Rutin sebelum masuk tidur yang dibuat secara konsisten dapat membantu anak-anak tidur lama dan nyenyak. Ini salah satu cara untuk anda habiskan masa berkualiti dengan mereka.
Para saintis mengatakan rutin sebelum masuk tidur ini dapat membantu anak-anak untuk mereka membesar dengan kemampuan untuk berkomunikasi dan berdikari.
Kebanyakan ibu bapa kurang peka dengan kebaikan melakukan rutin ini. Perkara yang sebenanrnya jika rutin ini dibuat setiap hari, ia dapat mengurangkan stres ibu dan ayah. Anak-anak pula akan merasa lebih disayangi, tingkah laku mereka akan menjadi lebih baik dan sentiasa bersedia untuk belajar.
Pa&Ma senaraikan aktiviti yang boleh anda lakukan dengan anak-anak:
MEMBACA BUKU
Melakukan rutin ini membuka ruang untuk anak-anak bermanja dengan anda. Ketika anda bacakan buku untuk mereka, biarkan mereka dalam pelukan atau berbaring atas riba. Waktu membaca juga membantu anak-anak belajar pelbagai konsep baharu, penggunaan bahasa yang lebih luas dan membuka minat mereka untuk membaca.
GOSOK GIGI DAN PAKAI BAJU TIDUR
Aktiviti ini dapat membina sifat berdikari serta kemahiran mereka menguruskan diri sendiri.
MINUM AIR MASAK
Selepas minum air, selimutkan mereka dan kucup dahi mereka. Itu salah satu cara mereka tahu yang anda benar-benar mengambil berat tentang diri mereka.
Ads
BERITAHU ANAK, ANDA SAYANGKAN MEREKA
Bukan itu saja, beritahu juga betapa anda bangga dengan mereka. Sebut juga setiap perkara possitif yang mereka lakukan sepanjang hari dan sentiasa ingatkan mereka jika ada yang tidak betul mereka lakukan.
Kalau ada perkara nakal yang mereka buat, tegur dengan berhemah sebelum menghukum. Jangan lupa untuk beritahu anak anda yang mereka itu manusia kegemaran anda di seluruh dunia!
PELUK ANAK-ANAK
Berikan mereka pelukan waktu malam dapat menyalurkan rasa sayang dan kebaikan kepada mereka tanpa perlukan berkata apa-apa.
Bukan sahaja semua kebaikan ini akan anda perolehi, bahkan rutin ini dapat membuka ruang untuk anda menjadi pendengar yang baik untuk anak-anak. Ketika di dalam bilik tidur, keadaan sunyi dan tenang. Anak-anak akan lebih terbuka untuk bercerita kepada anda. Setiap kerisauan, kegembiraan atau apa saja yang mereka rasakan akan mereka kongsikan dengan anda.
Perasan atau tidak, anak-anak suka bersembang ketika mahu lena? Anda pula menyuruh mereka terus tidur tanpa mahu mendengar cerita mereka. Itu sebenarnya yang menjadi punca mengapa anak-anak berahsia dan ‘menjauh’ dari anda. Cubalah rutin ini dan mungkin anda dapat lihat sendiri perubahannya kepada anda sekeluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru sehari bercuti di Maldives, Sariyanti mula rasa rindu kepada anak-anaknya. Beginilah ibu-ibu, kerinduan saat berpisah dengan anak-anak memang tidak dapat disangkal lagi walau pun suami tercinta ada sisinya.
Sariyanti bersama suami, Jep Sepahtu kini berada di lokasi pelancongan yang indah iaitu Maldives. Percutian ini besar kemungkinan adalah sempena sambutan ulang tahun kelahiran Sari pada 9 November lalu.
Kerinduan kepada anak memang tidak dinafikan terutamanya apabila berjauhan dalam masa yang lama. Perasaan rindu itu dinyatakan oleh Sari ini melalui posting Instagram yang memaparkan sekeping kertas yang tercatat nama anak-anaknya iaitu Barr Al ‘Aliy, 8 tahun, Baasit Al Haq, 6 tahun dan Dariya Inara, 6 bulan dan ucapan ringkas tetapi penuh makna “Mama miss u my babies.”
Kapsyen juga pendek tapi cukup menggambarkan kerinduan ibu ini kepada anak-anak kesayangannya.
sariyanti Nanti ada rezeki kita datang sama sama pulak ??? . #barralaliy #baasitalhaq #dariyainara @dariyainaraofficial
Para follower faham akan perasaan yang sedang dialami selebriti ini dan turut berkongsi pengalaman dan cadangan supaya Sari membuat video call untuk mengubati kerinduan kepada anak-anak.
Membawa si kecil melihat dunia amat baik untuk perkembangannya. Ia adalah satu bentuk rangsangan yang menggalakkan bayi menerokai sesuatu yang baru. Nak bawa mereka bersama tentu ada panduannya, lebih-lebih lagi jika ke luar negara.
Mama papa boleh dapatkan tip lanjut dalam rancangan TV Pa&Ma, 13 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD yang bertajuk Pengembara Cilik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rahsia didik anak supaya dengar cakap dan tidak memberontak perlu diketahui oleh setiap ibu bapa. Peranan sebagai ibu bapa dalam mendidik anak bukan urusan yang mudah lantaran perlau membentuk nilai-nilai positif dlam diri anak. Jika silap tunjuk ajar dalam mendidik, ia akan memberi kesan kepada sikap anak-anak.
Ustazah melihat hari ini adalah dunia gajet. Ia bermaksud, ada segelintir ibu asyik menyentuh gajet. Jari jemarinya dengan dunia media sosial seperti twitter, instagram, facebook dan pelbagai lagi. Tetapi lupa nak menyentuh anak. Asyik menyentuh telefon. Oleh sebab itu, Ustazah selalu berpesan kepada anak-anak dan menantu-menantu ustazah,apabila anak-ana nak tidur , sentuh, bercakap dan peluk anak.
Jadi apabila anak-anak membesar dalam keadaan mata mereka menilai ibu dan ayah yang jarang menyentuh mereka tetapi asyik dengan menyentuh gajet. Akibatnya ia akan membuatkan anak sukar mendengar cakap ibu dan ayah. Jadi jika kita hendak anak-anak mendengar cakap, kita kena banyak menyentuh mereka.
Kuasa sentuhan
Ingat tak kepada peristiwa Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama. Baginda gementar apabila Malaikat Jibrail menyuruhnya membaca Lantaran itu, Jibrail memeluk Nabi Muhammad SAW untuk memberi semangat.
Jadi ini bermakna sentuhan secara pelukan itu memberi semangat. Berikan pelukkan itu kepada anak-anak kita. Kita kena banyak menyentuh dan membelai. Ini kerana sentuhan itu sangat penting.
Sentuhan itu membahagiakan kerana apabila anak menangis, ibu akan memeluk dan anak akan berasa tenang.
Sentuhan dengan limpahan kasih sayang. Nabi Muhammad SAW selalu memeluk dan sentuh cucu-cucunya. Perbuatan baginda telah mendapat perhatian seorang sahabat yang tidak pernah memeluk anaknya seramai 10 orang. Maka Baginda bersabda bermaksud,”barang siapa yang tidak mengasihi, mereka tidak akan dikasihi.Justeru, apabila anda inginkan anak sayangi dan dengar cakap, ibu bapa harus rajin memeluk dan menyentuh anak.
Sentuhan adalah rahmat Allah, mendapat pahala dan kekuatan emosi. Sentuhan ini akan memberi kekuatan emosi kepada anak yang dapat mengelak anak memberontak.
Yang pasti, dengan kuasa sentuhan ini, kita berharap anak menjadi seorang yang patuh kepada ibu bapa, menjadi anak soleh dan solehah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki anak ini kita tak tahu bila seseorang itu akan dapat. Itu semua Allah dah tentukan. Mungkin bagi pasangan yang berkahwin, baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga dah disahkan mengandung, namun ada juga yang terpaksa menunggu beberapa tahun untuk menimang cahaya mata sendiri.
Namun bagi pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat tak kisahlah anak pertama atau anak kedua atau seterusnya tetapi belum ada rezeki lagi, boleh cuba amalkan doa yang dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin
Doa buat semua yang masih belum dikurniakan cahaya mata. Sama-sama kita baca doa ini ya..
Ya Allah..Ya Rahman…Ya Rahiim..
Di Kau Adalah Segala Pemilik Segala Hati.. Maka Di Kau Pasti Mengerti Apa Keinginan Kami.. Sesungguhnya Kami Telah Lama Mendambakan Kehadiran Seorang Insan Yang Menjadi Pelengkap Hidup Kami…
Ya Allah… Berikanlah Kami Rasa Itu Untuk Memiliki Seorang Anak.. Anak Yang Soleh Dan Solehah.. Anak Yang Dapat Mendoakan Kami Bila Kami Sudah Tiada Nanti… Akan Kami Menjaga Amanah Yang Di Beri Sebaiknya… Ya Allah… Jadikanlah Zuriat Dalam Rahim Kecil Ku Ini.. Aku Juga Ingin Merasakan Gerakan Dan Keajaiban Bayi Di Dalam RahimKu
Ya Allah …
Aku Ingin Hamil… Engkau Permudahkan lah Rezeki Dan Urusanku.. Ya Allah Aku Ingin Hamil… BerkatilahLangkahku.. Ya Allah Aku Ingin Hamil … Kau Kurniakan lah Aku Zuriat Agar Aku Dapat Menikmati Bagaimana Menjadi Seorang Ibu… Semoga Saat Itu Pasti Akan Tiba… Aamiin Yaa Rabbal Allamiin..
Sebaiknya bacalah setiap hari moga Allah dapat mempermudahkan urusan untuk kita semua yang menantikan kehadiran anak sebagai penyeri keluarga.
Doalah bersungguh-sungguh moga hajat kita ni dapat dimakbulkan. Kita usaha selebihnya berserah pada-Nya. Ajal maut, jodoh dan rezeki semuanya dalam rahsia Allah. Hanya Dia yang berkuasa.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...