Seorang ibu mana  selalu mahukan yang terbaik untuk anak. Tapi janganlah mengejar kesempurnaan dan menekan diri, ibu bukan superwoman!

Memang ibu adalah insan yang paling prihatin kepada anak, tambah-tambah lagi jika bayi tersebut ialah lahir secara pramatang, penjagaannya juga perlu teliti berbanding bayi yang lahir cukup bulan.

Asal Anak Cukup Berat, Aktif & Perkembangan Seiring Usia, Itu Dah OK. Ibu Bukan Superwoman, Jangan Terlalu Menekan Diri!

Setiap bayi ada kerenahnya, setiap rumah ada sepahnya, setiap ibu ada kelemahannya. Ini yang dikatakan oleh Dr Sakinah Sulong. Pengalaman berhadapan dengan ibu ketika mengendalikan penilaian perkembangan bayi pramatang dicatatnya ini dikongsikan beliau. Semoga ia memberikan manfaat kepada ibu agar tidak terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam menjaga dan mendidik anak sebaliknya menikmati momen-momen membesarkan si manja.

Susahnya jadi ibu zaman ini! 

Tak lama dulu saya jumpa seorang ibu muda. Baru seorang anaknya. Anak yang comel yang perlu jumpa Dr Pakar untuk penilaian perkembangan disebabkan sejarah kelahiran pramatang.

Hasil pemeriksaan saya, anak comel itu cukup berat, nampak aktif dan sudah mampu nak berjalan seiring dengan umur setahun lebih. Memang menghiburkan bila kita melihat kaletahnya.

Segala-galanya nampak ok dari kacamata seorang doktor.

Tapi ibu tersebut mengadu anaknya suka makan roti, tidak suka makan nasi beserta sayur dan ikan.

“Biasa ye, Dr? Saya risau la. Tengok sepupu dia, pandai makan carrot. Kalau dia ni, dia tutup mulut dia kalau saya bagi bubur taruk carrot. Macamana saya nak buat supaya dia pun nak makan sayur macam sepupu dia?”

Mukanya memang susah hati.

Macam-macam lagi dia tanya, dek kerana risaukan anaknya. Puas juga saya tunjuk graf perkembangan anaknya di rekod kesihatan, segala-galanya nampak bagus. Anaknya pun sudah mula berjalan laju, pandai memanjat kerusi dan menghumban barang. Ini memang perkembangan fizikal yang elok!

Asal Anak Cukup Berat, Aktif & Perkembangan Seiring Usia, Itu Dah OK. Ibu Bukan Superwoman, Jangan Terlalu Menekan Diri!

IKLAN

ENJOY YOUR TIME AS MOTHER

Akhir saya pesan pada ibunya,

“Please try enjoy your time as a mother. Jangan risau sangat. Pada umur setahun lebih, you takleh nak paksa dia makan apa yg you nak dia makan, especially kalau dia dah ada preference. Lainlah kalau dia dah besar dah boleh faham arahan dan rules. Masa tu baru you tetapkan mesti makan sayur, mesti makan ikan sebab dia dah boleh faham”

Bukan apa, saya kesian dengan ibu ini.

Dia terlalu inginkan suasana dan bayi yang ideal seperti yang dia lihat pada bayi lain. Padahal ia tak mungkin berlaku. Tiada apa yang sempurna di dunia nyata melainkan yang dilakonkan. Sempurna mungkin apa yang dinampak tapi hakikatnya tidak begitu.

Setiap bayi ada karenahnya.

Setiap rumah ada sepahnya.

Setiap ibu ada kelemahannya.

IKLAN

Jangan terlalu dikejar suasana dan keadaan yang sempurna, lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan sesuatu yang tak mampu kita kawal. Takkan cukup masa kita, takkan cukup kudrat kita kalau semua nak nampak cantik sempurna tiada cela.

Bayi nak comel tak comot sepanjang masa.

Lantai nak licin berkilat tanpa mainan tanpa kotoran. Biar indah pandangan mata.

Makanan nak terhidang masak siap menu lengkap untuk santapan suami tercinta.

Kain baju nak berlipat tersusun indah dalam almari kaca tersedia.

Asal Anak Cukup Berat, Aktif & Perkembangan Seiring Usia, Itu Dah OK. Ibu Bukan Superwoman, Jangan Terlalu Menekan Diri!

SEORANG IBU BUKAN SUPERWOMAN

Takkan mampu.

IKLAN

Sekali-sekala terima lah, yang kita tak mampu.

Kita adalah seorang ibu, bukan superwoman.

Ada benda kita cuba buat sehabis baik, ada masanya kita lepaskannya. Tak runtuh rumah tu kalau kita tak larat nak menyapu satu hari.

Tak obese anak kecil kita kalau dia menolak sayur beria-ria pada umur setahun dua. Dah besar sikit, kita cuba lagi bila dia dah boleh terima arahan kita.

Asal Anak Cukup Berat, Aktif & Perkembangan Seiring Usia, Itu Dah OK. Ibu Bukan Superwoman, Jangan Terlalu Menekan Diri!

BOLEH CUBA JADI IBU YANG TERBAIK, TAPI JANGAN TERLALU MENEKAN DIRI

Kita boleh mencuba jadi ibu yang terbaik.

Tapi sama sekali takkan mampu jadi yang sempurna. Sebab alam ibu bukan satu medan untuk kita berlumba. Ia adalah alam untuk kita meraikan anak-anak dan saat manisnya.

Jangan terlalu menekan diri sendiri.

Ingat, anda adalah ibu,

Bukan seorang Superwoman dengan segala kuasa ajaib. Ada masa Superwoman pun perlu bantuan juga.

Sumber: Dr Sakinah Sulong

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI