Sebak sungguh bila lihat cucu mula mencari mama papanya. Itulah yang dikongsikan oleh bapa mentua Allahyarham Vanessa Angel iaitu Faisal Saat yang tidak mampu menahan sebak dan kesedihan apabila cucunya iaitu Gala Sky Ardiansyah berulang kali menyebut perkataan mama dan papa.
Menurut laporan Grid.ID, bapa kepada Febri Ardiansyah ini mengakui hatinya hancur saat melihat Gala menangis mencari ibu dan ayahnya yang telah tiada.
“Selepas kejadian itu, hancur! Sangat berat,” katanya.
Sementara itu, Faisal berkata berita kematian anak dan menantunya itu terlalu sukar untuk diterima meskipun sudah lebih 10 hari insiden maut itu berlaku.
Ads
Dia bagaimanapun kembali bersemangat selepas menerima kata-kata sokongan daripada kaum keluarga dan sahabat terdekat.
“Datang keluarga dan sahabat Febri memberi semangat semula.
“Yang penting cucu saya sentiasa berada dalam keadaan baik. Kalau saya sudah tiada lagi nanti dia masih ingat arwah bapanya.
Ads
“Saya yakin dengan dikelilingi orang baik, pasti Gala akan terus maju dan bangkit menjadi orang hebat dan luar biasa,” ujarnya.
Vanessa dan Febri meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu.
Ads
Jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menurut perkongsian daripada bekas pembaca berita, Izwan Azir Saleh yang ketika ini mengerjakan ibadah umrah di tanah suci, keadaan disana juga masih dalam pantauan pihak berkuasa Arab Saudi.
Malah keaadaan di sekitar Kaabah juga lengang sejak semalam. Kejadian seperti ini pertama kali berlaku kerana kawasan tersebut tidak pernah “tidur”, jemaah akan sentiasa melakukan tawaf dan solat di sekitar Kaabah.
Pihak Arab Saudi terpaksa menutup ruang bawah (ruang di sekitar Kaabah) untuk proses pembersihan COVID-19 dilakukan. Tetapi ruang solat di bahagian atas masih dibuka.
Wabak virus korona Wuhan telah dikenal pasti dan dilaporkan ke WHO pada 12 Januari 2020. Ia digelar sebagai novel coronavirus (nCoV-2019) atau virus korona baharu berikutan strain tersebut tidak pernah dikesan pada mana-mana individu sebelum ini.
Cara penularan virus korona Wuhan telah disahkan berlaku di antara manusia dengan manusia dan haiwan dengan manusia. Mekanismenya masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa China.
Wabak ini telah melanda banyak negara dan sekarang Malaysia mengalami gelombang kedua wabak COVID-19 dengan mencatatkan peningkatan kes baharu.
Beberapa gambar dan video dikongsi oleh Izwan untuk perkongsian dan perkembangan terkini keadaan di sekitar Makkah.
Kita doakan agar semua jemaah oleh dilindungi-NYA dan Malaysia serta negara lain bebas daripada wabak penyakit ini. Amalkan langkah pencegahan yang betul dan jika tiada keperluan penting, sila berada di dalam rumah.
Sumber: Izwan Azir Saleh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak pembawa rezeki dalam keluarga. Zaman mak ayah kita dulu-dulu jika anak ramai orang tak akan bercakap tetapi sebaliknya akan rasa meriah dalam rumah. Namun hari ini, bila suami isteri mempunyai anak ramai, mulalah ada yang cakap di belakang.
Walau apa pun pendapat, hanya pasangan suami isteri itu saja yang tahu. Hormati setiap pendapat orang lain. Apa yang penting amanah yang diberikan ini perlulah dijaga dan dibesarkan sebaik mungkin agar semua anak-anak menjadi soleh dan solehah. Bagaimana kita nak mencorakkan anak-anak semuanya dari acuan ibu bapa sendiri.
Melalui perkongsian Puan Wan Nurul Melissa, 35, yang mempunyai 10 orang anak dan masih berpantang anak yang ke 10 selepas dilahirkan 22 Julai lalu, kehadiran anak-anak ini dianggap rezeki buatnya dan suami.
“Sebenarnya ramai tak sangka saya ibu kepada 10 orang anak (7 lelaki dan 3 perempuan). Di usia yang masih muda dan dengan keadaan sekarang ini, pergi mana-mana pun bila orang lihat saya bawa anak-anak yang masih kecil ada yang tanya anak sendiri atau anak buah.
“Bila jawab anak sendiri mereka tak percaya tapi bila terangkan baru mereka faham,” katanya.
Kahwin usia 20 tahun
Wan Nurul Melissa berkongsi, dia berkahwin ketika usia 20 tahun manakala suami 21 tahun. Dapat anak setahun kemudiannya.
“Asalnya kami tak plan nak berapa anak kerana suami seorang saja yang bekerja dan saya pula suri rumah saja.
“Namun betullah orang kata, bila kita melahirkan anak ni setiap dari mereka pembawa rezeki yang tak disangka. Dari saya tak bekerja lepas kehadiran anak-anak saya dapat buat bisnes online dan kini sepenuh masa buat bersama suami.
“Sekarang usia anak-anak 14, 11, 9, 8, 6, kembar (4 tahun), 2 tahun lebih, 1 tahun lebih dan yang ke-10 dalam pantang.
“Sebenarnya saya juga pernah keguguran sebanyak 3 kali. Kalau semua ada sekarang dah 13 orang anak,” katanya.
Seronok anak ramai
Wan Melisa menyatakan memandangkan dia pun mempunyai 9 beradik dan dari keluarga besar, bila anak ramai lagi seronok. Manakala suami pula ada 4 beradik dan mempunyai kembar.
“Masa mula-mula nak jaga anak ramai memang rasa susah, tapi alhamdulillah Allah sangat mempermudahkan urusan saya dan suami. Anak-anak seolah faham dan mereka jarang nak buat perangai.
“Saya bersyukur dengan membuat bisnes online ni dalam masa sama dapat tengok dan pantau anak-anak. Kami suami isteri bergilir jaga dan pembantu pun akan datang pagi, petang balik,” katanya.
Sentiasa ada jadual harian
Tak dinafikan anak ramai dan masih kecil memang penat. Jadi sebagai ibu saya memang dah tahu nak urus masa. Mula dari bangun pagi hingga nak tidur malam semua dah ada jadual.
“Kadang-kadang suara terkuat tu biasa. Tapi anak akan faham sendiri sebelum saya marah. Bagi saya juga ada anak ramai ni mak akan jadi awet muda. Sebabnya sentiasa melayan karenah anak-anak dari pagi sampai malam.
“Buat masa ini, kami akan fokus dan besarkan dulu 10 orang anak. Jika ada rezeki lagi Allah nak bagi kami tak menolaknya,” katanya.
Fasa mengandung mudah, bersalin normal
Wan Melissa menambah, dia bersyukur sepanjang mengandung tiada alahan teruk. Cuma dalam trimester pertama saja alahan. Selepas itu dia kembali cergas dan boleh urus anak macam biasa.
Begitu juga melahirkan anak, semua 10 anak saya lahirkan secara normal dan mudah. Macam anak yang ke-10 ini saya lahirkan ketika usia kandungan 38 minggu dan hanya mengalami kontraksi ringan sahaja.
Syukur anak-anak sentiasa menyenangkan
Tambah Wan Nurul Melissa lagi, anak-anak yang dah besar seolah faham dan akan sama-sama melakukan kerja rumah dan menjaga adik-adik.
“Saya juga sangat bersyukur mempunyai anak yang senang dan dengar cakap. Masing-masing dah faham apa perlu buat. Contoh lepas main, makan semua kena kemas. Anak-anak ni bila dah terbiasa dengan disiplin automatik mereka akan faham dan ingat sampai bila-bila.
“Lagi satu, ikatan kekeluargaan antara kami sangat kuat kerana suami sentiasa ingatkan walau apa pun berlaku, masing-masing kena sayang dan sentiasa bertolak ansur satu sama lain.
“Percayalah bila kita yakin dengan perancangan Allah, rajin mencari rezeki dengan niat untuk membahagiakan keluarga, semua itu dipermudahkan,” kongsinya.
Kredit: Wan Nurul Melissa
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa yang ada anak-anak yang bakal masuk pra sekolah atau darjah 1 tahun depan mesti tengah sibuk isi borang permohonan online kan? Bagi yang pertama kali nak isi untuk anak sulung yang akan bersekolah mulai tahun depan, ia agak keliru sedikit.
Ruangan yang ramai ibu bapa keliru adalah di bahagian rekod imunisasi anak. Bagi memudahkan anda membuat permohonan dan tak pening dengan nama suntikan tersebut, dikongsikan beberapa tip.
Dengan cara ini, ibu bapa tak perlu nak kemaskini banyak kali permohonan tersebut sebelum mencetak borang untuk dihantar ke sekolah.
CARA ISI MAKLUMAT IMUNISASI UNTUK PENDAFTARAN TAHUN 1 ONLINE
Mak ayah kena alert sebab nama suntikan tu berbeza pada borang online dengan yang ada dalam buku kesihatan anak.
Mungkin ada yang keliru pasal suntikan DTaP – sebab ia sebenarnya terdiri daripada 3 suntikan serentak iaitu: – Difteria – Tetanus – Pertussis
(Dalam borang diceraikan satu-satu)
Pastikan nama suntikan dan tarikhnya betul. Jadi semua sekali ada 10 jenis suntikan.
1. BCG 2. Hepatitis B 3. Difteria (dalam buku tulis DTaP) 4. Pertussis (dalam buku tulis DTaP) 5. Tetanus (dalam buku tulis DTaP) 6. Haemophilis Influenza (Hib) 7. Polio (IPV) 8. Measles 9. Mumps 10. Rubella
Info Tambahan:
✅ Difteria, pertussis, tetanus, heamophilus influenza, polio disuntik pada hari yang sama.
– Dalam buku ditulis DTaP/DT (kotak kuning),
✅ Hib (kotak pink) & IPV (kotak biru).
– Ada 4 dos. Kena ada 4 tarikh, dos 1 (2bulan), dos 2 (3bulan), dos 3 (5bulan) dan dos tambahan (18bulan).
✅ Measles, mumps, rubella dalam buku ditulis MMR (kotak oren).
– Disuntik semasa umur bayi 12 bulan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!