Perkara normal jika si ibu suka berbelanja dan berhabis semata-mata untuk membeli pakaian baru untuk anak. Kadang-kadang dibeli dan tak sempat dipakai pun, anak sudah membesar. Akibatnya baju itu sudah tidak muat dipakai anak. Bukankah membazir namanya tu?
Itulah yang dikongsikan oleh selebriti, Salima Habibi, tentang tabiat mengumpul baju anak sehingga berlebihan di rumah. Melalui perkongsiannya di laman Instagram, Salima mengatakan sesungguhnya lebih baik barangan berlebihan itu dijual, disedekahkan atau dibuang (jika sudah rosak).
Keterikatan dengan dunia yg adakala kita terlepas pandang tapi penat nak menjawab di akhirat kalau tidak bertindak sekarang. .
Mari kita muhasabah sama sama. .
Sekadar berkongsi, mcm baju anak2, bila dh tak muat jer sal akn keluarkn dan asingkn dr dlm almari, masukkan dlm bag plastik atau paper bag. Mana boleh bg kawan2, bg kawan2, mana boleh bg saudara mara, sal akn pass pd mak sal. .
Sentimental value? Rasulullah saw adalah insan yg paling berakhlak mulia seluruh alam, ‘touch’ yg paling mahal drpd baginda adalah doa baginda utk ummatnya yakni kita, itu yg kekal hingga skrg…boleh la kalau nak simpan sehelai dua… tp kalau 50 helai baju simpan utk sentimental value dah tak kene tu hehe… .
Ads
Tp utk yg rajin beranak, simpan lah baju baby yg bleh guna utk mana2 jantina tu, sbb bkn semua org ada kelebihan utk asik beli baru kan… .
Mcm baju rayyan dlu ada jugak yg sal simpan n asmaa’ pakai time baby, skrg baju2 tu semua dh let go… alhamdulillah
.
Bukan baju anak2 je, baju2 kita baju suami, handbag kasut segala bagai, pinggan mangkuk, buku2 dan segala galanya…yang kita pakai hari hari pun Allah akn tanya, yang tak guna pun Allah tanya. .
Moga Allah selamatkan kita dari terkena walaupun bahang api neraka
Betul juga apa yang dikatakan oleh Salima ni, takkanlah kita nak membazir. Beli-beli tak dipakai, sudahnya sampai berhabuk berkulapuk terbiar dalam almari. Bukankah lebih elok, kalau keadaan baju tu masih cantik, berilah kepada golongan yang memerlukan.
Kadang-kadang tu, baju berjenama mahal dibeli. Sudahnya tak dipakai sebab terlupa pernah beli, maklumlah baju banyak sangat. Elokla kalau kita dapat mengubah tabiat itu. Jom, sama-sama berubah!
Amalan peluk isteri 3 kali sehari rupanya beri kesan positifi pada emosi isteri. Semua manusia suka dipeluk. Rasa bahagia dan tenang sangat.
Para isteri tak terkecuali ya suami. Cuba peluk isteri tiga kali sehari kalau nak tahu apa kesannya.
Bukan anak sahaja yang suka dipeluk tetapi ibu kepada anak anda iaitu isteri anda turut tak terkecuali masih mahu dipeluk dan disayangi suami.
Perkongsian dari Encik Matt, lelaki yang bergelar suami dan ayah ini patut dijadikan peringatan ‘manja’ kepada semua suami yang mungkin dah lama tak peluk isteri masing-masing disebabkan kesibukan urusan seharian.
Mengikut kajian. Isteri perlu di peluk 3 kali dalam tempoh sehari untuk bagi emosi mereka lebih tenang.
Saya cuba teknik ini dari bulan 1 lagi, nampaknya setiap bulan ada peningkatan dari segi emosi isteri.
Isteri nampak lebih ceria, lebih tenang untuk kawal emosi apabila anak meragam, sangat cekap untuk menenangkan suami ketika emosi suami tidak stabil.
Rupanya apabila kita kerap peluk isteri terutama ketika mereka dalam keadaan penat hormon oxytocin akan dirembeskan dengan lebih baik. Hormon ini akan buatkan mereka rasa tenang dan bahagia.
Jadi. Para suami ambil peluang hari ini untuk peluk isteri dengan penuh kasih sayang. Katakan kepada mereka yang kita sangat sayang dan sangat hargai mereka.
Pernah dengar tak? Pinggan mangkuk dalam sinki, mesti basuh semua bila nak tidur malam. Sampah dalam rumah, bungkus rapat dan buang.
Saya pernah dengar dulu…masa zaman sekolah lagi..Tapi, terkadang buat tak endah saja. Tak ambil berat pun..Tapi, tetiba ada yang reminder semula.. Allah, rupanya itu pesan kekasih Allah. Junjungan besar nabi Muhammad SAW. Ruginya selama ni tak buat sungguh-sungguh.
Bukan tak basuh pinggan, cuma ikut mood…bila rasa lapang baru buat. Bila disibukkan dengan urusan lain, bila dah lewat terkadang tak basuh dah.
Esok pagi baru nak basuh. Allah, tu la ambil ringan je. Bila dah tahu, rasa terpukul betul. Rasa nak putar semula masa.
Macam-macam rasa ada. Selama ni meremehkan sunnah? Tak serius? Allahu…aku tak sengaja. Nabi suruh pasti bersebab. Pasti hikmahnya besar.
Lepas dah tahu, sedaya upaya amalkan. Tengah malam pun, kalau ada yang belum settle bekas-bekas makan tu, basuh juga.
Rupanya betul, bila dah settle kerja ni, lapang dada rasa. Nak bergolek pun tak bersalah.
Nak berjimba pun, relax je sebab kerja dah selesai.
Rumah pun rasa lapang je walaupun susun atur sama je macam selalu. Pada satu sudut lain. Jin pun tak turun masuk rumah kita sebab tiada makanan dia.
Tempat dia nak main tak ada sebab bersih je rumah kita. Paling penting hikmah di sebalik sunnah ini adalah menutup lubang-lubang kafakiran. Kita yang lemah ni memang tak dapat tafsir semua sunnah. Tapi yang penting itulah yang kita tidak tahu.
Ya Allah, istiqomahkan aku dalam melaksanakan sunnah kekasihMu. Ampuni daku andai terculas lagi.. Aku hanya insan lemah dan hina tanpa pertolongan Mu, ya Rabbal a’lamin.
Sumber: Viral Muafakat Johor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk ajar anak mengaji al Quran mungkin agak sedikit ‘tricky’, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan anak pertama dalam keluarga. Namun, jika tahu langkah dan kaedah yang tepat, ia boleh dilakukan tanpa sebarang masalah yang besar.
Ini perkongsian Puan Nooraishah Abdul Wahab berkenaan bagaimana dia mendidik anak pertama mereka belajar mengaji di rumah!
Hafiz Zulfiqar, cahaya mata pertama Nooraishah dan Hafiz Zulkarnain
Pasangan ibu bapa muda, Nooraishah dan suaminya, Encik Hafiz Zulkarnain Muhammad telah dikurniakan cahaya mata pertama yang diberi nama Hafiz Zulfiqar.
Kini Hafiz Zulfiqar telah pun menginjak usia 5 tahun.
Menurut Puan Nooraishah, anak sulungnya ini merupakan seorang kanak-kanak yang agak sensitif, manja dan cermat, tetapi agak aktif dan suka bercakap.
Selain itu, anaknya ini juga agak senang untuk dijaga sejak daripada kecil kerana anaknya bukan jenis yang kuat meragam.
Namun menjadi kebiasaan bagi seorang kanak-kanak, ada kalanya Hafiz Zulfiqar akan meragam juga lebih-lebih lagi jika dia tidak mendapat sesuatu yang dimahukannya.
Pegang Iqra’ seawal usia 2 tahun
Nooraishah telah membiasakan anaknya itu dengan buku-buku mengaji sejak umur anaknya 2 tahun.
Menurut ibu ini, sebagai permulaan dia memperkenalkan buku Iqra’ sebagai buku pertama kepada Hafiz Zulfiqar.
Apabila anaknya itu sudah berusia 4 tahun, barulah dia mendidik anak belajar mengaji dengan lebih serius.
Hal ini bertitik-tolak selepas menyedari anaknya itu seorang yang mudah untuk menghafal ayat-ayat al-Quran.
Tambahan pula, Nooraishah dan suami telah merancang untuk mula menghantar anaknya ke tadika semasa usia 5 tahun.
Jadi, adalah lebih baik jika anaknya itu tahu asas mengaji al Quran bermula daripada rumah.
Menariknya, ada kala Hafiz Zulfiqar akan meminta sendiri untuk belajar mengaji dan kadang-kadang perlu juga disuruh mengaji, tetapi tidaklah sampai tahap memaksa dan masih boleh dipujuk.
Ini 6 kaedah yang digunakan untuk didik Hafiz Zulfiqar belajar mengaji
Buat pembaca yang masih tidak pasti cara yang sesuai untuk mendidik anak mengaji al Quran, mungkin anda boleh pertimbangkan kaedah yang Nooraishah amalkan ini.
#1. Guna teknik memuji anak terlebih dahulu
Kanak-kanak akan lebih bermotivasi melakukan sesuatu perkara jika ibu bapa kerap memuji mereka.
Ini juga langkah penting yang dilakukan oleh Nooraishah ketika mengajar anaknya mengaji al Quran.
Menurutnya,
“Saya selalu sebut bahawa Zulfiqar anak yang pandai. Walaupun hanya satu huruf yang dia kenal, saya akan memujinya dengan berkata seperti ‘Good boy’, ‘Betul’, atau ‘Pandai’. Saya boleh melihat mukanya menjadi seronok untuk mengenal huruf-huruf baharu.”
#2. Teknik pujuk anak
Ada harinya Hafiz Zulfiqar malas untuk belajar mengaji. Jadi, ibu ini akan memujuk dengan berkata seperti, “Kalau tidak baca Iqra’ hari ini, nanti lambat alih ke muka surat yang baharu.”
Selain itu, ibunya juga akan memberikan mainan sebagai hadiah atau galakan untuk cepat belajar buku Iqra’ yang baharu.
#3. Guna teknik lagu atau nyanyian
Untuk mengelakkan anak menjadi cepat bosan ketika mengaji al Quran, Nooraishah juga mengajar anaknya mengaji dengan kaedah menyanyi atau berlagu.
Selain itu, jika anak tersalah baca, ibu bapa tidak perlu memarahi anak.
Sebaliknya, tukarkan kesalahan yang dilakukan itu kepada satu bentuk bahan jenaka agar anak tidak menjadi stres ketika mengaji.
#4. Terangkan kebaikan mengaji kepada anak
Ketika mengaji, boleh cuba menerangkan sedikit kebaikan mengaji al Quran kepada anak seperti mendapat pahala dan boleh masuk syurga.
Ceritakan segala kebaikan yang akan kita dapat jika mengaji supaya anak berasa bahawa mengaji itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan.
#5. Sama-sama mengaji selepas solat Maghrib
Untuk memupuk tabiat mengaji dalam diri anak, ibu bapa juga boleh mengajak anak untuk sama-sama mengaji selepas solat Maghrib.
Menurut Nooraishah,
“Saya akan sentiasa ingatkan anak bahawa waktu Maghrib hampir tiba. Saya minta anak untuk mandi siap-siap dan bersedia untuk solat dan mengaji. Secara tidak langsung anak akan sentiasa bersedia.”
#6. Tetapkan had masa mengaji
Bagi kanak-kanak yang berusia sekitar 4 atau 5 tahun, tetapkan had masa mengaji antara 5 hingga 10 minit sahaja.
Ini kerana, jika waktu mengaji terlalu lama, anak akan mudah menjadi bosan dan cepat stres.
Selain itu, sediakan juga sudut khas untuk anak belajar mengaji dan sebagai tempat untuk anak menyimpan buku-buku Iqra’.
Apabila selesai waktu mengaji, anak akan menyimpan kembali buku Iqra’ di tempat yang telah disediakan.
Semakin minat untuk belajar
Satu perkara yang Nooraishah sedar apabila mengajar mengaji ialah anaknya itu semakin suka untuk belajar.
Hafiz Zulfiqar juga semakin cepat dan mudah mengenal huruf. Jika anaknya terjumpa huruf jawi di mana-mana, dia akan menyebutnya satu persatu.
Selain itu, dia melihat anaknya semakin mudah menghafal dan menjadi kanak-kanak yang lebih fokus dalam melakukan sesuatu perkara.
Pastikan anak belajar mengaji sebelum suami balik kerja
Bagi Nooraishah, mengajar anaknya untuk belajar mengaji bukanlah satu perkara yang sukar kerana dia sendiri merupakan seorang suri rumah yang menjalankan bisnes secara dalam talian sahaja.
Dia mempunyai lebih banyak masa dan ruang untuk mengajar anaknya mengaji al Quran.
Namun, dia akan pastikan bahawa Hafiz Zulfiqar mengaji sebelum suaminya pulang ke rumah daripada kerja.
“Saya akan pastikan anak mengaji sebelum suami balik kerja untuk mengelakkan dia hilang fokus ketika mengaji. Ini kerana dia terlalu obses dengan babahnya sendiri dan banyak menghabiskan masa dengan babahnya,” katanya mengakhiri perbualan.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.