Menjadi satu kebiasaan bagi ibu bapa di Asia ini untuk tidur bersama dengan anak terutama bagi yang masih bayi. Situasi ini berbeza dengan ibu bapa di Barat yang sudah membiasakan anak mereka, walaupun masih bayi, untuk mempunyai bilik tidur sendiri.
Namun ibu bapa di asia sekarang lebih terbuka dan mula memisahkan anak-anak dari bilik tidur. Bunyinya agak kejam namun secara hakikinya, kanak-kanak tidak memerlukan ibu bapa pada waktu malam. Yang mereka perlukan adalah rehat. Jadi, tidur sendirian di waktu malam adalah yang terbaik untuk setiap kanak-kanak.
Tambahan pula, belajar untuk tidur sendiri adalah kemahiran penting yang perlu dicapai oleh kanak-kanak. Dengan tidur sendirian dapat membantu kanak-kanak berasa dia boleh berseorangan dan selamat. Apatah lagi, dia tahu ibu bapanya ada di sebelah biliknya jika berlaku sebarang perkara. Ikuti perkongsian daripada ibu ini dimana sahabatnya berjaya mendidik anak untuk tidur di bilik sendiri ketika usia anak masih bayi.
Beberapa hari yang lepas saya berjumpa dengan seorang sahabat bekerjaya sebagai seorang guru, ibu kepada 3 orang anak, berPJJ lagi dengan suami kerana tempat kerja yang berlainan. MasyaAllah saya lihat anak-anak nya well behaved dan apa lagi, inilah masa untuk tanya tips tips dari ibu ibu hebat. Beliau berkongsi pengalamannya tentang pentingnya anak mempunyai tidur yang cukup. Antara point penting yang saya dapat;
1️⃣ Biasakan anak anak tidur awal setiap hari lebih lebih lagi waktu suami tiada dirumah. Mula tidurkan anak waktu suami ke surau solat isyak berjemaah.
2️⃣ Pastikan anak siap makan malam sebelum jam 8
3️⃣ Selepas solat isyak jam 9 malam tutup semua lampu dan segala gadget yang ada. Beritahu anak sekarang dah malam dan masa untuk tidur.
4️⃣ Asingkan tempat tidur anak dan ibu bapa. Tidurkan anak dalam bilik anak anak. Setelah anak lena, bangun dan tidur didalam bilik sendiri. Katanya awal awal perlu berkorban sedikit, berulang alik ke bilik anak jika anak menangis, lama lama anak akan terbiasa tidur didalam biliknya sendiri.
MasyaAllah kata sahabat saya beliau bermula mengasingkan bilik tidur anak sejak anak berusia 6 bulan. Terbiasa dengan rutin akhirnya waktu siang pun anak anak masuk ke bilik untuk tidur sendiri kerana lebih selesa. Pesannya, memang perlu bersusah susah dulu pada awalnya dan kentalkan hati, namun impaknya banyak kemudahan dikemudian hari bila anak semakin besar dan pandai tidur di bilik sendiri
Kredit: FAIZATUL IMAN MAKPOL (Misi pisahkan bilik tidur ana)
Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!
Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara
#AstroRia