Sewaktu anak sulungnya Anais Adha mencecah empat bulan, pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan dia hamil lagi. Namun, atas nasihat doktor, beliau terpaksa menggugurkan kandungannya itu.

Sakinah mengakui, dia amat sedih dengan apa yang berlaku. Walau bagaimanapun, terpaksa akur dan mengikut nasihat doktor atas faktor keselamatan dan kesihatan dirinya memandangkan baru sahaja melahirkan anak melalui pembedahan caesarean.

“Saya memang tidak menyangka hamil anak kedua dalam jarak masa yang dekat selepas kelahiran Anais. Saya sangat gembira. Namun, apabila dinasihatkan doktor untuk gugurkan, saya sedih. Selepas disahkan hamil, saya diberi tempoh seminggu. Saya makan nanas untuk keluarkannya.

Atas Faktor Keselamatan, Sharifah Sakinah Makan Nanas Untuk Gugurkan Kandungan
Kredit IG sharifah_sakinah

Sebenarnya, hamil semula dalam masa terdekat selepas bersalin caesar sangat berisiko kerana membabitkan kesihatan dan keselamatan. Malah, doktor pun tidak mahu ambil risiko.

IKLAN

Paling ‘gangster’ kalau nak hamil anak kedua selepas caesar adalah setelah enam bulan bersalin. Tetapi ketika itu, anak pertama saya baru empat bulan selepas dilahirkan melalui pembedahan pada 24 Mei tahun lepas.”

Menurut Sakinah, walaupun ketika itu jarak usia Anais dan bayi dalam kandungan rapat, dia bersedia untuk menimang cahaya mata kedua.

IKLAN

“Pada masa itu, saya okay sahaja nak timang anak kedua. Saya bersedia menjaga dan menguruskan anak meskipun jarak usia mereka dekat. Malah, semua aktiviti seni dan lakonan akan ditunda.

IKLAN
Atas Faktor Keselamatan, Sharifah Sakinah Makan Nanas Untuk Gugurkan Kandungan
Kredit IG sharifah_sakinah

Tapi buat masa sekarang, saya belum bersedia untuk itu sebab sangat sibuk. Malah, masa bersama Anais pun terhad. In sha Allah, kalau tahun depan semuanya okay dan kerja tak banyak, baru boleh fokus untuk tambah anak lagi.” katanya.

 

Sumber: Harian Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI