![Untitled design - 2022-11-25T095021.296](https://cdn.majalahpama.my/2022/11/Untitled-design-2022-11-25T095021.296-696x365.jpg)
Alhamdulillah syukur, penyanyi, Usop kini bergelar seorang bapa apabila isterinya, Nur Fatihah Md Hashim selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada awal pagi Jumaat.
Menerusi laman instagram, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Noor, 24, meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi lelaki itu.
Dalam perkongsiannya, Usop turut memberikan nama Muhammad Saif Umar kepada anak pertamanya.
“Alhamdulillah. Assalamualaikum Muhammad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop,” katanya.
Bersama kapsyen tersebut, Usop turut memuat naik foto isterinya sedang mendukung bayi lelaki mereka.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Saif Umar menjadi anak yang soleh.
Moga jadi daddy yang penyayang
Selamat berpantang Teha
Sebelum melahirkan bayi, isteri Usop ada memuat naik video di aplikasi TikTok memohon maaf kepada suaminya ketika menunggu masa kelahiran.
Usop dan Fatihah bernikah di Kompleks Darul Hidayah, Penaga, Pulau Pinang pada 4 Februari 2022.
Selepas dua bulan mendirikan rumah tangga pasangan ini mendapat khabar gembira apabila Fatihah disahkan mengandung.
Kredit: IG usopofficial & mstar
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cutenya Muncung Tu” Raikan Hari Lahir Alisa, Hanis & Hairul Bawakan Mini Merry Go Round Ke Rumah!
![](https://cdn.majalahpama.my/2021/05/Untitled-design-2021-05-25T111723.889.jpg)
Diam tak diam, si comel Alisa Aisyah, anak kedua kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kini sudah pun berusia dua tahun.
Melihat ‘gadis’ comel ini membesar sememangnya menghiburkan. Ada sahaja telatah lucunya yang menghiburkan ibu dan ayahnya saban hari. Melihat perkongsian di Instagram baik Hairul mahupun Hanis, ada sahaja aksi dan telatah lucu yang dilakukan Alisa.
Kini si comel Alisa sudah pun berusia dua tahun. Bagi meraikan hari penuh bahagia buat Alisa, Hairul dan Hanis menyambutnya secara sederhana namun cukup meriah di rumah mereka sendiri. Kejutan ringkas tetapi cukup menggembirakan dua beradik ini.
Sempena hari lahirnya, Hanis membingkaskan ucapan penuh makna sambil berkongsi keletah anak keduanya itu yang sentiasa menghiburkan.
“Anak perempuan saya Alisa Aisyah binti Hairul Azreen berumur 2 tahun hari ini.
“MasyaAllah alhamdulillah atas anugerah hidup yang indah ini,” kata Hanis.
Malah kata Hanis lagi, anak keduanya itu sememangnya berbeza dari Yusof. Ada sahaja gelagatnya yang menghiburkan keluarga kecil mereka. Walaupun baru berusia dua tahun, namun Alisa sering mengeluarkan ayat-ayat comel yang tidak dijangka seperti ‘penat’ dan ‘sedih’. Comel!
“At two years old this girl is cheekier than ever. You just love expressing yourself with “Mommy I’m a bit tired”
“Mommy I’m kinda sad” & “That is AMAZING”.
“Waking up to your energy everyday is what I look forward to, I love you till eternity @thealisaaisyah,” kongsi Hanis lagi.
Bahkan menerusi Instagramnya, Hairul turut berkongsi ucapan hari lahir buat anakanda tersayang.
“Happy Birthday to my busuk girl, @thealisaaisyah turns 2yrs old, 24 May 2021,” kata Hairul di Instagramnya.
Banyak perkongsian gambar-gambar kenangan dikongsikan Hairul buat tatapan mereka nanti.
Bukan itu sahaja, menariknya bagi meraikan hari lahir puteri kesayangan mereka itu, Hanis dan Hairul membawakan permainan ala-ala mini Merry Go Round ke rumah mereka, khusus untuk menghiburkan dua beradik itu.
Teruja dengan lampu-lampu dan bunyi-bunyian, detik indah itu turut dikongsikan pasangan ini menerusi Instagram anak kedua mereka, @thealisaaisyah.
Meninjau di ruangan komen, Instagram kedua pasangan itu turut dihujani dengan ucapan hari lahir buat Alisa.
Semoga Alisa terus membesar dengan sihat dan terus membahagiakan keluarga kecil mereka.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI.
Menarik: Bijaknya Yusof & Alisa, Kongsi Video Aktiviti Anak, Warganet Puji Cara Didikan Hanis Zalikha
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @thealisaaisyah @haniszalikha & @hairulazreen
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bangun Dari Katil 6 Jam Lepas Czer Bantu Peredaran Darah. Mengiring Ke Sisi Dulu & Ampu Luka
![](https://cdn.majalahpama.my/2019/04/untitled-design-2019-04-01t214923.760-01_22_041943.jpg)
Isi Kandungan
ToggleBila memikirkan bagaimana mahu bangun dari katil selepas bersalin secara caesarean, mungkin ramai yang rasa takut. Jangan bimbang, cuba ikuti 5 langkah ini.
Kesan kesakitan akibat daripada pembedahan caesarean akan mula dirasai selepas tempoh enam jam anda dibedah. Kesakitan yang dialami itu menyebabkan anda tidak berupaya untuk membuat apa-apa dengan sendiri seperti kebiasaannya.
Untuk berganjak sedikit daripada pembaringan pun, memerlukan anda memegang sesuatu ataupun bantuan seorang.
Jadi apa yang patut anda lakukan jika mahu bangun dari katil selepas bersalin secara pembedahan caesarean? Tip ini mungkin boleh membantu.
Enam jam selepas pembedahan, anda tidak dibenarkan mengangkat kepala kerana ubat bius masih ada dalam tubuh. Ia mungkin boleh membuatkan anda sakit kepala.
Selepas tempoh enam jam, barulah anda boleh bangun. Ketika ini, anda perlu paksa diri untuk bangun dari katil. Hal ini bagus kerana dapat membantu peredaran darah yang lebih lancar.
Langkah #1
Apabila cuba bangun, mengiring ke sisi kanan atau kiri terlebih dahulu. Gunakan lengan untuk menolak badan ke posisi duduk.
Sokong perut dengan menggunakan tuala yang telah digulung ataupun bantal untuk mengampu bahagian luka pembedahan.
Anda juga boleh gunakan bengkung caesarean (binder) untuk rasa lebih selesa. Ia dapat menyokong bahagian luka pembedahan dengan baik dan memudahkan pergerakan anda.
Langkah #2
Bersedia untuk menjatuhkan kaki anda ke bawah dari katil.
Langkah #3
Dengan mengunakan kekuatan tangan, perlahan-lahan bangun sehingga anda berada dalam posisi duduk.
Langkah #4
Stabilkan diri anda dan bernafas dengan baik. Tunggu sekitar satu atau dua minit untuk memastikan anda tidak pening. Jika anda rasa keadaan baik, bangun perlahan-lahan dan mula berdiri.
Langkah #5
Stabilkan diri anda. Jika tiada rasa pening mulakan langkah anda.
Jalan perlahan-lahan. Tegakkan badan walaupun anda rasa sakit di bagagian pembedahan. Jangan lupa untuk ampu perut anda.
Ikuti Pa&Ma Musim Keempat bersama dengan Fad & Sya. Episod keempat minggu ini akan mengutarakan tip pakar & perkongsian daripada ibu bapa berkenaan tajuk Check Up Kali Pertama. Nak tahu apa tips yang dikongsikan? Jangan lupa saksikan pada 2 April 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Slot Dewi iaitu Astro Prima & Astro Prima HD.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gara-Gara Lintah Ketika Mandi Sungai, Darah Keluar Tak Berhenti! Anak Terpaksa Operate
![](https://cdn.majalahpama.my/2021/03/Untitled-design-2021-03-08T121904.288.jpg)
Kegembiraan ibu membawa anak untuk beriadah sambil mandi sungai berdekatan rumah nenek bertukar tragedi yang tak disangka-sangka apabila keluar darah tanpa henti sehingga terpaksa dimasukkan kamera untuk melihat punca pendarahan.
Bagaimanapun, semuanya terjawab apabila doktor mengesahkan ia berkemungkinan berpunca daripada lintah sehingga menyebabkan pendarahan tak berhenti.
Kisah yang dikongsikan oleh Puan Amira Syafiqah ini boleh dijadikan peringatan bersama bagi yang ada anak kecil dan berhajat untuk mandi sungai.
Baru ada kekuatan untuk menceritakan hal sebenar. Ramai yang tertanya dan saya kongsikan untuk papa mama semua.
3/3/2021 (4.36ptg)
Masa ni kami satu family dah bercadang nak berkelah dekat rumah tok. Dekat Kampung Kubu. Memang best laa air jenih, musim panas pula kan! Seronoklah duduk berendam dalam tu. Mikayla pun mandi tak pakai pampers, pakai seluar je. Sepanjang masa mandi Mikayla dengan saya. Dalam pukul 6 lebih macam tu, dah tak mahu mandi dah. Jadi angkat Mikayla nak balik rumh tok nak tukar baju. Ketika angkat Mikayla, buang seluar dia nak lap dengan tuala. (Bermulalah kisah sedih)
Lepas buang seluar dia terus nampak darah keluar dari kemaluan dia. Bukan sikit tapi banyak sampai meleleh-leleh. Masa ni Allahuakbar tak tahu nak buat apa dah. Tapi relaxkan diri balik rumah tok dulu. Mandikan dia lagi sekali. Pakaikan pampers, dalam masa setengah jam, buka pampers dia penuh dengan darah. Siap ada darah ketul-ketul lagi. Allahu, masa ni otak jadi blur tak tahu nak buat apa. Jadi ajak suami balik.
Dalam pukul 8 macam tu buka pampers dia nak tengok. Tiba-tiba makin banyak keluar non stop!!!!!! Siap keluar ketul-ketul tu. Masaa ni saya dah mula menangis sebab tak tahu apa nak buat apa lagi. jadi buat keputusan untuk bawa ke Hospital Kuala Nerang. Dah sampai hospital bagitahu doktor yang kemalaun dia berdarah.
Setelah buat pemeriksaan, doktor beritahu kena rujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebab sana ada pakar..Mereka pun tahu itu darah apa. Dalam pukul 10 sampai di HSB masuk Zon Kuning.
Cerita semua apa yang terjadi dekat doktor, lepas tu doktor beritahu kena buat pembedahan kecil untuk masukkan kamera. Ini bagi lihat apa sebenarnya berlaku. Lagi sekali saya menangis. Waktu itu juga doktor terangkan risiko-risikonya kalau buat pembedahan tu. Masa ni saya fikir nak anak sihat je.
Dalam pukul 11 masuk wad untuk rehat dulu dan Mikayla kena puasa sebab nak buat pembedahan tu. Masuk wad dia pun dia minta nak susu. Sedih pula sebab dia kena puasa.
4/3/2021
Dalam pukul 12.45 dah bersedia untuk masuk bilik pembedahan. Dalam pukul 12.50 pagi masukkan ubat bagi Mikayla tidur. Doktor suruh saya keluar. Dalam pukul 2 pagi, doktor keluar semuanya dah selesai. Alhamdulillah bersyukur sangat.
Doktor beritahu semasa pembedahan itu dia tak jumpa apa-apa pun. Mereka periksa semuanya ok. Tak ada nampak pendarahan disebabkan punca lain dan doktor juga hairan.
Doktor cakap tunggu sampai dia sedar dan tengok masih ada darah keluar atau pun tak. Doktor cakap dalam masa 40 minit dia sedar..Alhamdulillah Mikayla dah sedar tetapi darah masih lagi keluar. Tapi doktor cakap masuk dulu dalam wad.
Dalam pukul 8 pagi doktor datang dan beritahu kemungkinan disebabkan lintah masuk dan gigit, lepas tu dah jatuh. Sebab kalau lintah yang gigit memang darah lambat berhenti dan akan ambil masa sikit untuk berhenti.
Jadi doktor buat keputusan nak masukkan ubat berhentikan darah. Dalam pukul 12 tengah hari doktor periksa sekali lagi darah dah kurang, tiada lagi keluar ketul-ketul lagi. Doktor beritahu jika semua ok dah boleh dibenarkan balik.
5/3/2021 (10pagi)
Doktor datang periksa keadaannya dan darah tak keluar banyak seperti sebelum itu. Hanya ada sikit-sikit je lagi. Alhamdulilah Mikayla dibenarkan pulang. Terima kasih Allah akhirnya dipermudahkan urusan Mikayla.
Moral of story:- Kalau nak bagi anak mandi sungai pakaikan dia seluar yang ketat ataupun tak payahlah bagi mandi. Saya dah serik nak bagi anak mandi sungai.. LEPAS NI MANDI KOLAM DEKAT RUMAH JE…Terima kasih juga yang mendoakan anak saya. Puncanya sebenarnya adalah lintah.
Kredit: Amira Syafiqah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI