Asyik Makan Ayam Je, Jom Buat Sotong Kari Pekat Tanpa Santan Ni. Nikmat Rasanya!

Share

Memikirkan untuk menyediakan menu berasaskan sotong selain sering dimasak sambal tumis atau digoreng bersama salutan adunan tepung, sebenarnya enak juga jika dimasak kari.

Mungkin ada yang belum pernah mencuba menyediakan menu Sotong Kari, lebih-lebih lagi di mana resipinya tanpa menggunakan santan. Kesedapan hidangan ini tidak mampu dinafikan lagi, boleh buat seisi keluarga makan bertambah.

Jadi tunggu apa lagi, ayuh sediakan menu ini untuk dijadikan menu istimewa untuk hari ini.

RESEPI SOTONG KARI PEKAT(Tanpa santan)

1 kilo sotong (dibersihkan)

2 tangkai daun kari

1 biji bawang besar(dihiris)

3 ulas bawang putih(dihiris)

1 cm halia(dihiris)

3 sudu perahan asam jawa

1 buah tomato(dibelah 6)

Daun ketumbar(2-3 sudu besar)

Minyak masak secukupnya

Serbuk perasa

Garam

7 sudu besar Serbuk Kari ikan

Sedikit air

(Jadikan paste)

P/s=tidak perlu mengunakan air,kerana apabila memasak sotong nanti airnya akan keluar sendri.

CARA MEMASAK

1) Panaskan minyak didalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari. Masak sehingga sedikit keperangan.

2) Kemudian masukkan paste rempah kari dan gaulkan sebati, masak sehingga pecah minyak (mengunakan api yang sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah akan kelihatan cantik dan sentiasa kacau)

3) Apabila sudah pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa dan kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap. (Masih mengunakan api sederhana)

4) Selepas itu, masukan sotong yang telah dibersihkan tadi, masak seketika.

5) Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tomato serta perasakan dengan garam dan serbuk perasa. (Boleh tambahkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan) tunggu sedikit kering dan tutup api.

6) Siap dihidang.

Sumber : Nurul Ateekah 

Published by
Mar