“Assalamualaikum Anak Solehku..”10 Tahun Tunggu, Irwansyah & Isteri Dapat Bayi Lelaki

Share

Penantian selama 10 tahun untuk memeluk zuriat sendiri berakhir setelah pasangan selebriti Indonesia, Irwansyah dan Zaskia Sungkar telah selamat menimang cahaya mata lelaki hari ini (30 Mac).

Zaskia selamat melahirkan anak sulungnya di Hospital Bunda, Menteng, Jakarta Pusat.

Khabar gembira ini telah dikongsikan oleh Irwansyah dan isterinya, Zaskia di akaun Instagram milik mereka serta sebuah rakaman video yang dimuat naik di akaun Youtube The Sungkars Family.

ARTIKEL BERKAITAN [‘Mengidam’ Nak Pijak Rumput, Irwansyah Turutkan Permintaan Zaskia. Usia Kandungan Kini Sudah Tiga Bulan]

Menerusi perkongsian Irwansyah, cahaya mata sulung pasangan tersebut diberikan nama Ukkasya Muhammad Syahki.

“Assalamualaikum anak soleh ku, Ukkasya Muhammad Syahki, anak baik mami papa,” tulisnya.

Irwansyah turut memberi penghargaan kepada doktor dan jururawat yang membantu isterinya sepanjang proses kelahiran anak mereka.

“Kepada semua yang belum pernah kita temu tapi doanya luar biasa, terima kasih atas sokongan dan cintanya untuk keluarga kecil kami selama ini.

“Semoga Allah membalas setiap doa , ucapan manis , dan sokongan kalian semua dengan pahala kebaikan dan keberkatan,” tulisnya lagi.

Melalui saluran Youtube mereka, ada satu momen yang amat menyentuh hati apabila Irwansyah mengazankan anaknya yang sedang menangis.

LAGI ARTIKEL BERKAITAN [Nak Kongsi Bahagia, Irwansyah & Zaskia Sungkar Cari Dua Pasangan Untuk Rawatan IVF Percuma]

Terdahulu, Irwansyah dan Zaskia yang mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011. Mereka turut berkongsi berita gembira tentang kehamilan anak pertama mereka melalui proses IVF pada September 2020.

Tahniah diucapkan kepada Irwansyah dan Zaskia! Semoga momen ini akan menjadi kenangan paling berharga atas kesabaran dan usaha tanpa berputus asa sejak dari awal perkahwinan sehinggalah bertukar status mami dan papa!

Kredit: Gempak; IG Irwansyah; Zaskia 

**Nak dapatkan barangan anak pada harga promosi, klik sini 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy