Tahniah diucapkan buat pelakon Atikah Suhaime yang kini mengumumkan hamil anak pertama.
Menerusi perkongsiannya di Instagramnya, Atikah memuat naik gambarnya dengan menampakkan baby bump yang semakin ketara.
Menerusi perkongsiannya menerusi Kosmo Online, bakal ibu ini memilih untuk menyembunyikan mengenai berita kehamilannya itu yang kini sudah mencecah empat bulan kerana bimbang akan dikecam.
“Pada saya waktu itu terlalu awal untuk membuat pendedahan dan pelbagai perkara boleh berlaku. Saya juga bimbang jika kongsikan berita terlalu awal, nanti netizen akan mengecam atau mendoakan yang tidak baik.
“Sejujurnya saya agak trauma apabila ada yang mendoakan tidak baik kepada ketika melangsungkan perkahwinan dahulu dengan mengatakan perkahwinan kami tidak bertahan lama.
“Tetapi saya sangat berterima kasih dan bersyukur kerana pengikut di media sosial semuanya mendoakan yang baik-baik buat saya dan tiada komen benci saya terima,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai persiapan bayi, Atikah berkata dia tidak merancang untuk membeli barangan di luar negara untuk menyambut kelahiran anak pertamanya, sebaliknya mahu fokus pada keperluan asas bayi termasuk dirinya selepas melahirkan.
“Bagi saya, tidak perlu untuk berbelanja besar atau beli terlalu banyak barang untuk bayi kerana bayi ini cepat membesar. Tetapi, saya yakin suami saya mungkin akan mewahkan anak, tetapi bagi saya persiapan itu tidak perlu terlalu berlebihan.
“Paling penting ialah keperluan asas bayi dan saya nanti untuk menjaganya. Untuk saya, mendapatkan pengasuh yang boleh membantu saya menjaga bayi nanti lebih penting kerana saya tidak mahu membebankan kedua orang tua dan keluarga mentua,” katanya.
Bahaya kucing pada ibu mengandung? Demi keselamatan anak dalam kandungan sebaiknya ibu hamil elakkan daripada pegang kucing.
Jika diikutkan membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan kerana keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai toxoplasma gondii.
Haiwan jinak seperti kucing sememangnya kerap dijadikan haiwan peliharaan di rumah. Tetapi sekiranya anda sedang hamil, mungkin anda perlu mengehadkan masa bersama dengan haiwan peliharaan khususnya dari segi pengendalian najis kucing.
Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan. Keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan juga dalam tanah.
Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui iaitu toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan serius kepada bayi dalam kandungan.
Ini boleh mendatangkan ancaman jangkitan toksoplasma yang boleh memberi kesan kepada anak dalam kandungan. Ramai wanita dijangkiti oleh parasit toksoplasma tetapi tidak menyedari hakikat ini kerana parasit ini tidak memberikan tanda yang ketara.
Isu yang paling dikhuatiri ialah apabila jangkitan parasit itu dialami buat kali pertama ketika mengandung. Ramai ibu yang sedang hamil tidak mengetahui bahaya parasit berkenaan kerana ia tidak mendatangkan petanda luar biasa seperti sesak nafas atau demam tinggi.
Sebaliknya, ibu yang dijangkiti akan mendapat demam serta selesema biasa, kelenjar limfa membengkak, sakit otot, kekejangan dan sakit sendi. Gejala sebegini selalu dianggap ‘keadaan biasa’ oleh ibu hamil dan doktor yang merawatnya.
Proses penyebaran boleh berlaku berpunca daripada najis haiwan peliharaan yang menyebabkan toksoplasmosis atau dalam dunia perubatan digelar jangkitan yang disebabkan oleh parasit toksoplasma yang menyerang jaringan saraf manusia.
Menjangkiti bayi
Seorang wanita yang dijangkiti sama ada sebelum atau semasa hamil, boleh menjangkiti bayi yang dikandung. Toksoplasmosis kongenital adalah satu masalah perubatan yang mana bayi dalam kandungan dijangkiti melalui uri (plasenta).
Jika seorang wanita menerima pendedahan pertama kepada toksoplasmosis ketika mengandung, bayi akan berisiko tinggi. Risiko bayi termasuk mati dalam kandungan, buta mata dan kecacatan otak termasuk ‘retardasi mental’
Jangkitan paling biasa diperolehi menerusi sentuhan dengan kucing serta najis mereka. Toksoplasma juga boleh dijangkiti apabila wanita mengendalikan daging mentah atau separuh masak.
Peringatan
Sebagai peringatan kepada wanita khususnya yang sedang hamil dan berusaha untuk hamil, anda perlu mengehadkan masa bersama haiwan atau pengurusan najis haiwan itu. Pengurusan najis haiwan ini boleh dilakukan oleh suami atau orang lain.
Dengan cara ini moga anda dapat mengelak risiko jangkitan kali pertama ketika hamil. Lebih utama ia dapat mengurangkan risiko bayi menghidapi toksoplasmosis kongenital.
Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini. Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosintesis dan ujian imbasan ultrabunyi akan dilakukan ke atas bayi dalam kandungan.
Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan.
Rawatan
Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan. Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan dan terus diberi rawatan.
Langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya dengan membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan, mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak, membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan, menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.
Elakkanlah membela kucing semasa hamil sekiranya langkah ini sukar dilakukan.
Sumber: Kelab Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tertelan ubat gigi secara tidak sengaja itu mungkin perkara biasa. Tapi ada ibu yang sengaja makan ubat gigi semasa hamil kerana suka ubat gigi. Tabiat pelik itu harus dielakkan kerana ubat gigi yang berlebihan boleh menjadi racun kepada ibu dan kandungan.
“Doktor, saya suka makan ubat gigi masa pregnant, ada kesan apa-apa tak kat baby?”
Ada kesan pada gigi ibu dan baby jika terlebih flouride dalam badan. Walaupun FLOURIDE tu memang elok untuk gigi, tapi kalau dah sampai makan ubat gigi atau telan ubat gigi memang cari nahas
Fluoride yang dalam ubat gigi memang sangat bagus untuk elak gigi berlubang dan untuk kuatkan gigi, sama ada untuk ibu atau baby
Tapi, kalau sampai makan ubat gigi dan telan tiap hari memang tak boleh. Fluoride boleh jadi ‘racun’ untuk ibu dan baby kalau terlebih dalam badan
Sebab tu la, kalau ibu mengandung pakai la ubat gigi yang khas untuk ibu mengandung, ada fluoride tapi jumlah fluoride agak kurang dari ubat gigi biasa
Kadang-kadang ibu yang pandai meludah ni pun boleh tertelan ubat gigi, ni kan budak yang umur 4 tahun ke bawah. Jadi tak salah pun kalau guna ubat gigi tanpa fluoride. Sebab selain dalam ubat gigi, fluoride ada je dalam air minuman atau makanan
Gigi bersih, plak pun tak ada, gusi cantik tak bengkak tak berdarah, insyaAllah gigi pun superb tak ada karies atau lubang
Dr Iza sekadar beri nasihat dan pandangan dari pengalaman TENTANG GIGI yang dah alami dan dah jumpa untuk dikongsi bersama
Belajar dari kesilapan, yang salah dibetulkan dan yang betul kita amalkan
Tiada yang lebih menggembirakan untuk setiap pasangan suami isteri selain daripada berita kehamilan sang isteri. Walaupun bukan kehamilan yang pertama, keterujaan hati tetap sama tatkala dimaklumkan isteri hamil lagi.
Pelakon Idzham Ismail ada berkongsi berita gembira tentang isterinya, Siti Nur Abilah atau mesra disapa Bella yang kini sedang berbadan dua.
Berita tersebut dikongsi oleh pelakon Bukan Gadis Biasa ini melalui akaun Instagramnya.
Menerusi perkongsian yang dibuat, Idzham dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan juga rakan artis.
Idzham dan Bella yang bekerja sebagai pramugari MAS diijabkabul pada Ogos 2016. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Nur Sofea Inara yang kini sudah berusia 3 tahun.
Tahniah diucapkan kepada Idzham dan Bella dengan kehamilan anak kedua ini. Pasti kaka Sofea juga tak sabar nak tunggu kelahiran bayi yang bakal dilahirkan oleh ibunya kelak. Semoga semuanya dipermudahkan!
Memang kagum dengan semangat seseorang yang masih rajin bekerja biarpun sudah berusia. Semangat untuk mencari rezeki sambil melakukan sesuatu yang diminati harus dijadikan contoh...