Atuk buat keretapi mini, seronok cucu ‘makan angin’ keliling rumah. Kasih sayang seorang datuk terhadap cucunya selalu datang tanpa syarat. Datuk sering dilihat sebagai figura yang penuh dengan kasih sayang, kesabaran, dan kemesraan.
Atuk Kreatif, Buat Keretapi Mini, Seronok Cucu ‘Makan Angin’ Keliling Rumah
Kepulangan cucu-cucu ke kampung tentunya saat yang dinantikan oleh seorang datuk. Ketika inilah mereka dapat bermanja dengan cucu-cucu yang amat dirindui.
Menerusi perkongsian akaun TikTok @lisaamanda40 tular video seorang datuk membina sebuah kereta api mini yang lengkap dengan rel di sekeliling rumahnya untuk cucu-cucunya.
Kereta api itu berfungsi boleh membawa penumpang mengelilingi halaman rumah.
Dalam klip video yang tular itu juga kelihatan lelaki itu membawa cucunya bersiar-siar di halaman rumah menaiki kereta api mini yang dibuatnya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya teruja dengan kreativiti lelaki itu yang mampu menyediakan kereta api mini untuk menghiburkan cucu-cucunya ketika pulang ke kampung.
Kadang-kadang tu, ayat semudah mengucapkan terima kasih kepada isteri dah dapat buat dia rasa cukup bahagia. Biarpun kedengaran ringkas, tetapi impaknya sangat besar untuk emosi seorang isteri yang mungkin sudah terlalu letih dengan bebanan kerja seharian.
Sama ada isteri bekerja atau seorang suri rumah, kedua-duanya tidak mudah. Bukan sahaja penat fizikal, tetapi mental mereka juga sering tercabar dengan pelbagai kerenah anak-anak atau urusan di pejabat. Oleh itu, kata-kata indah yang keluar dari mulut suami umpama ‘penawar’ untuk mengurangkan rasa penat yang mereka alami.
Setiap pasangan yang berkahwin bukan sahaja perlu bersedia untuk hidup berdua tetapi juga mental harus kuat kerana ujian selepas berkahwin berganda daripada ketika kita bersendirian.
Keadaan akan berubah sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa, terutama jika kita sudah tidak berdua lagi. Masa yang dahulunya diberi sepenuhuhnya buat suami atau isteri kini sudah harus dibahagikan dengan anak-anak pula.
Isteri sentiasa diminta untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan menyediakan segala kelengkapan suaminya, namun apa sebenarnya apa tugas suami selain menyediakan kemudahan buat si isteri?
Sebenarnya tiada lain yang isteri minta, cuma mahukan telinga dan bahu untuk tumpang bersandar sahaja. Biar betul?
Ketika awal perkahwinan, mungkin isteri boleh habiskan masa untuk bereksperimen macam-macam. Yalah, masak itu ini. Rumah pun dikemas bertukar-tukar. Sekejap sofa sebelahkanan, nanti dialih pula sebelah televisyen. Ikut mood. Waktu itu banyak masa sebab hidup masih berdua.
Bila datang rezeki isteri hamil dan melahirkan anak mungkin kurang sedikit perhatian yang diberikan kepada suami. Kalau dahulu mungkin boleh ada tiga atau empat lauk, sekarang isteri hanya mampu masak dua jenis sahaja. Itu pun yang paling mudah.
Mungkin juga dulu sempat isteri nak tanyakan hari di pejabat bagaimana sambil mengurut bahu si suami, kini sudah tak sempat. Pun begitu, suami jangan salah faham. Isteri sebenarnya tak cukup masa bukan sebab meminggirkan anda.
Ketika ini sudah mula berlaku, janganlah disalahkan isteri. Suamilah yang perlu berbuat sesuatu. Dah tiba masanya pinjamkan telinga dan bahu anda. Tanpa sedar, sebenarnya isteri ni letih sangat. Cuma tak sempat nak diluahkan.
Suami yang peka dengan keadaan isteri dah tentu akan perasan isterinya berubah. Waktu ini, kalau anda ‘cuit’ sikit emosinya pasti akan menangis.
Anda cubalah tanyakan padanya jika ada apa-apa yang boleh anda bantu. Atau anda pula take over, urutkan badannya. Sebenarnya waktu itu, anda akan mendengar setiap luahan perasaanya.
Jangan marah, sebaliknya pinjam bahu anda untuk isteri bersandar dan merasakan sedikit perhatian dari anda. Percayalah, esok dia pasti akan senyum sampai ke telinga. Kalau anda dah buat begitu, dan esoknya dia masak special sikit, maksudnya ada berjaya menjadi suami yang prihatin dengan keadaan isteri.
Isteri tak perlukan wang ringgit yang banyak (kalau ada, bonus!) atau dibelikan hadiah-hadiah mewah, cukuplah sekadar anda tanyakan keadaannnya atau bantu dia sedikit sebanyak dalam melakukan kerja rumah.
Isteri inginkan suami yang ‘celik’, ‘tidak pekak’ dan mampu menjadi orang yang menghapuskan air matanya. Sebenarnya, ucapan TERIMA KASIH sudah cukup untuk buat isteri merasa bahagia. Ambillah hati isteri dengan kata-kata manis yang membahagiakannya.Itu sahaja yang ister mahukan, PINJAMKAN TELINGA DAN BAHU SUAMI pada mereka.
Lawat kubur suami ditemani kucing putih, “Waktu saya baca doa, Uteh pasti duduk di tep.” Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang paling popular di seluruh dunia. Dengan kecomelan rupa paras, perangai yang manja, dan personaliti yang unik, kucing telah mencuri hati ramai pencinta haiwan.
Lawat Kubur Suami Ditemani Kucing Putih
Bagi Norhamimah, wanita berusia 46 tahun ini, memiliki seekor kucing berwarna putih yang diberi nama Uteh bukan hanya menceriakan hidup malah menjadi peneman setia setiap kali Norhamimah Khalid ke tanah perkuburan.
Menurut Norhamimah, Uteh mula manja dengannya sejak kerap menziarahi pusara Allahyarham suaminya, Azharuddin Said yang meninggal dunia dua tahun lalu akibat serangan jantung.
IBU LIMA ANAK ITU BERKATA, UTEH ASALNYA KUCING BUANGAN YANG TIDAK TERURUS NAMUN MENJADI GEBU SELEPAS NORHAMIMAH MEMBERI MAKAN SERTA MENYEDIAKAN TEMPAT TIDUR BUAT HAIWAN ITU DEKAT PONDOK DI LUAR TANAH PERKUBURAN.
“Saya jumpa Uteh beberapa bulan selepas suami meninggal dunia dan ia nampak kurus, selain badan berkurap.
“Disebabkan kasihan dan sayangkan kucing, saya mandikan Uteh dan memberinya makan serta minum hingga jadi comel seperti sekarang.
“Waktu Saya Baca Doa, Uteh Pasti Duduk Di Tepi”
“Saya sediakan juga kotak dekat pondok untuk Uteh tidur dan setiap kali datang, Uteh akan sambut saya kemudian saya berinya makan.
“Waktu saya baca doa, Uteh pasti duduk di tepi saya sebagai peneman seolah-olah tak nak saya sedih,” katanya.
Norhamimah berkata, sejak pemergian suaminya pada 15 November 2022, hampir setiap hari dia akan ke tanah perkuburan untuk menziarah pusara.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak membawa Uteh pulang ke rumah kerana haiwan itu dilihat lebih selesa tinggal di situ.
“Saya memang sayang Uteh namun biarkannya hidup bebas kerana nampak Uteh sihat di situ (sekitar tanah perkuburan).
“Ikutkan saya tak risau sangat dengannya cuma pernah tak keruan selepas ke tanah perkuburan baru-baru ini dan tak nampak kelibatnya.
“Lima hari juga Uteh hilang… cari pun tak jumpa sampai saya nekad cari dengan muat naik hantaran dalam kumpulan WhatsApp kawasan perumahan.
“Tapi saya lega kerana tak lama selepas itu, Uteh muncul semula,” katanya.
Norhamimah berkata, sejak berkongsi kisah Uteh di TikTok, ada yang menghantar kiriman mesej kepadanya dan menyatakan hasrat memelihara kucing kesayangannya itu.
“Mulanya nak bagi kemudian tak jadi lepaskan kerana berat hati.
“Jika Uteh tiada nanti, sunyilah saya kerana tiada peneman bila menziarahi kubur suami.
“Lagipun, Uteh mengingatkan saya dengan suami yang sayangkan kucing dan gemar membawa balik haiwan itu ke rumah,” katanya.
Rumah tangga kita, kitalah yang perlu mencoraknya bagaimana ia perlu berlangsung dengan baik. Namun jangan dibiarkan hilang serinya biarpun telah lama berumahtangga.
Periksa semula masih adakah rasa saying, gurau senda dalam rumah tangga? Ini yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin. Jom periksa semula rumah tangga kita.
Hilangnya seri dalam rumah tangga.
Bila kita dah tak lagi bergurau senda dengan pasangan, bila kita dah tak lagi bergelak ketawa dengan pasangan, bila kita dah tak lagi bermanja dgn pasangan, bila kita dah tak lagi bercerita bertukar pandangan dgn pasangan, bila kita dah tak lagi berkongsi perasaan dengan pasangan, maka disaat itulah SERI di dalam rumahtangga kita sebenarnya dah HILANG.
Kau kau, aku aku…kau dengan cara kau, aku dengan hal aku.
Masing-masing ada kehidupan sendiri walaupun tinggal sebumbung. Masing-masing bawak hal sendiri walaupun tidur sekatil.
Komunikasi dan kemesraan seperti pasangan lain itu tiada dalam rumahtangga yang dah hilang serinya.
Seri dalam rumahtangga tu apa…?
Kemanisan berumahtangga, rumahtangga yang penuh dengan gurau senda, gelak ketawa. Isteri manja dengan suami, suami melayan karenah isteri. Usik mengusik sesama suami isteri.
Beratnya tanggungjawab dan banyaknya kewajipan tidak akan menghalang kita untuk menjadikan rumahtangga kita itu BERSERI-SERI.
Namun, pudarnya rasa, kuatnya pendam perasaan dan banyaknya bebanan yang akan mengakibatkan SERI itu semakin hilang.
Ada yang mgkin kata, sebelum kawin takpelah nak buat semua tu, bila dah kawin mesti lain. Sebenarnya, kita ni perlu sentiasa bercinta dan menyayangi pasangan, bukan ketika tak dapat lagi dan sebelum kawin sahaja.
Nature hidup berpasangan memang perlu ada rasa antara kita dan dia. Kalau tiada rasa, maka kehambaran hubungan akan terasa.
Check balik, adakah rumahtangga kita masih ada SERI…?