Geram tengok Siti Aafiyah rapat dengan ayahnya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Nampak sangat ada chemistry. Bak kata orang daddy’s little girls sangat kan. Sejak dah makin besar ni, Aafiyah pun nampak ada iras dengan ayahnya.

Asyik Melekat Dengan Ayah! Sikap Datuk K Yang Rajin Melayan Buat Aafiyah Rapat Dengannya

Malah banyak perkongsian di instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menunjukkan momen Aafiyah dan Datuk Seri Khalid.

Melalui kapsyen dan gambar yang dikongsikan Siti, dia selalu menunjukkan kemesraan dua beranak ni bila bersama. Boleh dikatakan Aafiyah asyik nak melekat je dengan ayahnya.

Ads

Bukan setakat itu sahaja, Datuk K juga dilihat seorang ayah yang rajin melayan Aafiyah. Lagi-lagi dia suka mengagah dan bercakap dengan cinta hatinya itu.

Menurut kajian, anak yang rapat dengan ayah boleh memiliki IQ lebih tinggi dan mempunyai tahap keyakinan diri serta mempunyai sifat berani.

Ads

Jika dari kecil dah di layan macam ni, tak mustahil la bila Aafiyah makin besar akan jadi geng ayahnya. Lagi-lagi ayahnya pun memang dah lama menantikan anak perempuan.

Asyik Melekat Dengan Ayah! Sikap Datuk K Yang Rajin Melayan Buat Aafiyah Rapat Dengannya

Bak kata Siti, Aafiyah ibarat bunga dalam rumah tangga kerana kehadirannya penyeri buat semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Ads

Dengan kelahiran Aafiyah Mac lalu, penantian Datuk K selama 18 tahun untuk menimang cahaya mata perempuan akhirnya telah dimakbulkan Allah.

Asyik Melekat Dengan Ayah! Sikap Datuk K Yang Rajin Melayan Buat Aafiyah Rapat Dengannya

Sebelum ini Datuk K hanya mempunyai empat anak lelaki melalui perkahwinan terdahulu.

Sumber: instagram ctdk & Siti Aafiyah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI