Biasanya jika diberi pilihan lauk ikan dan ayam anak-anak lebih suka pilih ayam lagi. Cuma kalau setiap hari ayam, ibu bapa pun jemu. Sesekali boleh ubah selera anak untuk makan ikan. Cuma kena pandai sesuaikan menu.
Perkongsian Puan Niza Hamid mengenai resipi ikan cencaru sumbat kelapa ni boleh dicuba. Mesti anak suka. Yang penting ibu ayah boleh asingkan siap-siap isi dengan tulang. Sekurangnya anak dapatlah protein yang seimbang.
RESEPI CENCARU SUMBAT KELAPA GEBU
Bila ada anak-anak kecil, menu ikan selalunya tak mendapat sambutan. Tapi, bila buat sumbat kelapa ni, laku pulak.
Macam Kakniz suka makan gitu je dengan nasi, tak payah kuah tak payah lauk lain. Makan sampai tinggal tulang ikan. Tak boleh buat selalu, kang ke laut dalam dietnya.
Jom tengok cara nak buatnya.
BAHAN-BAHAN
6 ekor ikan cencaru
Sebiji kelapa parut
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
Seinci kunyit hidup (ditumbuk)
4 biji cili padi (ditumbuk)
Sebiji telur
Sedikit tepung beras
Daun kunyit
Garam secukup rasa
Secubit gula
CARA-CARA
🐟 Siang ikan cencaru, bersihkan dan potong kedua-dua bahagian tepi. Ada yang buat sebelah, tapi Kakniz suka nak sumbat banyakkk, baru gebuuu. Hehe.
Perisakan dengan garam. Ketepikan.
🐟 Tumbuk bawang putih, kunyit dan cili sampai lumat.
🐟 Masukkan bahan tumbuk ke dalam kelapa parut. Tambahkan telur, garam, gula dan tepung beras. Gaul sebati semuanya. Fungsi telur dan tepung adalah untuk ‘mengikat’ kelapa agar tak bersepah ketika menggoreng.
🐟 Sumbat ikan cencaru dengan kelapa di kedua-dua bahagian yang dikelar tadi.
🐟 Balut dengan daun kunyit dan kemaskan.
🐟 Panaskan minyak dan goreng cencaru yang telah siap disumbat hingga garing. Angkat dan toskan.
Siap! Tak ambik masa lama pun.
#share buat idea nak masak nanti. Jarang jumpa yang sumbat kelapa kalau makan kat kedai. Yang ada selalunya yang sumbat sambal. Buat sendiri je puas hati!
Sumber: Niza Hamid
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.