Biar dihimpit tugas dan tanggungjawab menguruskan pentadbiran negara, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih sempat meluangkan masa buat cucunya yang tersayang, Jeanelle Nika Mandagie.
Sering berkongsi perjalanan harian dan tanggungjawab pada negara, sesekali DS Ismail turut sama berkongsi kisah Jeanelle di Instagram.
Terbaru, walau dihimpit waktu, Atuk tidak lupa bermain dan sempat berjogging sama-sama bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Jeanelle yang ke empat tahun baru-baru ini.
DS Ismail Sabri sempat membingkiskan ucapan istimewa buat Jeanelle malah turut meminta maaf kerana tidak dapat selalu meluangkan masa bersama cucu sulungnya itu.
“Selamat Hari Lahir Jeanelle Cucu Atuk.
“Maafkan Atuk jarang ada masa nak bersama selalu. InsyaAllah nanti Atuk ada kelapangan, kita keluar sama-sama, okay. Semoga membesar jadi anak yang solehah,” tulisnya lagi.
Ads
Jeanelle sambut dengan Atuk
Jeanelle Nika Mandagie yang merupakan anak kepada pasangan, Nina Ismail Sabri dan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie menyambut ulang tahun kelahiran pada 1 November lalu kini sudah pun berusia empat tahun.
Beberapa sambutan ringkas turut diadakan buat si comel Jeanelle ketika sambutan ulang tahun kelahiran itu.
Atuk dan nenek turut sama meraikan hari istimewa Jeanelle begitu juga sambutan yang diadakan bersama rakan-rakan sekolah Jeanelle.
Namun aksi comel dalam beberapa gaya ketika menyambut kelahirannya selalu menjadi perhatian ramai. Berbanding pelbagai gaya dan karakter sebelum ini, kali ini Jeanelle tampil istimewa bak puteri ketika menyambutnya bersama rakan-rakan. Comelnya!
Ads
Semoga Jeanelle terus membesar dengan sihat malah membahagiakan seluruh ahli keluarganya.
Nak luangkan masa bersama anak hujung minggu, jom ke Sunway Lagoon.
Ads
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan sekadar bersembang kosong, berinteraksi dengan anak adalah salah satu cara paling efisyen dan membuatkan anak lagi cepat bercakap.
Disebabkan itulah pentingnya penglibatan ibubapa dan orang dewasa dalam merangsang bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Puan Aisyah Kassim, yang merupakan Patologis Pertuturan-Bahasa berkongsi tip untuk ibu bapa membantu anak-anak yang lambat bercakap.
Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan oleh ibubapa untuk merangsang perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.
Bertentang mata dan main bersama
Kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Akan tetapi mereka memerlukan teman bermain untuk mereka mempelajari bahasa dan komunikasi. Siapa lagi orang yang paling sesuai untuk menjadi teman mereka selain ibubapa dan adik beradik yang lain. Kedudukan yang terbaik untuk berkomunikasi bertentang mata. Ini memudahkan kanak-kanak melihat dan memahami maksud perkataan yang cuba disampaikan oleh orang dewasa. Tambah pula, ianya lebih menarik minat anak untuk memberi perhatian pada apa yang anda cakapkan dan sekaligus akan lebih mudah untuk kanak-kanak belajar.
Galakkan giliran
Samada sedar ataupun tidak, kita bercakap dan berkomunikasi dalam bentuk giliran, iaitu seorang bercakap, seorang mendengar, seorang bertanya, seorang menjawab, seorang memberi arahan, seorang lagi melakukan arahan. Oleh itu, untuk kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi dengan baik, mereka perlu mempelajari kemahiran giliran. Pada awalnya kanak-kanak mempelajari giliran dalam bermain dan seterusnya mereka menggunakan kemahiran tersebut untuk berbual pula.
Contoh permainan yang menggalakkan giliran adalah seperti bermain “peek a boo”, bergilir memasang lego, bergilir-gilir mengetuk gendang dan banyak lagi. Asasnya di sini adalah kanak-kanak perlu faham bahawa mereka perlu menunggu, melihat dan memberi respon yang bersesuaian dengan reaksi orang lain.
Gunakan isyarat tangan (gesture)
Bagi kanak-kanak, kesemua bahasa adalah asing bagi mereka. Sebarang isyarat akan membantu mereka memahami bahasa dengan lebih baik. Bayangkan sekiranya seseorang menyebut “besar” tanpa isyarat tangan dan sebutan “besar” dengan isyarat tangan. Sudah semestinya dengan isyarat akan membolehkan kita faham perkataan tersebut dengan lebih baik.
Samalah juga apabila kanak-kanak ingin mempelajari bahasa. Kita boleh membantu mereka untuk memahami perkataan dengan menambahkan isyarat tangan kepada perkataan-perkataan untuk menggambarkan maksud perkataan tersebut dengan lebih baik.
Haluan dan minat anak
Cara yang efektif untuk kanak-kanak mempelajari bahasa dengan baik adalah kita mengikut haluan dan minat mereka. Caranya adalah dengan memerhatikan minat anak, mendengar apa yang disebut atau dihasilkannya sambil menunggu apa yang ingin disampaikan oleh anak. Kemudian barulah kita cuba memberikan respon bagi menarik minat mereka untuk berinteraksi dengan kita.
Ceritakan perasaan & pengalaman
Persekitaran, perasaan dan pengalaman yang dilalui oleh anak boleh ditukarkan ke dalam bentuk perkataan untuk mereka sebut dan gunakan dalam kehidupan harian. Ibubapa boleh menceritakan apa yang dilihat, dipegang atau dirasai oleh kanak-kanak untuk memberikan input bahasa yang bersesuaian. Sebagai contoh kanak-kanak bermain bola dan terjatuh.
Anda boleh menceritakan aksi yang dilakukan oleh kanak-kanak seperti ‘baling bola’ ‘tangkap bola’, ‘bola jatuh’, ‘sakit’ dan lain-lain perkataan yang bersesuaian pada situasi tersebut. Pembelajaran secara langsung dari pengalaman adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran dengan hanya melihat gambar atau mendengar perkataan sahaja.
Pelbagaikan perkataan & ayat
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Rowe (2012), kanak-kanak 1-2 tahun perlu didedahkan dengan kuantiti perkataan yang banyak untuk membolehkan mereka mempelajari perkataan yang lebih kompleks apabila mencecah usia 3 tahun. Terdapat pelbagai jenis perkataan yang kita gunakan seperti kata nama (nama orang, objek dan tempat), kata kerja (perbuatan), kata sifat (saiz, warna, suhu, bentuk), kedudukan, perasaan dan macam-macam lagi. Ini penting bagi membolehkan kanak-kanak menyambungkan ayat mereka sendiri.
Panjangkan ujaran anak
Kanak-kanak pada usia 1 tahun biasanya bercakap menggunakan perkataan tunggal. Apabila mereka mencecah usia 2 tahun, mereka akan mula menyambungkan ayat 2 perkataan dan seterusnya 3 perkataan pada usia 2 tahun 6 bulan. Apabila berusia 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh menggabungkan 4 dan lebih perkataan dalam ayat.
Bagi kanak-kanak yang lambat bercakap, mereka biasanya sukar untuk menyambungkan ayat. Oleh itu adalah penting untuk kita membantu mereka dengan memberi contoh dan model bagaimana untuk menyambung ayat. Cara yang mudah adalah dengan memanjangkan bunyi atau perkataan yang disebutkan oleh anak. Sebagai contoh:
Anak : Miau.. Ibu : Miauu .. kucing
Anak : kucing Ibu : Aah, kucing comel
Kuncinya di sini adalah ibubapa menambahkan perkataan pada apa yang disebutkan oleh anak untuk menjadikannya lebih panjang. Tapi ingat, ibubapa tidak perlu memaksa anak untuk menyebutkan semula ayat anda sebutkan. Cukuplah dengan anda menyebut dan mengulang untuk mereka dengar dan faham.
Sentiasalah mengulangi satu-satu perkataan itu bagi membantu kanak-kanak mengingati perkataan yang mereka pelajari. Gunakan perkataan yang diajar secara berulang-ulang dalam situasi yang berbeza untuk membolehkan kanak-kanak membuat generalisasi dan menggunakan perkataan tersebut dengan betul dan bermakna.
Kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi adalah dengan niat, kehendak dan keperluan yang pelbagai. Dalam mengajar kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi, ketersediaan peluang bagi mereka untuk belajar dan mempraktikkan apa yang mereka pelajari adalah penting kerana pembelajaran tanpa praktikal yang berulang-ulang akan membuatkan maklumat tersebut hilang fungsinya dan lama-kelamaan akan hilang dan dilupakan oleh kanak-kanak.
Setiap apa yang disebut oleh kita sememangnya didengari anak kecil. Berhati-hatilah ketika bercakap, bimbang anak terkesan dengan kata-kata kita yang tidak elok.
Anak tidak duduk diam, anak nakal, anak suka melompat sering buat kita beranggapan nakal. Jangan cepat melabel anak sebegini, banyak kesannya pada anak. Ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif.
Kesian anak bila dituduh nakal
– tak boleh duduk diam
– tak suka belajar di meja
– suka belajar sambil lompat
– suka lari lari
Kebanyakan anak yang dituduh nakal ni rupanya :
– anak Kinesthetic
– anak Energetic
– anak tinggi Curiosity
– Anay Dysregulated
– anak yang Aktif
Cuma semua potensi ni nanti boleh hilang bila sekali je dia dipanggil “Hey anak nakal” ataupun “Nakal betul la awak ni”
Sebab itulah nanti yang masuk ke Subconscious Mind dia. Itulah yang nanti masuk ke hati dia dan jadi Inner Voice dia.
Boleh jadi sampai ke tua dia percaya bahawa dia anak yang nakal.
Bagitahu la keluarga kita, kalau jumpa anak yang aktif semacam atau suka langgar disiplin ke apa ketaplah bibir tu.
Kita tahu itu semua adalah proses pembelajaran bagi dia. Ianya bersifat sementara!
Jangan sampai kerana kata kata kita yang sesaat itu masuk ke hatinya dan menjadi kenyataan pada dirinya buat selama-lamanya.
Sebagai parents, kita perlu peka dengan keselamatan anak. Sama ada di rumah mahupun ketika di bawa keluar, bahaya ada di mana-mana. Lengkapi diri dengan ilmu pertolongan cemas supaya kita tidak panik sekiranya berdepan dengan situasi tak diingini. Jom, serta e-workshop Stay Safe: Bahaya Di Mana-Mana, Lindungi Anak Anda sekarang!
Bila sudah bergelar ibu kepada empat orang anak termasuk pasangan bayi kembar barulah Datin Zizie Izette faham cabaran ibu yang uruskan anak kembar Aadam dan Aaleph dan anak kecil yang berderet.
Sebagai ibu anak kembar, Zizie Izette akui tak mudah menguruskan keperluan anak-anak yang masih kecil tanpa pembantu. Walaubagaimanapun Zizie mengakui biarpun ada ramai pembantu namun jika anak kembarnya menangis nak susu serentak dia akan kelam kabut juga.
Justeru dia sangat memahami perasaan ibu-ibu yang menguruskan anak kembar dan anak-anak yang masih kecil usianya serentak.
Menariknya dalam posting baru-baru ini di instagram beliau, Zizie sangat memahami luahan hati pengikutnya yang juga seorang ibu kepada anak kembar.
Ibu cantik ini mengakui tugas ibu kepada anak kembar memang sangat mencabar bila anak-anak menangis serentak hendak susu.
Sebagai tanda sokongan, pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini memberikan kata-kata semangat kepada semua ibu anak kembar supaya bertahan menghadapi situasi sukar menguruskan mereka kerana bila semakin besar semuanaya akan menjadi satu kenangan yang indah.
Majikan Yang Penyayang
Kakak kepada pelakon popular Shaheizy Sam ini dikenali sebagai seorang majikan yang sangat penyayang dan menghargai setiap pembantu dan staf yang menguruskan anak-anaknya.
Alahai seronok betul tengok gelagat anak-anak pelakon cantik Zizie Izette. Setiap kali keluar pasti ibu mereka akan memakaikan pakaian yang sedondon untuk empat orang anaknya termasuk pasangan kembar.
Bahkan setiap kali keluar juga dia akan membawa pembantu dan stafnya bersama dan menariknya semua turut memakai pakaian dalam tema pakaian yang sama dengannya dan anak-anak.
Ramai netizen menyatakan kekaguman mereka dan memuji tindakan Zizie yang sangat menghargai pembantu dan staf yang banyak meringankan bebannya menguruskan anak-anak.
Selain baru melahirkan bayi kembar, Zizie sebelum ini menjaga dua orang anak angkat Naila Nur Jenna dan Aaric Zayn.
Sumber: Instagram Zizie Izette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.