Bila mengandung rasa loya pada awal kehamilan adalah perkara biasa. Malah setiap ibu hamil, alahan mereka juga berbeza-beza. Ada sesetengah hanya mengalami loya atau alahan yang ringan namun ada juga yang alami loya atau alahan yang teruk dan berpanjangan.

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, rasa loya ini biasanya berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan kerana ketika itu terdapat peningkatan pada tahap hormone dalam tubuh wanita hamil yang dikeluarkan oleh uri dalam Rahim mereka.

Asal Makan Muntah, Loya Masa Hamil Tu Biasa Tapi Saranan Doktor Ni Mungkin Boleh Bantu Bakal Ibu Lebih BersediaTapi keadaan ini biasanya akan semakin berkurangan apabila usia kehamilan semakin meningkat kerana badan sudah lali dengan kehadiran hormone secara perlahan-lahan. Dr. Zubaidi turut memberikan beberapa saranan kepada wanita hamil bagi mengatasi masalah loya yang dialami.

MENGURANGKAN RASA LOYA DAN MUNTAH KETIKA HAMIL

Ramai wanita yang mengalami rasa loya dan muntah di awal kehamilan mereka dan ini adalah fenomena yang normal. Ia bergantung kepada individu. Ada yang mengalami rasa loya dan muntah yang teruk dan ada yang mengalaminya secara ringan.

Selalunya ia berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan kerana pada masa ini terdapat peningkatan pada tahap hormon “human chorionic gonadotrophin (hCG)” dalam tubuh wanita hamil yang dikeluarkan oleh uri dalam rahem mereka.

IKLAN

Asal Makan Muntah, Loya Masa Hamil Tu Biasa Tapi Saranan Doktor Ni Mungkin Boleh Bantu Bakal Ibu Lebih BersediaApabila usia kehamilan semakin membesar, selalunya wanita hamil itu kurang mengalami rasa loya dan muntah kerana mereka telah semakin lali dengan kehadiran hormon itu dan secara perlahan-lahan aras hormon itu semakin rendah selepas tiga bulan pertama. Jarang sangat rasa loya dan muntah ini berlangsung selepas 3 bulan pertama. Jika ia berlaku saya menasihatkan agar menjalani pemeriksaan doktor.

Guna Halia Dan Lemon Kurangkan Rasa Loya

Untuk mengurangkan rasa loya dan muntah selalunya saya mencadangkan agar wanita menggunakan halia dan lemon. Buatlah air dengan kadar perisa halia dan lemon yang agak nipis dan minumlah tanpa menggunakan ais. Rasa loya dan muntah ini tidak dapat dihilangkan, kerana selagi ada kehadiran hormon hCG dalam tubuh.

IKLAN

Namun rasa ini boleh dikurangkan. Malah ia akan berkurangan secara perlahan-lahan apabila kehamilan semakin meningkat usianya. Selain itu saya juga mencadangkan agar wanita yang hamil untuk :

1. Mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit setiap dua jam walaupun anda tidak lapar
2. Elakkan daripada mengambil makanan yang pedas, berlemak dan bergoreng
3. Buka tingkap dan kipas ketika memasak bagi mengurangkan bau yang boleh menyebabkan rasa loya dan muntah
4. Hentikan pengambilan kafein
5. Minum air secukupnya antara 10 hingga 12 cawan sehari
6. Dapatkan rehat yang cukup
7. Kurangkan suplemen yang tidak perlu
8. Kurangkan stress di tempat kerja

Asal Makan Muntah, Loya Masa Hamil Tu Biasa Tapi Saranan Doktor Ni Mungkin Boleh Bantu Bakal Ibu Lebih Bersedia

IKLAN

Tak Galak Ambil Ubat Tahan Muntah

Saya sendiri tidak menggalakkan penggunaan ubat menahan muntah kecuali jika wanita yang hamil itu tidak tahan menahan rasa loya yang muntah. Walau bagaimanapun ia selamat jika digunakan dengan dos yang kecil secara berhati-hati.

Bagi wanita hamil yang mengalami rasa loya dan muntah yang teruk sehingga tidak mampu untuk makan, selalunya mereka akan dimasukkan ke dalam wad dan akan diberikan rawatan intravena.

Memang penat bila kena alahan dan loya ketika hamil. Ada yang sampai terkulai layu tak boleh bekerja. Suami dan orang sekeliling memang kena faham dan banyak bagi sokongan. agar perjalanan kehamilan setiap wanita lancar.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI