Keibubapaan

Aurat Ibu Masa Menyusukan Anak Kena Jaga, Didik & Ajar Anak-Anak Lain Rasa Hormat!

Share

Kita bertutup dengan kain namun ada waktunya perlakuan kita diperhatikan dengan rasa kurang senang pada orang yang memandang. Begitu juga dengan anak-anak kita yang lain.

Di saat kita sedang menyusu, sambil kita mencari ruang tersorok ada baiknya untuk kita sama-sama menasihati anak-anak lain yang lebih besar agar memberi ruang ibu untuk menyusu. Semuanya sebab aurat ibu dan yang terbaik buat anak lain. Didik mereka rasa hormat dan malu melihat situasi itu.

Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Wan Nur Syakira.


Ibu-ibu menyusu, kita perlu berjaga-jaga bila nak menyusu. Meskipun di hadapan anak-anak , ibu bapa kita, mertua kita apatah lagi adik beradik kita dan ipar duai. Peliharalah aurat.

Menyusulah di tempat yang tertutup. Supaya tiada yang terdedah. Amat tak sopan dan jika menyusu di hadapan orang dengan alasan rapat.

Masih ada aurat dan adab perlu dijaga. Rapat bukanlah sampai kita dedah aurat. Melainkan kita pakai nursing cover, itu tak mengapa.

Bila saya nak menyusu, saya akan beritahu anak-anak lelaki saya berumur 5 tahun dan 3 tahun, ummi nak menyusu di dalam bilik, kalau abang nak masuk bilik , duduk jauh dari ummi. Jangan tengok, ummi malu.
Begitulah.

Surprisingly, dia memahami. Terkeluar di bibir mereka, malu dan keluar. Sekali sekala dia terlanggar tu, ingatkan balik. Sentiasa ingatkan dengan baik.

Para ayah juga bantu ibu untuk punya ruang menyusu. Bila ibu nak menyusu, bawalah anak menjauh dan main bersama untuk distract mereka. Sama-sama ingatkan juga.

Orang sekeliling juga , jika ibu nak menyusu, berikanlah juga ruang sebentar supaya dapat menyusu di ruang tertutup.

Baby nak menyusu, biasanya tak boleh nak tunggu orang habis berborak ke apa. Rasa malu dan cara kita beradab serta memelihara aurat dilihat dan disaksikan oleh anak-anak. Mereka akan mencontohi dan mengikuti.

Pendidikan mengenai malu dan privasi perlu bermula dari rumah. Biar anak-anak tahu adab, etika dan akhlak ketika bergaul meskipun sesama ahli keluarga.
Hilangnya malu dan segan, punca banyak perkara buruk dan dosa.

Sama-sama kita beringat ya.

Wan Nur Syakira

Menarik:Tak Ada Rezeki Susukan Anak Macam Ibu Lain, Tak Perlu Judge, Asal Anak Sihat Membesar!

Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM