Hidup selepas berkahwin ibaratnya saling melengkapi, tak ada yang sempurna. Mana yang isteri kurang, suami tolong lengkapkan, begitu juga kalau ada kelemahan suami, isteri pula tolong bantu mana yang boleh. Hidup berdua sama-samalah sempurnakan untuk jadi elok. Jangan pertikaikan apa pasangan dah buat, jangan berkira.
Penulisan dari seorang suami ini, benar-benar terkesan kerana ternyata apa yang dimilikinya itu adalah atas pengorbanan isteri.
Dulu masa baru kahwin, pernah saya cakap dengan bini. “Nanti bolehlah awak tolong buatkan saya bekal makanan setiap hari untuk pergi kerja”. Bini saya kata “boleh saja” sambil tersenyum.
Tahun pertama kahwin. Setiap hari saya bawa bekal ke office. Dan setiap kali tu juga, bila keluar makan dengan kawan-kawan, saya tak kisah menjinjit beg makanan dan makan bersama-sama dengan mereka.
Tahun seterusnya, saya dikurniakan cahaya mata. Rezeki. Pertambahan ahli keluarga membuatkan kehidupan kami menjadi semakin utuh. Tapi sedikit sebanyak ia telah mengambil masa bini untuk melebihkan masa di dapur.
Kalau dulu, bini akan habiskan masa yang agak lama di dapur. Setiap hari dia akan mencuba resepi-resepi baru. Malah ada jua satu ketika, pelbagai lauk dimasak walhal kami berdua je yang makan.
Ads
Gambar Hiasan
Bila ada anak, masa di dapur menjadi semakin kejap. Kadang-kala, tak sampai beberapa minit ke dapur, dia sudah kembali ke dalam bilik untuk menyusukan anak, lepas tu saya ambil alih, dia bersihkan diri dan terus solat. Itu belum cerita anak menangis ketika dia baru pegang kuali. Kagum betul saya. Tak pernah dia tinggal tanggungjawab sebagai seorang isteri. Ajaibnya, masakan dia masih rasa yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Sedap!
Tapi ada juga bila hari yang dia cuti, saya kerja. Bila saya balik kerja, dia akan cakap “Hari ni saya tak makan lagi. Anak tak boleh tinggal. Asyik menangis je nak berteman”. Tanpa banyak soal, saya minta dia bersiap, start kereta dan bawa saja ke mana tempat dia mahu makan.
Besar tanggungjawab seorang isteri. Pengorbanan melahirkan anak sudah cukup besar, belum lagi dia berusaha yang terbaik memberikan untuk si suami.
Ads
Sebagai suami, buatlah yang terbaik untuk isteri. Walaupun dengan sekadar mengurutkan kaki ketika dia mengeluh kepenatan, dan meminjamkan telinga ketika dia cuba meluahkan setiap masalah yang dihadapi di pejabat.
Gambar Hiasan
Dan mengucapkan terima kasih untuk setiap hidangan dan mengatakan “sedap awak masak” juga mampu mengurangkan sedikit kepenatan yang dia lalui.
Benar. Kita pada akhirnya, akan bersama kelak dengan orang yang kita sayang. Dan kita masih punya masa lagi untuk belajar lebih menghargai antara satu sama lain.
Kredit: Syafiq Ridhwan
Ads
**Teringin nak dapatkan set periuk yang berkualiti pada harga berbaloi, klik sini
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Urutan dan sentuhan dari seorang ibu akan memberikan kelegaan dan ketenangan buat si anak. Apa yang dilakukan ibu ini boleh juga ibu praktikkan untuk si kecil.
Ibu ini, Norafiza Mahmud berkongsi cara urutan yang dilakukan buat anaknya. Katanya urutan ini dilakukan oleh ibunya kepada dirinya. Kini, dia sendiri mempraktikkan urutan tersebut buat anak-anaknya.
Menurut Norafiza, urutan tersebut bukanlah urutan profesional, bukan teknik pakar katanya. Tapi yakin dengan sentuhan ibu, anak-anak menjadi lebih tenang serta bonding yang kuat.
Kini apabila anak-anaknya sudah bersekolah, rutin dilakukan selepas solat subuh. Usai urutan, dia akan membisikkan ke telinga anak untuk mandi & bersiap ke sekolah. Seperti terpukau, anak mengikut sahaja. Selorohnya, itu adalah pukauan ibu!
TEKNIK URUTAN UNTUK ANAK CERGAS DAN SENANG DI KEJUT UNTUK KESEKOLAH
Emak saya pandai mengurut tapi urut untuk anak-anak sahaja. Mungkin mewarisi sedikit kelebihan dari emak. Saya mula melatih diri mengurut anak-anak pula.
Sekarang sudah menjadi tabiat. Selepas urut sahaja bisik di telinga mereka untuk mandi dan bersiap ke sekolah. Terus bangun seperti di pukau. haha.
Pukauan ibu.
INGATKAN IA BUKAN TEKNIK PAKAR
Selalu selepas solat subuh saya urut dia orang. Ini bukan teknik pakar.
Urutan ini adalah urutan sentuhan atau aura positive ibu kepada anak-anak.
DOA UNTUK DIBACA SEMASA ANAK DIURUT
Sediakan DOA mudah ini sewaktu urutan.
Al-Fatihah
Ayat Kursi
Sepanjang urutan kalian baca dan hembuskan pada badan anak-anak.
IKHTIAR
Ketika anak sakit, selepas mendapat rawatan di klinik dan memberikan ubat-ubatan yang dibekalkan, tidak salah anak-anak diberikan urutan. Sentuhan ibu melegakan hati anak yang sedang sakit. Norafiza memang akan melakukan urutan kepada anak-anaknya.
“Jika anak-anak jatuh, sakit badan atau sebagainya. Urut dan hembuskan pada bahagian yang sakit. In shaa Allah. Doa ibu akan melegakan anak.
TIDAK PERLU BUAT SEMUA, CUMA PASTIKAN KONSISTEN SETIAP HARI
Norafiza berkongsi bahawa ibu bapa tidak perlu melakukan semua teknik dalam satu masa. Apa yang perlu adalah konsistensi pada setiap hari dan pagi.
Dia turut menunjukkan cara dan teknik urutan yang dilakukannya.
LANGKAH 1
Ini adalah urutan belakang.
Urutan badan ini akan membuatkan badan anak rasa bertenaga dan ringan. Kalian boleh melakukan dan mengamalkan urutan ini setiap pagi selepas solat subuh.
LANGKAH 2
Kanak-kanak 90% kehidupan mereka adalah bermain. Badan mereka juga merasa letih dan penat. Urutan lembut ini sangat merangsang kesihatan anak cik oya untuk bebas dari demam, batuk dan sebagainya.
Cik oya sudah bermula dengan urutan ini sejak setahun lepas.
LANGKAH 3
Ini urutan dada dan Perut.
Menghantar positif aura kepada anak-anak akan melahirkan kecergasan. Kesihatan mereka juga terbukti sihat berbanding kanak-kanak yang kurang sentuhan dari ibu dan bapa.
LANGKAH 4
Ini adalah teknik yang cik oya suka. Azraqi juga suka. Dengan DOA agar segala yang mereka belajar di sekolah lebih mudah faham dan cepat di terima. In shaa Allah. Cik oya nampak perubahan mereka.
LANGKAH 5
Urutan telinga ni selalu mak cik oya buat pada cik oya. Ya Allah. Sangat relaxing. Walaupun hanya telinga. Impak dia sangat besar.
LANGKAH 6
Tepuk pada belakang anak. Jika kalian melakukan sewaktu subuh. Bisik sahaja di telinga mereka untuk bangun dan mandi ke sekolah.
Sewaktu urutan. Kejut lembut dan bertanya.
Best tak mommy urut abang?
Pastikan kalian mendapat jawapan dari Mereka. Ini menandakan positive vibe sudah masuk ke minda.
Daripada ” abang, cepat bangun. Jom pergi sekolah”
In shaa Allah. Ini bukan janji. Jika kalian lakukan penuh ikhlas Dan konsisten. Kalian dapat hasilnya.
Habis sahaja minyak satu botol penuh, cepat-cepat kita buang. Lepas ni janga dibuang dahulu kerana banyak fungsinya botol minyak bersaiz besar ini. Apa yang kita boleh buat?
Tip ringkas yang dikongsikan oleh pengguna Tik Tok ini @senz.malaysia ini anda kena cuba. Paling penting jimat, tak payah beli dan jimat ruang.
Tips lagi! DIY botol minyak untuk simpan lebihan makanan!
Jangan buang botol minyak anda. Masih belum buang lagi kan? Saya kongsikan tip jimat ini.
1. Potong botol minyak besar macam ini. Buat kepada tiga bahagian.
Anak-anak anugerah terindah buat ibu bapa. Bagaimana kita mencorakkan itulah penentu kejayaan mereka. Sebaiknya sejak dari kecil lagi, pendedahan mengenai perkara positif harus dilaksanakan seawal usia.
Tak dinafikan, ada ketikanya akan wujud kesukaran untuk mendidik anak-anak, kerana bagi kanak-kanak, bermain adalah salah satu kepuasan diri buat mereka. Jadi, untuk memastikan kanak-kanak ini kekal dengan rutin yang sama, ianya memberi cabaran yang baru buat ibu bapa.
Dalam soal mendekatkan diri anak dengan al-Quran bukan mudah. Ia memerlukan kesabaran dan konsisten sepanjang masa agar anak terbiasa dan menjadikan bacaan al-Quran suatu aktiviti yang menyeronokkan.
Berdasarkan perkongsian dari Puan Haryati Omar, caranya mendekatkan anak dengan al-Quran adalah mulakan sejak anak usia setahun. Walaupun masih belum memahami tetapi lama-kelamaan anak jadi minat.
Ibu kepada 5 cahaya mata berusia 22 hingga 3 tahun ini juga turut memastikan amalan membaca al-Quran di depan anak-anak antara salah satu rahsia menarik minat mereka.
“Saya tak paksa tapi tunjukkan di depan anak-anak terutama di waktu lapang atau selepas solat.
“Alhamdulillah anak-anak dapat menerimanya dan sekarang mereka juga tak perlu di suruh.
“Antara pendekatan yang saya rasa berkesan juga, biasakan anak mendengar cd ayat-ayat suci al-Quran. Walaupun kita nampak biasa, tapi kesannya sangat hebat kerana mereka boleh mengikut bacaan itu,” katanya.
Menyentuh mengenai pemakanan juga, Haryati turut menyatakan makanan ringan memang tak didedahkan pada anak-anak. Apa yang anak makan akan dipantau.
“Biasanya saya lebih suka anak makan buah-buahan, makanan sunnah yang boleh menguatkan otak selain makanan berzat.
“Biarlah orang nak kata saya menyekat kebebasan anak tapi inilah salah satu kunci untuk anak mudah menghafaz al-Quran.
“Impian saya hanya satu nak lihat anak-anak menjadi pendamping al-Quran dan menjadikan kalam Allah ini sebagai panduan hidup mereka sampai bila-bila,” ujarnya ketika ditemui sempena program World #QuranHour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIA.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengacara yang cukup terkenal dengan bait-bait puitis, Fedtri Yahya meluahkan rasa bangga namun sedikit hiba terpaksa melepaskan anak sulungnya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh.