Adakalanya dalam berumah tangga kita selalu rasa seperti tidak mencukupi dalam serba serba. Hidup rasa tak tenang dan gelisah. Balik ke rumah pula adakalanya rasa rimas dengan anak-anak yang masih kecil. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan mata.

Bukan salah anak tetapi sebagai suami dan isteri, ada baiknya kita sama-sama periksa di mana salah kita dalam hubungan rumah tangga kita. Suami terutamanya harus periksa senarai yang diberikan ini sebagai panduan.

Asyik Marah Anak Bini, Hati Rasa Tak Tenang, Suami Kena Periksa Check List Ni!

Jadikan panduan daripada Firdaus Syakirin ini sebagai panduan untuk menjadi ayah dan ketua keluarga yang hebat dan harmoni. Sesungguhnya kita tak perlukan hidup yang mewah tetapi hidup tenang dan aman bersama isteri dan anak-anak.

Kita sebagai suami, jika kita selalu rasa…

Ads

1. Duit sentiasa tak cukup.
2. Kereta atau motor selalu buat hal.
3. Setiap hari ada ja perkara yang tak kena terjadi.
4. Kerja berlambak tak pernah habis.
5. Gaji tak naik.
6. Jiwa tak tenang, hati tak tenteram.
7. Baran tak bertempat.
8. Asyik marah anak bini.
9. Apa yg dihajati tak dapat.
10. Selalu tak sihat.

Maka check balik,

1. Hubungan kita dengan Allah s.w.t. Kita solat ke tidak, kita jaga solat ke tidak, kita solat ontime ke tidak, kita solat cukup rukun ke tidak.

Ads

Asyik Marah Anak Bini, Hati Rasa Tak Tenang, Suami Kena Periksa Check List Ni!

2. Kewajipan dan tanggungjawab kita terhadap orang di sekeliling kita. Ada tak kita “berhutang” nafkah pada isteri dan anak-anak. Ada tak kita abaikan orang tua kita. Tanggungjawab kita terhadap mereka tu, kita tunaikan atau tidak.

3. Menzalimi atau menganiayai sesiapa. Kita ada pinjam duit sapa-sapa tak bayar ke. Kita ada menzalimi atau menganiayai orang lain ke atau kita ada tak buat salah kat orang, dan kita tak minta maaf.

Ads

Asyik Marah Anak Bini, Hati Rasa Tak Tenang, Suami Kena Periksa Check List Ni!

4. Maksiat atau benda haram. Ada tak kita buat maksiat atau perkara-perkara yang dilarang oleh agama, main judi, nombor ekor, berzina, minum arak. Sumber pendapatan kita tu halal atau tidak. Apa yang kita bagi isteri dan anak-anak makan tu, sumbernya haram atau tidak.

Apa yang ditimpakan kepada kita tu dipanggil ujian atau musibah yang tujuannya untuk menyedarkan kita, pasti ada sesuatu yang kita dah buat atau kita tak tunaikan lagi sebagai seorang suami, ayah atau anak yg menyebabkan rezeki kita sempit, urusan kita sukar, hati kita tak tenang dan sebagainya.

Check dan perbaiki semula point no 1 sehingga 4. InsyaAllah selepas itu hidup kita akan baik-baik sahaja.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI