Sekeping nota kecil yang ditinggalkan anak kedua Shuib dan arwah Siti Sarah beberapa hari lalu ketika bercuti ke sebuah pusat peranginan mengundang rasa sayu kepada pengikutnya.
Bukan hanya Talita, bahkan anak ketiga pasangan itu, Ariq Matin juga turut menunjukkan reaksi yang sama ketika bercuti. Biarpun tidak meluahkan rasa namun perbuatan dan cara anak kecil itu jelas menunjukkan kerinduan yang tidak tertanggung.
Sepotong video yang dikongsikan di Instagram Allahyarhamah Siti Sarah turut mengundang rasa sayu seterusnya menjadi perhatian netizen.
Video Ariq Matin membawa tudung penyanyi itu ke mana-mana ketika bercuti turut sama menambahkan rasa sayu wargamaya.
“Nak berjalan pun bawa tudung ibu.
“Alahai Ariq Matin anak manja ibu ni, sekarang dah besar dah jadi abang, pandai jaga adik dah.
“Asyik heret je tudung Arwah ibu ni, sepatutnya launch bulan 8 tapi tak berkesempatan,” tulis pihak pengurusan arwah Sarah di kapsyen.
Ketika ditanya siapa pemilik tudung berkenaan, Matin dengan pantas menjawab tudung ibu dan ia sangat cantik.
Undang rasa sayu wargamaya
Rata-rata pengikut penyanyi itu turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen seterusnya menitipkan doa serta salam takziah kepada Shuib sekeluarga.
“Terasa ‘dakapan’ ibu walau di mn jua berada.. moga Matin jd ank yg soleh, berjaya dunia akhirat.”
“Allahuakbar, this is very touching 😭♥️ . keep strong Matin, Talita & Uwais.”
“Aku yang dah besar ni hilangnya ibu tersayang ni tak keruan dah. Rasa dah hilang dunia ni.Tambah anak kecil macam Matin kecik-kecik kena tanggung semuanya. Hilang tempat bermanja masa kecil dengan ibu. Allahu 😢 semoga Matin dan adik beradik lain tabah nah sayang ❤️.”
“Semoga matin menjadi anak yg soleh. Kuat mcm arwah ibu ye nak ❤.”
Allahyarhamah Sarah meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin 6 dan Ayash Affan yang dilahirkan sebelum pemergiannya.
Nak dapatkan pam susu terbaik yang mudah, ringan dan handfree, boleh cuba Arley Z10 Plus.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby!
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)