Menyusukan anak sememangnya momen yang paling berharga bagi setiap ibu. Bukan hanya kenangan mengorbankan masa, tak cukup tidur dan sebagainya, tidak terkecuali ‘digigit’ bayi bila mereka sudah tumbuh gigi.
Isteri kepada Angkasawan Negara, Dr Halina Yunos tidak terkecuali turut berdepan hal yang sama sebaik kembarnya, Eusoff dan Emelia tumbuh gigi.
Menerusi Instagramnya, Dr Halina berkongsi kisah menariknya yang selalu tiba-tiba menjerit gara-gara digigit kembarnya. Namun apa yang menarik kata Dr Halina, jeritannya itu telah menarik perhatian dua kembar lelakinya, Adam dan Noah.
“Kini Emelia dan Eusoff sama-sama dah tumbuh gigi. Diorang asyik nak gigit mommy je masa menyusu.
“Lucu sungguh tengok reaksi dari Adam dan Noah setiap kali saya secara tak sengaja menjerit ketika digigit Eusoff dan Emelia.
“Noah akan datang dekat saya dan suruh saya tunggu sementara dia pergi dapatkan mainan untuk bayi supaya baby ‘tak makan mama’ lagi.
Ads
“Dia begitu prihatin dan penuh rasa empati, bertanya pada saya samada saya baik atau tidak, ada sebarang pendarahan atau tidak..hahaha,” kongsinya.
Jika Noah begitu prihatin, namun lain pula halnya dengan Adam.
“Adam, sebaliknya pulak, dia akan teruskan apa saja yang dia lakukan dan cakap pada saya, “It’s OK mommy.. it’s just an accident. You will be OK”
“Beza sungguh karektor kembar yang ni,” kongsi Dr Halina lagi.
Ads
Bijaknya Noah dan Adam, prihatin namun dalam cara berbeza. Lebih-lebih lagi bila mendengar jeritan ibu. Rasa tak senang duduk, tetap prihatin walau dalam cara berbeza.
Noah bakal jadi lelaki idaman Malaya
Rata-rata perkongsian Dr Halina itu turut mendapat reaksi pelbagai warganet malah ramai yang turut berkongsi kisah mereka ketika menyusu. Tidak terkecuali juga yang membuat jenaka aksi ‘gentlemen’ Noah.
Ads
“Wahhh…Noah akan jadi lelaki idaman malaya la 20 tahun akan datang”
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @drhalina
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagaimana yang Ibu kerap kongsikan, kekerapan memukul anak bagi membetulkan anak adalah cara yang sangat merbahaya. Ibu sangat-sangat suka perkongsian Puan A yang kisahnya telah dikongsikan kepada Ibu.
Asalnya, Puan A ini pernah dibesarkan dengan pukulan sebagai cara didikan. Maka dia sendiri sudah merasai bagaimana rasanya ketika dibesarkan dengan cara ini. Kini, dia pula menjadi seorang ibu. Alhamdulillah, beliau punya kesedaran keibubapaan yang sangat baik.
Bacalah, Ibu yakin ianya akan memberi manafaat kepada anda yang berhati indah.
Perkongsian Puan A…
Bila kita pukul anak kecil kita, mereka akan ingat pukul tu benda yang tak salah. Mereka bukan pada tahap umur yang pandai membezakan yang mana betul atau yang mana salah. Jadi, kalau apa saja kita buat, mereka akan ikut. Bila kita pukul dia, lambat laun dia akan pukul adik-adik dia atau mungkin kawan-kawan di sekolah.
Macam mana saya tahu ni ye? Sebab saya produk anak yang dipukul. Sepanjang saya mengandung anak pertama, sampai sekarang, saya banyak membaca ilmu parenting. Saya maafkan ibu ayah saya yang masa tu mungkin cetek ilmu keibubapaan mereka. Saya dan suami (juga produk anak yang dipukul dibantai) bertekad untuk membesarkan anak kami tanpa pukulan.
Namun, saya tak dapat kawal anak-anak orang lain yang sama taska dengan anak saya. Pada suatu masa, saya menjangkakan ada beberapa pelajar yang suka memukul, dan anak perempuan saya juga mula memukul. Kami sangat bersabar dengan anak kami.
Setiap kali dia memukul, saya pegang tangannya.
Dan beritahu dia, “Kita tak boleh pukul. Ia menyakitkan. Tangan bukan untuk pukul. Tangan untuk peluk. (peluk dia). Tangan untuk belai muka dan sayang (cium anak). Tangan juga untuk flying kiss. (beri flying kiss pada dia).”
Kami mengambil masa berbulan-bulan dan lama-lama, Alhamdulillah dia faham yang pukul itu bukan benda baik.
Begitulah perkongsiannya. Nampak susah kan sebab kena bersabar. Ya, tiada siapa yang kata jadi ibubapa itu mudah. Sebab itulah ibubapa adalah orang yang wajib dihormati selepas Allah dan Rasul. Malahan syurga juga ada di tapak kaki mereka.
Andai anda mahu anak anda berhenti memukul, anda terlebih dahulu perlu berhenti memukul. Belajarlah bersabar dan sabar itu wajib dalam mendidik anak-anak.
Terima kasih Puan A atas perkongsian yang hebat ini.
Sumber:
Ibu Rose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak kebanyakkanya lebih rapat dengan ibunya kerana ayah sibuk mencari rezeki. Masa anak-anak bersama si ibu lebih banyak berbanding bersama dengan ayah. Kadang-kadang anak tak sempat berjumpa dengan ayahnya kerana faktor pekerjaan yang memerlukan si ayah bekerja lebih masa sehingga lewat malam.
Doktor Taufiq Razif telah berkongsi tentang fakta anak menjadi hebat dan kurang bermasalah dengan adanya bapa yang cakna tentang keperluan dan emosi anak. Ikuti perkongsian ringkas ini.
Nak Anak Kita Hebat dan Kurang Bermasalah?
Cuba la sesekali tu pujuk dan ajar suami kita supaya cakna dan sensitif dengan keperluan dan emosi anak-anak
Bapa yang cakna, sensitif, ambil berat dan terlibat secara langsung membesarkan anak ni dipanggil sebagai INVOLVED FATHER
Anak yang membesar dengan INVOLVED FATHER ni:
– 39% akan skor semua A di sekolah
– 60% lebih rendah kebarangkalian untuk dibuang sekolah
– 75% lebih rendah kemungkinan untuk hamil ketika remaja
– 80% lebih rendah kemungkinan untuk meringkuk di penjara
– 2x ganda kemungkinan untuk dapat kerja yang stabil dan memuaskan di masa hadapan
Kalau nak anak hebat dan berjaya, kita sebagai ibu bapa harus bersama-sama untuk involve dengan emosi dan keperluan anak. Jangan biarkan anak melakukan semua perkara tanpa kita disisi. Anak yang hebat datangnya dari ibu bapa yang prihatin dan cakna.
Perlu diketahui, ibu yang nak menceraikan puting kosong pada anak boleh mula lakukan sebelum usia anak setahun kerana ia lebih berkesan dan tak jadi tabiat.
Adalah baik jika anda menghadkan penggunaan puting kosong oleh bayi anda apabila dia sekitar usia enam bulan dan anda harus cuba menghentikannya sama sekali menjelang usia satu tahun.
Mungkin permulaan rasa susah, apabila anda berhadapan dengan bayi yang meragam, untuk tidak memberikan dia puting sebab ramai bayi menggunakan lain-lain objek pengikatan diri juga, seperti ibu jari dan selimut penenang, sampai ke usia dua tahun atau lebih dari itu.
Kadangkala orang mendapati lebih senang untuk menghentikan penggunaan puting kosong jika bayi sudah memahami sebab-sebab puting tidak diberi kepadanya, atau mengadakan peraturan tentang masa-masa puting dibenarkan, atau diberitahu sebab-sebab mengapa puting dilarang semasa di luar rumah.
Apabila hendak menceraikan bayi dari puting kosong, sebagai permulaan adalah baik untuk menghadkan penggunaan puting untuk masa tidur sahaja, dengan menarik kembali puting itu apabila bayi sudah tertidur.
Ini memastikan dia tidak mencari-cari puting apabila terbangun dari tidur dan sedar dia tidak boleh bergantung kepada puting untuk membantunya tidur kembali.
Satu dari keburukan penggunaan puting kosong ialah ia boleh menyebabkan masalah apabila gigi bayi sedang tumbuh. Ia juga boleh menjejaskan perkembangan kemahiran bertutur bagi bayi bertatih.
Jika anak anda baru mula belajar bercakap, pastikan anda mengambil puting darinya apabila dia hendak menutur kata dan galakkan dia menggunakan perkataan dan bukan menggunakan jari tangan untuk menunjuk-nunjuk.
Infeksi telinga juga bertambah dengan penggunaan puting sebab bakteria boleh bergerak dari mulut ke tiub Eustachia (saluran kecil antara telinga dan tekak). Ini satu sebab puting kosong perlu dicuci dengan rapi dan disterilkan secara kerap.
Sumber: www.babycenter.com.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...