Rezeki Allah sudah tentukan, kehadiran anak memeriahkan rumah tangga. Shakilla Khoriri makin excited apabila bakal menyambut Ramadan bersama anak.
Beberapa hari lagi umat Islam akan mula mengerjakan ibadah puasa selama sebulan. Kemeriahan pasti akan dirasai bagi setiap keluarga. Aktres Shakilla Khoriri menyatakan keterujaan menempuhi Ramadan bersama suami dan anak tercinta, Ameena Sofia.
Walau pun ibu ini asalnya mahu ‘dating’ sepuas-puasnya dengan suami setahun pertama berkahwin, rezeki anak tiba awal. Kehadiran Ameena Sofia menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna buat isteri penyampai radio, Fizi Ali ini.
Shakilla menjangkakan tentu keadaan agak mencabar pada tahun ini berbanding tahun lepas berpuasa dan beraya sebagai seorang isteri.
Tahun lepas baru merasa sambut puasa dan raya jadi isteri orang.
Eh….tahun ni dah bertiga. ?
To be honest, lepas kawin memang kitaorang plan nak dating puas-puas setahun than baru plan nak baby.
Ads
Tapi kehendak dan rezeki Allah tak siapa boleh jangka. Rupanya peraturan Allah lebih baik dari aku rancang.SYUKUR.
Lagi berapa hari nak Ramadan. Excited. Tapi aku tahu akan penuh dugaan dan cabaran dengan Ameena. ? Aku harap Ameena jadi good girl nanti kalau tak mau aku telan dia ?
Anyway kita sama2 bersihkan hati, Maafkan semua orang. Cuci hati sebersihnya. Lihat kesalahan sendiri, perbetulkan. Aku tidak lah nak mengajar cuma kita sama2 lah buat untuk kebaikan diri sendiri.
Peminat yang merupakan ibu kebanyakannya turut mengakui apa yang dikatakan Shakilla. Ada yang berniat untuk honeymoon dulu tapi diberi rezeki awal. Ada juga yang menjangkakan cabaran seorang ibu menyediakan sahur & sajian berbuka dengan bayi kecil.
Secara luaran rumah yang didiami 6 beranak ini kelihatan uzur kerana hanya berdindingkan buluh, zink terpakai dan separuh batu bata. Namun siapa sangka di sebalik kesusahannya itu, bila jejak kaki ke dalam rumah pastinya buat ramai yang kagum.
Walaupun dalam rumah hanya berlantaikan tanah tetapi sikap pasangan suami isteri ini yang sangat pembersih wajar dipuji. Dengan susun atur setiap barang dalam rumah yang begitu kemas, tiada sampah dibuang merata-rata dan bahagian dapur yang bersih serta tiada bauan, mengambarkan bahawa kemiskinan bukan satu alasan untuk mereka.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang sukarelawan, Puan Natipah Abu beliau begitu kagum dengan sikap ahli keluarga ini walaupun mempunyai anak yang masih kecil.
“Mereka susah bukanlah kerana sikap’
Boleh dikatakan ini antara salah sebuah rumah yang begitu bersih walaupun secara fizikalnya bukan kediaman yang sempurna.
“Datanglah pada bila-bila masa pun, rumah ini memang sentiasa bersih dan kemas. Jadi mereka susah bukanlah kerana sikap …”
Inilah syurga pasangan muda yang mempunyai empat orang cahaya mata berumur diantara 9 , 7 , 3 dan 1 tahun.
Kita setuju dengan pendapat komuniti setempat yang telah memanjangkan kisah keluarga ini kepada kita. Jarang sekali kita temui rumah yang daif sebersih ini.
Dapur berlantaikan tanah, sangat bersih
Biarpun dapur cuma berlantaikan tanah namun dijaga bersih. Ada ruang basuhan di hujung dapur tetapi tiada sebarang bauan yang kurang menyenangkan pun.
Ruang ibu rumah, rumah batu dibuat sendiri seadanya dan hanya langsir menjadi pemisah bilik. Apa yang ada di dalam rumah ini juga pemberian orang. Diterima dengan besar hatinya oleh pasangan suami isteri ini.
Guna bahan terpakai siapkan rumah
Pasangan ini mengambil keputusan menyiapkan ruang dapur rumah mereka dengan bahan yang ada di sekeliling seperti kayu batang pinang, zink terpakai, buluh dan lain-lain kerana tidak mampu lagi membayar sewa rumah yang mahal.
Mereka membuat keputusan berpindah ke rumah yang didirikan di atas tanah orang tua ini hampir setahun yang lalu.
Si suami baru saja dua minggu bekerja di sebuah kedai welding dengan gaji hari. Sebelum ini, beliau bekerja di sebuah kedai welding di bandar dan dibayar RM50 sehari. Tidak tahan berulang alik berjam-jam setiap hari dengan motosikal, beliau nekad berhenti kerja dan bekerja di kampung saja.
Bila ditanya tentang gaji di tempat baru beliau menjawab dengan nada yang perlahan
“ Jujur saya cakap … saya takut nak tanya tentang gaji. Takut nanti tauke tak mahu terima saya pula…”
Hajat dipanjangkan untuk kita membantu menyiapkan ruang dapur rumah pasangan ini termasuk pendawaian dan penyambungan bekalan elektrik. Mujurlah tiada bil untuk bekalan air bersih kerana datangnya dari bukit dan disalurkan ke kampung di bawah projek “air muafakat”.
Sekiranya ada yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh salurkan ke akaun Maybank Natipah Abu – 552107617521.
Mudah-mudahan dengan berkat sedekah kita ini akan memberikan kediaman yang lebih selesa buat Encik Mohd Fitri Bin Md Kassim sekeluarga.
Kita permudahkan orang, InshaAllah satu hari akan ada insan yang Allah SWT kirim untuk mempermudahkan kita kelak.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang wanita berdepan detik cemas lebih tujuh minit apabila kereta dipandunya ditahan seorang lelaki bertatu yang tidak dikenali dalam kejadian berhampiran kawasan perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan, 6 petang, semalam.
Apa yang lebih menakutkan, wanita bernama Zalliza berkata, lelaki yang dipercayai warga Myanmar dan berada di bawah pengaruh alkohol itu cuba membuka pintu belakang kereta dipandu yang juga tempat duduk anak lelaki bongsunya berusia dua tahun yang diletakkan dalam kerusi keselamatan bayi.
“Syukur walaupun dalam keadaan cemas dan takut hingga kaki terasa lemah, saya sempat periksa pintu kereta dan terus menguncinya.
“Kalau tidak, tak tahu apa akan jadi kerana lelaki itu cuba buka pintu belakang tempat duduk anak,”.
Menceritakan detik cemas itu, Zalliza berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke Kampung Baru di Sitiawan dan menyangka berlaku kemalangan selepas empat kenderaan di depannya tiba-tiba berhenti di jalan berselekoh.
“Saya nampak seorang lelaki berlari dalam hujan dan cuba memanjat pacuan empat roda Toyota Hilux tetapi tak berjaya dan kemudian dia terjatuh sebelum mengetuk cermin sebuah lagi kereta di depan saya.
“Selepas itu dia menahan kereta saya pula dan mengetuk bahagian hadapan kereta sebelum cuba membuka pintu belakang tetapi nasib baik saya sudah menguncinya kerana baru perasan pintu kereta tidak dikunci ketika kejadian itu,”
Menurutnya, di belakang keretanya ada beberapa lagi kenderaan lain dan dia turut melihat lelaki bertatu itu cuba menaiki motosikal seorang lelaki serta berlaku sedikit pergelutan antara mereka.
Katanya, peniaga di kawasan berhampiran memaklumkan lelaki warga asing itu dipercayai baru saja bergaduh dengan rakan senegaranya kerana mabuk dan dikejar individu yang mahu memukulnya.
“Lelaki itu nampak macam takut, seperti mahu menangis dan lari dari sesuatu tetapi saya tidak membantunya kerana lebih mementingkan keselamatan diri dan anak.
“Kejadian itu benar-benar menakutkan sehingga menyebabkan saya demam kerana terkejut,” katanya yang belum membuat laporan polis berkaitan kejadian itu.
Menurut Zalliza, kawasan berkenaan memang ramai warga asing sejak dahulu lagi dan mereka juga sering menimbulkan masalah sehingga mengganggu ketenteraman awam
“Kumpulan warga asing ini suka buat kotor, mabuk serta bergaduh dan pernah sebelum ini ketika mahu ke kedai makan saya nyaris terkena botol kaca dibaling mereka yang sedang bergaduh.
“Saya harap pihak berkenaan dapat memantau aktiviti warga asing di kawasan ini supaya kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi,” katanya.
Pemergian penyanyi Siti Sarah ditangisi ramai. Walaupun tiada apa-apa ikatan ibaratnya Malaysia kehilangan sebutir permata yang sangat berharga. Apa rahsia dan amal kebaikannya hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Perginya di awal pagi Isnin, hari yang baik di mana Nabi Muhammad SAW dilahirkan.
Bagi yang mengenali arwah mungkin tahu sifatnya, tapi bagi kita yang tak pernah kenal secara dekat, sejak arwah dimasukkan ke hospital, bertarung nyawa melahirkan bayinya sehinggalah menghembuskan nafas terakhir, setiap hari pasti nak tahu perkembangan arwah.
Apa yang membuatkan ramai tersentuh hati, di Instagram Rebecca Nur Islam berkongsi mesej perbualan terakhir bersama allahyarhamah yang sentiasa memberi semangat buat Rebecca dan keluarganya ketika disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.
“Itu je yang cuma I minta…”
Rebecca berkongsi mesej dan hantaran suara terakhir daripada Siti Sarah. Difahamkan, Siti Sarah telah memberi kata-kata semangat kepadanya sewaktu keluarga dan pembantu rumah Rebecca disahkan positif Covid-19, tempoh hari.
Just I want help you. I want to make sure that InshaAllah your kids, your husband, and yourself akan pulih seperti biasa. Itu je yang cuma I minta. Mungkin Allah akan permudahkan urusan I sekiranya I permudahkan urusan orang.
Bukan itu saja, Rebecca turut berkongsi dia pernah termimpi Siti Sarah pada hari Jumaat (6 Ogos) kira-kira jam 3.30 pagi di mana arwah Siti Sarah datang kepadanya dalam keadaan berpakaian serba putih sambil tersenyum dan tiada sebarang ungkapan kata.
Rebecca juga tidak sangka rupanya mimpi tersebut telah dijawab dengan berita pemergian Siti Sarah buat selama-lamanya.
“Lembik seluruh badan ku ini..Speechless, sedih teramat sangat dengan pemergiannya.
“Walaupun kami hanya kenal seketika, tetapi pemergiannya amat dirasai dan di tangisi kami semua rakyat Malaysia..Lebih-lebih lagi dalam keadaan syahid baru melahirkan anak. Allahuakbar..
“Pastinya kami semua percaya Syurga menanti Bidadari Syurga ini..,” tulisnya.
Berita yang sangat sedih…
Moga Shuib dan anak-anak terus kuat kuat semangat menempuhi hari-hari mendatang tanpa seorang isteri dan ibu yang dikasihi. Insya-Allah amin!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.