Biasanya jika diberi pilihan lauk ikan dan ayam anak-anak lebih suka pilih ayam lagi. Cuma kalau setiap hari ayam, ibu bapa pun jemu. Sesekali boleh ubah selera anak untuk makan ikan. Cuma kena pandai sesuaikan menu.
Perkongsian Puan Niza Hamid mengenai resipi ikan cencaru sumbat kelapa ni boleh dicuba. Mesti anak suka. Yang penting ibu ayah boleh asingkan siap-siap isi dengan tulang. Sekurangnya anak dapatlah protein yang seimbang.
RESEPI CENCARU SUMBAT KELAPA GEBU
Bila ada anak-anak kecil, menu ikan selalunya tak mendapat sambutan. Tapi, bila buat sumbat kelapa ni, laku pulak.
Macam Kakniz suka makan gitu je dengan nasi, tak payah kuah tak payah lauk lain. Makan sampai tinggal tulang ikan. Tak boleh buat selalu, kang ke laut dalam dietnya.
Jom tengok cara nak buatnya.
BAHAN-BAHAN
Ads
6 ekor ikan cencaru
Sebiji kelapa parut
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
Seinci kunyit hidup (ditumbuk)
4 biji cili padi (ditumbuk)
Sebiji telur
Sedikit tepung beras
Daun kunyit
Garam secukup rasa
Secubit gula
CARA-CARA
🐟 Siang ikan cencaru, bersihkan dan potong kedua-dua bahagian tepi. Ada yang buat sebelah, tapi Kakniz suka nak sumbat banyakkk, baru gebuuu. Hehe.
Perisakan dengan garam. Ketepikan.
Ads
🐟 Tumbuk bawang putih, kunyit dan cili sampai lumat.
🐟 Masukkan bahan tumbuk ke dalam kelapa parut. Tambahkan telur, garam, gula dan tepung beras. Gaul sebati semuanya. Fungsi telur dan tepung adalah untuk ‘mengikat’ kelapa agar tak bersepah ketika menggoreng.
🐟 Sumbat ikan cencaru dengan kelapa di kedua-dua bahagian yang dikelar tadi.
Ads
🐟 Balut dengan daun kunyit dan kemaskan.
🐟 Panaskan minyak dan goreng cencaru yang telah siap disumbat hingga garing. Angkat dan toskan.
Siap! Tak ambik masa lama pun.
#share buat idea nak masak nanti. Jarang jumpa yang sumbat kelapa kalau makan kat kedai. Yang ada selalunya yang sumbat sambal. Buat sendiri je puas hati!
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nuget ayam antara kegemaran anak-anak. Cuma jika pengambilannya diambil terlalu kerap ia tak elok untuk kesihatan. Ini kerana ia mengandungi beberapa bahan yang boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berterusan dan kerap.
Jadi bagi yang mempunyai anak-anak suka makanan nuget ayam, ada alternatif yang boleh anda buat untuk hidangan sihat seisi keluarga. Bila dah buat sendiri, lebih terjamin dan selamat untuk anak makan.
Kita sebagai ibu bapa pun tak risau. Asalkan pandai untuk mengolahnya ikut citarasa, semuanya akan jadi sedap.
Nuget Ayam Homemade
Bahan-bahan
– 2 keping dada ayam dipotong dadu
– 1 ulas bawang besar dihiris
– 3 ulas bawang putih dihiris
– 2 sudu tepung ubi
– 1 sudu perencah daging lada hitam maggie
– Sedikit daun sup
– Sebiji telur ayam (kalau telur saiz kecik boleh letak 2 @3 bijik)
– Lobak merah
– Tepung bestari
Cara membuatnya:
Kalau tak ada perencah daging lada hitam maggie boleh digantikan dengan serbuk lada hitam, sedikit garam dan serbuk perasa (jika suka)
Ayam dipotong kecik supaya mudah masa blender
Campurkan semua bahan kecuali tepung bestari ke dalam blender.Guna blender kering.Kalau xde tumbuk guna lesung pun boleh.. lagi terasa ayamnya.
Bahan yang siap diblender
Sapukan sedikit minyak pada loyang dan ratakan bahan yang dibender ke dalam loyang
Kukus selama 15 minit
Siap kukus. Boleh potong atau cetak ikut kretiviti masing-masing
Dah siap dipotong dan dicetak menggunakan cetak kuih
Bancuh tepung bestari dengan sedikit air. Bancuh cair macam buat tepung goreng pisang. Tak perlu tambah garam sebab tepung tu dah masin.
Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga masak dan kekuningan
Siap untuk dihidang.
Boleh juga digoreng terus tanpa dicelup ke dalam bancuhan tepung.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Scone dengan sapuan sos stawberi yang disapu ketika dimakan buat rasa teringat-teringat. Tak payah merentas negeri untuk ke Cameron Highland, apa kata kita cuba hasilkan sendiri scone di rumah. Lagi puas anak-anak makan.
Malah nak buatnya tidaklah sesukar mana. Bahan yang simple dan caranya pun cukup mudah. Hanya gunakan enam bahan sahaja dan scone tersedia depan mata. Jom cuba resipi ringkas Dee Diana Haser ini.
Orang kata scone Cameron sedap. Serius akak tak pernah beli, tak pernah rasa. Teringin jugak nak rasa yang jauh tu tapi buat masa ni, akak rasa macam lebih afdal akak buat jelah, lagi pun anak-anak ramai. Mana cukup seketoi sorang. Serupa rasa yang cameron ke tak belakang kira. Seronok tengok dorang ni makan.
Bahan-bahan:
2 + 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan baking powder (ni penting nak bagi scone tu kembang elok naiknya)
2 sudu makan gula (suka manis lebih lebih cikit)
120 gm butter (sejuk boleh, tak sejuk pun boleh, majerin pelangi pun boleh)
1 cawan susu full cream (sejuk)
1 biji kuning telur untuk sapuan.
1. Campurkan butter, tepung dan gula. Gaul dan ramas-ramas saja sampai jadi serdak.
2. Kemudian masukkan susu dan uli sampai jadi doh. Tak payah lama, sekejap saja.
3. Canai rata dan lipat kiri kanan. Canai lagi (buat 2-3 kali), lepas tu canai 1/2 inci dan terap dengan acuan. Kalau tak ada acuan, bulat-bulatkan saja lepas tu tekan tekan sikit.
4. Sapu kuning telur dan bakar dengan suhu 220″ – 15 minit (bergantung kepada oven masing-masing).
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuih apam antara kuih-muih yang cukup mudah disediakan. Ia ringkas malah menggunakan bahan yang tidak banyak untuk disediakan kepada anak-anak. Jika si kecil anda sukakan apam, Apam Solo ini wajib ada cuba.
Tambahan inti kelapa di dalamnya sememangnya menyedapkan lagi rasa apam. Lebih laju suapan. Apatah lagi kala digandingkan bersama secawan teh panas di petang hari. Resipi ringkas yang disediakan oleh Pn Zura Zul ini wajib ada cuba. Memang sedap!
Apam Solo. Apam berintikan kelapa dalam dia, memang sedap.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
1/4 cawan minyak
1 paket yis mauripan
Secubit garam
2 1/2 cawan air
Pewarna ikut suka
1) Kecuali pewarna, campurkan kesemua bahan-bahan di atas. Kacau rata/sebati.
2) Perap adunan dalam bekas bertutup 1/2 jam atau sehingga naik.
3) Panaskan kukusan terlebih dahulu hingga mendidih. Acuan sapu minyak. Susun acuan dalam pengukus.
4) Adunan perap yang dah naik tadi dikacau rata.
5) Tuang sesudu adunan apam dalam acuan tadi. Masukkan inti kelapa (buat bulat-bulat dulu inti kelapa). Tutup inti dengan adunan tadi. Jangan tuang penuh acuan.
6) Lebihan adunan bahagikan sikit-sikit. Warnakan dengan warna pilihan. Guna sudu kecil ambil sedikit adunan letak atas apam tadi. Buat dengan cepat ye sebab adunan apam naik cepat. Boleh lorekkan guna lidi.
6) Kukus selama 15 minit. Guna api sedehana besar.
P/s: **Untuk adunan warna boleh juga masukkan dalam plastik kecil. Paipkan atas apam. Kemudian lorek dengan lidi **Adunan dia sedikit pekat/kental. Jangan tambah air.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Rezeki buat rakyat negeri Pahang! Setiap kali Ramadan menjelang, mesti ramai penjawat awam tertanya-tanya, "Bonus raya ada ke tahun ni?". Alhamdulillah, kerajaan akhirnya mengumumkan...