Gangguan makan boleh berlaku kepada seseorang individu tanpa mereka sedari. Antara gangguan pemakanan yang boleh berlaku ialah anorexia nervosa, bulimia nervosa dan binge eating.

Asyik Nak Makan Je Walaupun Baru Dah Makan Makanan Berat, Ini Punca Yang Mama Wajib Tahu

Anda mungkin terkejut, adakah binge eating juga diklasifikasikan sebagai satu gangguan makan?

Sebelum kita kenali sama ada ia adalah satu gangguan pemakanan atau tidak, kita perlulah mengetahui dengan lebih baik apakah yang dimaksudkan dengan binge eating.

Binge eating: Gangguan makan ikut nafsu!

Binge eating adalah satu keadaan di mana seseorang individu makan dengan banyak mengikut nafsu dalam satu-satu masa.

Mereka mengambil banyak makanan dalam tempoh masa yang pendek walaupun tidak rasa lapar pada ketika itu.

Antara perkara yang mungkin menyebabkan binge eating ini ialah stres dan waktu selepas stres tersebut.

Jika ada yang bertanya adakah binge eating dianggap sebagai satu gangguan, jawapannya adalah YA.

Ia adalah satu gangguan pemakanan yang disahkan oleh pakar perubatan. Ini simptom jika seseorang itu sedang alami gangguan makan binge eating

Seseorang individu tersebut akan disahkan mengalami gangguan pemakanan ini jika mempunyai tanda atau simptom seperti berikut:

-Makan dengan kuantiti yang lebih banyak daripada biasa
-Makan sehingga kenyang yang menyebabkan rasa tidak selesa pada perut
-Makan dengan banyak walaupun pada waktu diri tidak berasa lapar
-Makan berseorangan disebabkan rasa malu
-Berasa bersalah atau meluat dengan bentuk tubuh diri sendiri

Ads

Apakah penyebab kepada gangguan makan ini berlaku?

Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor risiko yang menyebabkan gangguan pemakanan ini.

Berikut adalah antara faktor risiko yang mungkin berlaku kepada individu tersebut:

-Genetik
-Jantina
-Perubahan dalam struktur otak
-Saiz tubuh badan
-Pernah mengalami binge eating semasa kecil atau sewaktu remaja
-Trauma yang menyebabkan gangguan pada emosi
-Keadaan psikologi yang lain

Bagaimana gangguan makan ini didiagnosis?

Gangguan makan ini biasanya bermula ketika akhir waktu remaja dan awal 20-an. Walau bagaimanapun, ia juga boleh berlaku dalam semua peringkat umur.

Jika ia tidak dirawat, gangguan ini boleh berlaku dan bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Ads

Untuk mengesahkan bahawa seseorang itu mengalami gangguan pemakanan ini, dia mestilah pernah mengalami sekurang-kurangnya 1 hingga 3 episod binge eating dalam tempoh seminggu.

Bagi keadaan yang lebih melampau, seseorang itu mungkin mengalami lebih daripada 14 kali episod binge eating dalam tempoh seminggu!

Selain itu, antara ciri lain ialah seseorang itu tidak mengalami sebarang masalah seperti muntah-muntah, mengambil julap atau bersenam secara berlebihan untuk tujuan mengelakkan binge eating.

Apakah risikonya kepada kesihatan?

Seperti yang anda boleh jangkakan, apabila anda makan secara berlebihan tanpa kawalan dan kerap, akan ada perubahan terhadap tubuh badan anda.

Malah, ia bukan sahaja melibatkan kesan kepada fizikal, tetapi juga kepada emosi dan juga kesihatan sosial seseorang individu tersebut.

Semestinya, risiko untuk mengalami obesiti itu amat tinggi. Hampir separuh daripada penghidap gangguan makan ini mengalami obesiti.

Apabila obesiti mula berlaku, maka risiko untuk mengalami penyakit-penyakit lain turut meningkat. Ini termasuklah penyakit jantung, strok, diabetes jenis 2 bahkan kanser.

Ads

Namun menurut kajian, risiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik ini adalah lebih tinggi dalam kalangan mereka yang mempunyai gangguan binge eating berbanding mereka yang sedia obesiti tetapi tidak mempunyai gangguan tersebut.

Selain daripada penyakit kronik tersebut, ada juga beberapa risiko kesihatan lain yang berkaitan dengan gangguan pemakanan ini seperti masalah tidur, keadaan sakit kronik, asma dan juga sindrom iritasi usus (IBS).

Bagi golongan wanita pula, ia akan memberikan risiko seperti masalah kesuburan, komplikasi ketika hamil dan berlakunya sindrom ovari polikistik (PCOS).

Ini yang boleh anda lakukan untuk atasi binge eating

Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk atasi gangguan ini, dan ia bergantung kepada punca dan tahap keterukan gangguan tersebut.

Antara yang boleh dilakukan adalah dengan melibatkan diri dalam terapi tingkah laku kognitif (CBT), psikoterapi interpersonal, terapi tingkah laku dialektik, terapi pengurangan berat badan, dan juga ubat-ubatan.

Mungkin anda hanya perlu satu jenis terapi sahaja, tetapi mungkin juga perlu gabungan beberapa kaedah untuk mendapatkan hasil seperti yang diharapkan.

Untuk kepastian, berjumpalah dengan doktor atau ahli psikiatri bagi memilih kaedah terbaik buat diri anda.

Asyik Nak Makan Je Walaupun Baru Dah Makan Makanan Berat, Ini Punca Yang Mama Wajib Tahu

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI