Menyusukan anak sememangnya momen yang paling berharga bagi setiap ibu. Bukan hanya kenangan mengorbankan masa, tak cukup tidur dan sebagainya, tidak terkecuali ‘digigit’ bayi bila mereka sudah tumbuh gigi.
Isteri kepada Angkasawan Negara, Dr Halina Yunos tidak terkecuali turut berdepan hal yang sama sebaik kembarnya, Eusoff dan Emelia tumbuh gigi.
Menerusi Instagramnya, Dr Halina berkongsi kisah menariknya yang selalu tiba-tiba menjerit gara-gara digigit kembarnya. Namun apa yang menarik kata Dr Halina, jeritannya itu telah menarik perhatian dua kembar lelakinya, Adam dan Noah.
“Kini Emelia dan Eusoff sama-sama dah tumbuh gigi. Diorang asyik nak gigit mommy je masa menyusu.
“Lucu sungguh tengok reaksi dari Adam dan Noah setiap kali saya secara tak sengaja menjerit ketika digigit Eusoff dan Emelia.
“Noah akan datang dekat saya dan suruh saya tunggu sementara dia pergi dapatkan mainan untuk bayi supaya baby ‘tak makan mama’ lagi.
“Dia begitu prihatin dan penuh rasa empati, bertanya pada saya samada saya baik atau tidak, ada sebarang pendarahan atau tidak..hahaha,” kongsinya.
Jika Noah begitu prihatin, namun lain pula halnya dengan Adam.
“Adam, sebaliknya pulak, dia akan teruskan apa saja yang dia lakukan dan cakap pada saya, “It’s OK mommy.. it’s just an accident. You will be OK”
“Beza sungguh karektor kembar yang ni,” kongsi Dr Halina lagi.
Bijaknya Noah dan Adam, prihatin namun dalam cara berbeza. Lebih-lebih lagi bila mendengar jeritan ibu. Rasa tak senang duduk, tetap prihatin walau dalam cara berbeza.
Noah bakal jadi lelaki idaman Malaya
Rata-rata perkongsian Dr Halina itu turut mendapat reaksi pelbagai warganet malah ramai yang turut berkongsi kisah mereka ketika menyusu. Tidak terkecuali juga yang membuat jenaka aksi ‘gentlemen’ Noah.
“Wahhh…Noah akan jadi lelaki idaman malaya la 20 tahun akan datang”
” So loving Noah”
” Sweetnya Noah”
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @drhalina