Kekeluargaan

Atuk Kreatif, Buat Keretapi Mini, Seronok Cucu ‘Makan Angin’ Keliling Rumah

Share

Atuk buat keretapi mini, seronok cucu ‘makan angin’ keliling rumah. Kasih sayang seorang datuk terhadap cucunya selalu datang tanpa syarat. Datuk sering dilihat sebagai figura yang penuh dengan kasih sayang, kesabaran, dan kemesraan.

Atuk Kreatif, Buat Keretapi Mini, Seronok Cucu ‘Makan Angin’ Keliling Rumah

Kepulangan cucu-cucu ke kampung tentunya saat yang dinantikan oleh seorang datuk. Ketika inilah mereka dapat bermanja dengan cucu-cucu yang amat dirindui.

Menerusi perkongsian akaun TikTok @lisaamanda40 tular video seorang datuk membina sebuah kereta api mini yang lengkap dengan rel di sekeliling rumahnya untuk cucu-cucunya.

Kereta api itu berfungsi boleh membawa penumpang mengelilingi halaman rumah.

Dalam klip video yang tular itu juga kelihatan lelaki itu membawa cucunya bersiar-siar di halaman rumah menaiki kereta api mini yang dibuatnya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya teruja dengan kreativiti lelaki itu yang mampu menyediakan kereta api mini untuk menghiburkan cucu-cucunya ketika pulang ke kampung.

Berikut antara komen-komen warga maya:

Sumber: TikTok @lisaamanda40

Baca artikel lain juga: Ibu Mentua Antivaksin Beri Cucu Demam Makan Madu, Badan Jadi Lembik, Bengkak, Wanita Buat Laporan Polis

Datuk Ramli MS Rancak Bersembang Dengan Anak Perempuannya, Nur Izzara, Riuh Dua Beranak Ni

Boleh Atuk Pegang Sekejap Teringin Nak Cucu, Pakcik Meja Sebelah Minta Izin Pegang Bayi

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

 

Published by
Has