Bukan hanya kita yang dewasa, anak-anak pun sama, boleh jadi buntu jika asyik terperap lama dalam rumah. Inilah penyebab mood anak tidak menentu malah adakalanya memberontak dalam diam.
Di musim PKP ini ada baiknya, mak ayah cuba cari sesuatu yang bermanfaat agar anak kecil kita boleh melepaskan tenaganya yang banyak. Dengan cara ini barulah mood anak makin baik.
Menurut Dr Redza Zainol banyak cara dan perkara yang kita boleh lakukan untuk bantu anak mengembangkan tenaganya yang baru sebaik bangun dari tidur. Ini antara yang disarankan oleh beliau.
Setiap pagi, anak kita akan bangun dengan tenaga baru. Bila anak asyik terperap dalam rumah, tenaga atau energi tadi tak dapat dilepaskan. Ini yang menyebabkan anak kita:
* Gelisah sentiasa
* Asyik meragam
* Suka kacau ahli keluarga yang lain
* Mood anak jadi tak menentu
* Tidur lewat setiap malam
Sebab tu, mak ayah wajib bantu anak untuk salurkan tenaga:
✅ Bawa anak bermain depan rumah
✅ Bersenam bersama-sama
✅ Jadikan ada ruang dalam rumah untuk dia berlari, melompat, dan bermain
✅ Buat kerja rumah sama-sama
Contoh kerja rumah yang anak usia 2-7 tahun boleh buat semasa PKP:
♥️ USIA 2-3 TAHUN
✔️ Kemas mainan
✔️ Lap meja / lantai
✔️ Susun buku di rak
✔️ Bersihkan habuk
✔️ Letak baju kotor dalam bakul
✔️ Ambil barangan ringan
✔️ Beri makan pada haiwan peliharaan
♥️ UMUR 4-7 TAHUN
✔️ Susun kasut
✔️ Sapu lantai
✔️ Kemas katil sendiri
✔️ Cuci dan siang sayuran
✔️ Bantu sediakan meja makan
✔️ Siram pokok bunga
✔️ Angkat kain jemuran
Sambil tu, inilah peluang mak ayah nak latih anak buat kerja rumah yang mudah. Bila tenaga anak dah habis disalurkan, mereka pun akan tidur lebih awal.
Artikel berkaitan: Anak Lelaki Boleh Harap Buat Kerja Rumah & Jaga Adik, Ini Rahsia Ibu Anak 4
Kena Ajar Anak Lelaki & Anak Perempuan Sama-Sama Buat Kerja Rumah, Barulah Tak Jadi Raja Kelak
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)