Meraikan isteri bukanlah sekadar pada hari istimewa seperti hari jadi. Sebaliknya raikan isteri pada setiap masa.
Tak rugi berhabis untuk anak dan isteri malah rezeki makin mencurah-curah berkat doa isteri.
Begitulah perkongsian penyanyi, Khai AF apabila berkongsi rezeki bersama isteri.
Ads
‘Power bila isteri doa dengan ikhlas sepenuh hati. Tp niat kita belanja family bukan atas sebab balasan. Belanja dgn ikhlas kerana Allah utk buat mereka Happy & itu rezeki mereka.’
“Isteri akan tahu sendiri doa utk kita juga. Tp anak2 perlu diingat, sblm tidur doa. Pesan selalu. Doa ringkas pun takpe janji utk 1 famili sihat, sentiasa diberkati, dilindungi serta berjaya dunia akhirat. Lps tu suruh anak2 baca doa makan pun OK. 😉”
Asbab berkat doa isteri, rezekinya makin mencurah-curah dan dia mengakui terkejut menerima cek berjumlah 80 ribu ringgit.
Ads
“Doa perlu jelas. Ini cite betul, depan sy isteri sy doa asbab RM800 ko berikan suamiku RM80,000. Itu yg sy tahu lah sbb tu sy terkejut betul2 cek dapat berjumlah RM80,000 😆 MasyaAllah…”
Siapa yang punya anak lelaki pasti tahu bukan mudah nak kawal mereka. Lebih-lebih lagi bila anak dah capai usia 2 tahun ke atas. Lasaknya bukan biasa-biasa. Tapi itu petanda mereka sedang membesar dengan sihat. Berbeza pula dengan anak perempuan, mereka lebih matang jika nak dibandingkan dengan anak lelaki.
Anak lelaki atau perempuan, mana yang lebih ligat?
Lelaki atau perempuan, masing-masing pun ada cabaran tersendiri. Cuma memang ada kajian yang mengatakan, kanak-kanak lelaki cenderung bermain secara agresif berbanding perempuan.
Sebabnya pertumbuhan skil motor kasar mereka lebih pesat berbanding perempuan.
Yang perempuan pulak, skil motor halus dia yang lebih. Tu sebab kanak-kanak perempuan lebih suka menulis, buat benda-benda seni ni.
Bila masuk 12-15 tahun, nakal budak-budak lelaki ni makin menjadi. Sebab waktu tu, hormon testosteron mereka meningkat secara mendadak. Dalam masa yang sama, otak belum ‘tumbuh’ habis. Tak ubah macam Kancil berenjin Ferrari!
So parents. Get readylah blood pressure selalu naik waktu ni. Kena hadap 10 tahun jugalah perangai tak tentu hala diorang ni. Sebab saintis kata, bila umur 27 baru otak mereka akan fully develop.
Aduhai. Bertabahlah
Alah!
Sebenarnya masa ayah dia remaja dulu pun macam tu. Iye dak? Disebalik wajah ayah mithali itu, terselindung kisah-kisah nakal zaman muda-mudi dulu.
Bila nampak anak buat nakal tu, ingatlah, darah yang mengalir dalam badan anak tu, darah keturunan baka kalian juga.🤭
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendekati wanita ini yang pernah viral tahun lalu kerana membuat simpanan hampir RM14,000 dalam tempoh enam bulan. Menurut Siti Nurhazwani Mohd Zabri atau selesa dipanggil Wany, pada asalnya dia buat simpanan untuk menyambut kelahiran anaknya. Kini selepas melahirkan, Wany masih meneruskan tabungan tersebut sejak anaknya berusia satu bulan.
Memandangkan Wany memang suka menabung sejak kecil, katanya tabungan dibuat apabila dia ada sasaran tertentu. Jika mahu dapatkan barangan berjenama, dia akan menyimpan wang untuk membeli tanpa perlu berhutang.
Simpan RM50 Setiap Hari, Cukup RM5000 Simpan Dalam Bank
Apabila ditanyakan tentang jumlah nilai wang yang disimpan, Wany memberitahu yang dia akan masukkan RM50 setiap hari untuk tabungan anaknya, Andra Gael Mateen Mohamed Azemi, 6 bulan. Wany memberitahu, dia mempunyai rezeki yang lebih untuk membuat tabungan RM50 setiap hari.
“Alhamdulillah mungkin rezeki saya mampu menyimpan sebanyak itu setiap hari. Tetapi tak salah untuk buat simpanan kurang dari itu. Ikut kemampuan kita,” terang Wany apabila ditanya tentang jumlah wang yang dia simpan setiap hari. Tambah Wany lagi, simpanan begini mudah dia kawal. Cukup RM5000 setiap kali menabung, saya akan pastikan duit itu dimasukkan ke bank,” kata Wany.
Tanda Pada Kalendar Untuk Pastikan Tabungan Konsisten
Wany memberitahu yang dia menjalankan perniagaan sendiri bersama suami. Dia membuat tabungan sebagai persediaan jika ada sebarang kecemasan. Biarpun ada mengambil pelan insuran untuk Gael, Wany tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat simpanan. “Saya ambil insurans untuk anak, tetapi ada masa tertentu kita perlu mendahulukan duit sendiri. Sebab itulah, saya selesa jika ada wang simpanan sebagai persediaan,” kata Wany.
Untuk membuat tabungan, perlu ada disiplin. Wany mengiyakan perkara itu. Menurutnya, dia seorang yang sangat disiplin dalam membuat tabungan. Wany akan membuat tanda di kalendar bagi memastikan duit yang dimasukkan ke dalam tabung direkodkan. Menurut Wany, dia lebih berdisiplin sekarang kerana banyak memikirkan soal masa hadapan. Tambah pula dia dan suami, Mohamed Azemi Ab Johar, bekerja sendiri. “Sebab itulah kami kena konsisten untuk buat tabungan, tak boleh mengelat,” beritahu Wany.
Buat Simpanan Fikirkan Anak
“Saya dan suami hanya fikirkan tentang masa depan anak. Sebab itulah kami memilih cara ini untuk menabung. Dalam simpanan sekarang ada RM6700, tapi biasanya apabila tabungan dah capai RM5000, saya akan masukkan ke bank,” kata Wany menjawab tentang jumlah tabungannya. Kata Wany, dia mula menyimpan untuk Gael sejak anaknya itu berumur satu bulan.
Cara Wany menyimpan duitnya adalah dengan menggunakan sebuah bekas kecil. Dia akan sumbat kesemua duit di dalam itu sehingga jika ia benar-benar padat. “Tujuan saya menggunakan bekas kecil adalah sebab saya tak mahu fikir ada duit banyak dalam tu. Nanti akan terasa nak ambil untuk gunakan ke arah lain. Jadi bila guna bekas kecil dan disumbat padat, nampak macam tak ada apa dalam tu,” seloroh Wany. Sewaktu hamilkan anaknya itu, Wany memilih sebuah tabung berbentuk buah nanas. Tak sangka apabila dikeluarkan, banyak juga duit di dalamnya.
Bercerita tentang pengalamannya membuat tabungan, dia sebenarnya sudah mula menyimpan serba sedikit sebelum disahkan mengandung. Pada waktu itu, Wany dan suami berhasrat untuk gunakan hasil simpanan itu untuk beli barangan bayi serta bersalin di hospital swasta. Apabila disahkan hamil, terus sahaja Wany memulakan tabungan RM50 setiap hari.
Didik Diri Menabung Sejak Kecil
Wany turut memberitahu bahawa dia memang suka menabung. Sejak kecil, dia sudah mendidik diri untuk mengumpul duit belanja yang diberi kepadanya. Kalau tidak 50 sen, 20 sen pun jadi. Asalkan ada duit untuk disimpan pada hari tersebut.
Dia memberitahu yang amalan menabung ini akan diajarkan kepada Gael supaya anaknya itu juga suka menyimpan sepertinya. “Semoga bila dia melihat ibunya simpan duit, dia pun akan ikut. Saya berhasrat untuk mengajar dia kepentingan dan kebaikan menabung,” akhiri Wany.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang kata anak-anak itu cerminan ibu bapa. Dalam menjadi seorang ibu dan ayah yang baik pastinya kita perlu berikan contoh yang baik-baik untuk anak-anak kita terutamanya yang sedang membesar.
Menurut Dr Taufiq Razif, umur 0 hingga satu tahun adalah fasa dimana anak-anak kita nak membina rasa percaya kepada ibu dan ayah mereka sendiri. Ketika inilah si kecil akan menilai ibu bapa mereka dan juga dalam masa yang sama membina rasa percaya dengan dunia sekelilingnya.
Menurutnya lagi, sebagai ibu bapa kita perlu jaga emosi anak-anak yang masih kecil. Walaupun mereka mungkin Nampak macam tak faham dan tahu apa-apa namun memori negatif yang mereka lihat akan disimpan dan diserap.
Awas! Bahaya Tak Reti Jaga Anak Umur 1 Tahun & Ke Bawah Ni