Kehamilan

Atikah Suhaime Akui Fasa Hamil Mencabar, Emosi Tak Stabil & Mula Sakit-Sakit Badan!

Share

Pelakon Atikah Suhaime yang kini sedang sarat hamil mengakui emosi dirinya kini tidak stabil.

Menerusi satu hantaran dimuat naik di TikTok baru-baru ini, menurut Atikah, dia ketika ini berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil ditambah pula dengan keadaan badannya yang sudah mula rasa sakit di beberapa bahagian apabila kandungannya kini semakin membesar.

“Hari ini ingat nak masak, tapi tak larat. Bila rasa sayu, Tikah suka kunyah sayur.

“Rasa ‘extra’ penat dan sakit semua tempat dan bila sakit satu badan macam ini, ‘auto’ rasa macam tak disayangi.

“Air habis, rasa haus tapi suami tak tolong ambilkan air pun. Rasa macam suami tak sayang kita.

“Bila kena ambil air sendiri terus rasa ‘cramp’ di bahagian peha, jadi kita rasa sedih,” katanya berkongsi menerusi videonya.

Tambah Atikah lagi, dia juga berasa sedih kerana terlalu rindukan akan masakan ibunya yang menetap di Singapura.

“Bila rasa sedih, mulalah rindu nak makan masakan mama.

“Tapi Tikah tak reti nak masak sama macam masakan mama.

“Kalaulah mama boleh duduk Kuala Lumpur, boleh masak setiap hari,” tulisnya.

Perkongsian ibu hamil ini mendapat perhatian ramai yang ternyata simpati malah turut berkongsi pengalaman hamil mereka yang turun naik emosinya kerana perubahan hormon ketika hamil.

Terdahulu Atikah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lalu. Pasangan ini bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

 

@atikahsuhaimeeee Emotional mukbang today. 😅 harap preggy mummies out there semua sentiasa kuat hadapi emosi. Tiberrr #fyp #snowcrab #salad #tempe #misosoup ♬ Anything For Love – Dua Lipa
Published by
SRM