Atasi kekok dukung bayi bagi mama papa baru. Jangan bagi alasan kata tak pandai sebaliknya belajarlah untuk mendukung bayi sendiri.

Pertama kali memegang bayi tentunya akan menyebabkan anda kekok, tapi papa dan mama kena belajar. Mendukung bayi dengan betul amat penting agar bayi selesa dan mengelakkan kecederaan pada tubuhnya.

Atasi Kekok Dukung Bayi Bagi Mama Papa Baru. Belajarlah, Jangan Bagi Alasan Tak Pandai!

7 TIP MENDUKUNG BAYI

  • Berhati-hati dengan kepala bayi yang baru lahir, terutama di sekitar ubun-ubun yang merupakan tempat yang lembut di bahagian atas kepalanya.
  • Sentiasa menyokong kepala dan leher bayi anda yang baru lahir ketika mengangkat dan mendukungnya.
  • Apabila mengambil bayi anda, letakkan satu tangan di bawah kepalanya dan satu lagi tangan anda yang lain di bawah punggungnya.
  • Bawanya dekat dengan anda dan pastikan kepala bayi selesa. Luncurkan tangan anda dari bahagian bawahnya untuk menyokong lehernya.
  • Untuk keselamatan, jangan sekali-kali memegang minuman atau makanan panas dan memasak semasa mendukung bayi.
  • Sentiasa memegang bayi dengan selamat semasa naik atau turun tangga. Pastikan kedudukan anda stabil supaya tidak terjatuh.
  • Jika anda ingin mengalihkan bayi ke dalam dukungan orang lain, pastikan mereka duduk stabil kemudian perlahan-lahan letakkan bayi di dalam lekukan lengan mereka.

Atasi Kekok Dukung Bayi Bagi Mama Papa Baru. Belajarlah, Jangan Bagi Alasan Tak Pandai!

Kajian mendapati bapa sentuhan kulit ke kulit semasa memegang bayi baru lahir memberikan kesan segera  di mana mereka kurang menangis, lebih tenang dan mudah terlelap berbanding dengan bayi yang diletakkan di dalam katil bayi. Selain itu, ia juga dapat membantu membantu meningkatkan ikatan bapa dan anak pada tahap yang lebih maksimum.

Atasi Kekok Dukung Bayi Bagi Mama Papa Baru. Belajarlah, Jangan Bagi Alasan Tak Pandai!

4 KELEBIHAN MENDUKUNG BAYI

  • Menggalakkan sentuhan kulit ke kulit antara anda dan bayi.
  • Ia juga membolehkan mama dan papa merapatkan hubungan dengan si manja (bonding).
  • Cara dukung yang selesa akan menenangkan si manja.
  • Gunakan peluang ini untuk berbual dan mengagah bayi anda.

Atasi Kekok Dukung Bayi Bagi Mama Papa Baru. Belajarlah, Jangan Bagi Alasan Tak Pandai!

1. Cara angkat bayi

IKLAN

Sebelum mengangkat bayi, pastikan kedudukan anda stabil. Leher, kepala dan punggung bayi perlu disokong dengan tangan mama.


Atasi Kekok Dukung Bayi Bagi Mama Papa Baru. Belajarlah, Jangan Bagi Alasan Tak Pandai!

2. Dukungan berbaring

Bayi yang diangkat kemudian dibaringkan pada lengan mama. Bahagian kepala, leher, belakang dan punggung bayi disokong.


Atasi Kekok Dukung Bayi Bagi Mama Papa Baru. Belajarlah, Jangan Bagi Alasan Tak Pandai!

3. Dukungan ke bahu

IKLAN

Ia adalah cara yang paling banyak digunakan. Tetapi bagi bayi yang masih kecil, sentiasa sokong bahagian keher dan kepalanya.


Atasi Kekok Dukung Bayi Bagi Mama Papa Baru. Belajarlah, Jangan Bagi Alasan Tak Pandai!

4. Dukungan duduk

Pastikan bahagian punggung bayi diampu dengan tangan mama dan sebelah tangan lagi memegang ketiak dan menahan bahagian dada bayi.


Atasi Kekok Dukung Bayi Bagi Mama Papa Baru. Belajarlah, Jangan Bagi Alasan Tak Pandai!

5. Wajah ke wajah

IKLAN

Cara ini sangat sesuai bagi anda yang ingin bermain-main dengan si manja di mana ia membolehkan anda menatap wajah bayi. Semasa mendukungnya, pastikan kepala, leher dan belakang bayi perlu disokong dengan tangan mama.


Atasi Kekok Dukung Bayi Bagi Mama Papa Baru. Belajarlah, Jangan Bagi Alasan Tak Pandai!

6. Dukungan riba

Sama seperti dukungan wajah ke wajah, tapi bezanya kedudukan mama dalam keadaan duduk. Pastikan bahagian punggung bayi berada pada paha ibu dan sokong belakang kepala dan lehernya dengan kedua-dua belah tangan mama.

AWAS, BERHATI-HATI UNTUK ELAK HIP DYSPLASIA

Antara salah satu akibat daripada cara mendukung yang salah hip dysplasia. Mendukung dengan cara meletakkan bayi pada pinggang ibu/ bapa perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan hal ini.

Hip dysplasia yang terjadi selepas lahir (bukan kongenital), ia sukar untuk dikesan kerana tidak menyebabkan rasa sakit pada bayi dan biasanya tidak menghalang mereka daripada belajar berjalan dan berjalan pada usia yang sepatutnya.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI