doktor beritahu Aisy dijangkiti kuman salmonella. Terkejut dan terus menitik air mata sebab selama ni lambat bawa ke hospital. Doktor cakap salmonella ni boleh rosakkan buah pinggang dan paling takut boleh menyebabkan kematian.
Doktor ada cakap nak ambil air tulang belakang, tapi tak ingat dah hari ke berapa nak tengok same ada kuman tu sampai kat otak ke tidak, tapi sebab Aisy ada perubahan, doktor batalkan.
Mulalah Aisy bertarung dengan jarum. Boleh dikatakan hari-hari kena cucuk. Jarum asyik tercabut je. 11 hari kat hospital, 20 kali pasang jarum baru. Kita yang besar ni tak tahan, apakan lagi baby.
Samonella ni berpunca dari persekitaran contoh macam kita terpegang daging, ayam, sayur atau ikan mentah lepas tu kita terus pegang anak. Dari situ kuman tu boleh berjangkit pada anak, atau pun kita nak buat susu anak, sebelum tu ada terpegang yang mentah-mentah tu terus kita buat susu. Ini pun boleh berjangkit. Selain itu botol susu tak direbus, doktor sarankan beli 6 botol susu untuk anak, bila habis pakai, tukar botol lain. Dan kena rebus botol selalu.
Apa itu kuman samonella:
Salmonella adalah istilah yang merujuk kepada kelompok beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan Salmonella (salmonellosis) di saluran pencernaan.
Menurut WHO, Salmonella merupakan salah satu penyebab utama keracunan makanan di dunia. Tanda-tanda terkena jangkitan kuman salmonella ni ialah mual, cirit birit, perut cramp, badan menggigil, demam dan darah pada najis. Kalau ada tanda-tanda ni ibu tolong alert ye!
Lepas 9 hari on antibiotik sekali lgi doktor ambil najis dia untuk tengok kuman ada lagi ke tak dan akhirnya hari ke 10 result dah negatif. Masa ni lega sangat. Hari ke 11 dah discharge.
Jadi bayi ni kena alert ye! Botol susu, orang pegang semua kena beringat. Bayi ni sensitif sikit. Salmonella ni sangat bahaya untuk bayi. Kena kerap basuh tangan sebelum nak pegang baby, atau nak buat susu baby.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjelang hari raya yang bakal disambut tidak berapa hari lagi, pasti ada diantara kita yang melapangkan masa untuk mencuba buat kuih raya bersama anak-anak di rumah.