Mulianya hati Datin Rebecca Nur Al-Islam apabila mengambil anak angkat perempuan yang dilahirkan 8 Disember lalu.
Bayi perempuan yang diberi nama Nur Aurora Riana Norazam penyeri baru dalam hidup ahli keluarganya selepas kelahiran, Nor Ahmet Al-Reaggan, yang dilahirkan 18 Julai lalu.
Menerusi instagramnya, keterujaan memiliki Nur Aurora adalah pemberian yang sangat berharga dari Allah SWT.
Saya perkenalkan pada dunia, inilah anak perempuan saya Nur Aurora Riana Nor Azam
Ahmet dah dapat adik baru. Ahmet dan Aurora kembar (tahun yang sama lahir)
Rebecca juga menjelaskan, mempunyai anak yang ramai adalah satu rezeki yang Allah nak bagi. Mummy akan jaga Aurora sama seperti abang dan kakak yang lain.
Rebecca juga berkongsi, Aurora seolah-olah tak sabar nak jumpa mummy kerana tarikh sepatutnya dia lahir adalah Januari 2019 dan proses kelahirannya juga sangat mudah kerana lahir di rumah.
Ads
“Semuanya kuasa Allah dan Dia lebih mengetahui segalanya. Mummy juga sangat lega apabila doktor mengesahkan Aurora sangat sihat dan kuat,” jelasnya.
Kini Rebecca dah memiliki 8 orang anak dengan perkahwinannya bersama suaminya Dato’ Norazam lima orang, manakala dua anak dengan hasil perkahwinan suaminya terdahulu serta Aurora yang terbaru.
Benarlah kata orang, anak ramai bukan sahaja rumah makin meriah, tetapi rezeki pun sentiasa murah.
Sumber: ig rebeccanuralislamahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari jauh boleh nampak si anak yang berusia kira-kira 3 tahun itu tergaru-garu. Kulit di lengan dan kaki kering dan kasar serta kemerahan.
“Sila duduk puan, encik” saya mempersilakan ibu bapa pesakit duduk.
“Mungkin boleh pangku anak” saya mempelawa apabila melihat si anak malu-malu mahu duduk di kerusi pesakit.
“Jadi, klinik buat rujukan atas masalah kulit adik. Boleh mak ayah cerita sejak bila anak ada masalah kulit ni?” Saya memulakan pengambilan sejarah penyakit.
“Sejak dia baby lagi doktor. Dalam umur 3 bulan mula ada ruam, tergaru-garu. Pakai ubat sekejap hilang, kemudian dia mai balik”
“Ada apa-apa yang sebabkan gatal kulit itu makin teruk?”
“Kalau cuaca panas sangat, atau dia main berpeluh-peluh, dia akan jadi lagi teruk”
“Ada sesiapa dalam keluarga ada masalah kulit yang sama?”
“Tak ada doktor”
“Ada sesiapa dalam keluarga ada asthma, resdung, pagi-pagi bersin?”
“Saya doktor. Saya ada resdung, sekarang ada temujanji ENT” jawab si ayah.
“Apa punca penyakit ni doktor?”
“Ada makanan yang perlu kita elakkan?”
“Ada ubat yang boleh sembuhkan penyakit ini?”
Baik mak, ayah, mari saya terangkan.
Anak mak dan ayah menghidap eczema.
Ada pelbagai punca yang menyumbang ke arah pembentukan penyakit eczema.
Sejarah keluarga yang menghidap penyakit atopic (hypersensitive kepada faktor persekitaran seperti habuk, debu, panas, peluh). Penyakit-penyakit atopic termasuklah asthma dan resdung (allergic rhinitis)
Kulit pesakit eczema lebih kering berbanding kulit normal. Kulit mereka tidak ‘memegang’ lembapan dengan baik seperti kulit normal. Lembapan mudah tersejat dan menjadikan kulit tersebut kering dan gatal.
Kulit pesakit eczema juga mengalami radang/inflamasi. Radang tersebut dimanifestasi sebagai kemerahan dan kegatalan di permukaan kulit.
Kebanyakan pesakit bukan alah kepada makanan. Mereka sensitif kepada persekitaran seperti habuk, debu, perubahan cuaca dan sebagainya.
Tidak ada SATU saja punca khas yang boleh dielakkan untuk menyembuhkan penyakit eczema. Tidak ada SATU ubat yang boleh sembuhkan terus penyakit ini.
Kata kuncinya KAWAL. Dengan rawatan yang betul, kita boleh kawal penyakit ini daripada menjadi teruk.
Kita kena rawat tiga punca di atas. KERING. RADANG. ALAHAN.
KULIT KERING
Mak ayah, jangan pakaikan sabun antibakteria untuk anak. Sabun antibakteria boleh mengeringkan kulit, membuatkan kulit bertambah gatal.
Cukup guna sabun untuk bayi. Atau kalau mahu, gunakan sabun khas untuk kulit sensitif yang dijual di farmasi-farmasi.
Pelembap sangat penting. Sapukan pelembap pada kulit sekurang-kurangnya 3 kali sehari, lebih kalau kulit sangat kering.
Walaupun kulit tak merah dan gatal, pelembap wajib digunakan setiap hari untuk mengelakkan kulit kering kembali
RADANG
Ubat yang biasa kita guna untuk radang adalah ubat sapuan yang mengandungi steroid.
Mak ayah jangan risau bila dengar perkataan ‘steroid’, kita sesuaikan jenis steroid dengan jenis kulit dan keadaan penyakit.
Yang penting steroid digunakan dengan pemantauan daripada doktor.
Ubat steroid hanya digunakan ketika kulit gatal atau timbul ruam, kecuali jika diarahkan oleh doktor. Jangan gunakan lebih daripada frekuensi yang diarahkan dan jangan gunakan di kawasan yang tidak dikhususkan.
Jika doktor kata krim ini hanya untuk bahagian muka, gunakan di muka sahaja. Jika hanya di badan, jangan sapu di muka. Kerana ketebalan kulit berlainan di bahagian tubuh yang berlainan. Penggunaan steroid secara melulu akan membawa kesan buruk kepada kulit
ALAHAN/ALERGI
Kulit pesakit eczema ini sensitif. Kulit pesakit eczema akan bertindakbalas kepada elemen-elemen yang tidak memberi kesan kepada kulit normal seperti habuk, debu, peluh, cuaca panas dan sebagainya.
Kurangkan pendedahan kepada elemen-elemen yang menyebabkan eczema mengganas.
Sekiranya terdedah kepada habuk dan peluh, cepat-cepat lap peluh dan cuci habuk tersebut.
Elakkan mainan/karpet yang berbulu-bulu serta minimakan sentuhan dengan binatang berbulu seperti kucing.
Boleh gunakan penghawa dingin untuk menyamankan suhu bilik tetapi jangan dipasang suhu yang terlalu sejuk kerana boleh menyebabkan kekeringan dan radang. Disyorkan suhu 23 darjah celcius ke atas.
Ini asas penjagaan kulit bagi pesakit eczema. Eczema mempunyai banyak ‘wajah’, setiap ‘wajah’ ada rawatan tertentu.
Yang penting mak ayah mesti ikut arahan rawatan untuk mengawal penyakit ini.
Ingat, tiada satu ubat ajaib untuk penyakit eczema!
Pemakaian barut kepada bayi sering dikatakan supaya bayi tidak kembung perut. Namun hakikatnya itu bukanlah salah satu punca bayi kembung. Tapi pemakaian yang terlalu ketat kepada si kecil boleh menyebabkan bayi rasa tak selesa dan tidak mengalami jeluak susu.
Perkongsian oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari tentang pemakaian barut kepada bayi mungkin dapat memberi perspektif baru kepada mama papa yang pertama kali ada anak. menurutnya tidak salah untuk memakaikan bayi anda dengan barut namun ada beberapa perkara yang perlu diambil kira.
Ikuti perkongsian beliau:
Patutlah asyik duk terjeluak susu je si comel tu, kemain ketat lagi rupanya barut yang dibalut kat badan dia tu.
Lepas dileraikan barut tu barulah nampak lega baby tu dan tak ada dah duk kerap terjeluak susu lagi.
Macam-macam kepercayaan sebenarnya kami pernah jumpa yang buatkan parents sekali dengan atuk nenek beria nak baby pakai barut.
Ada yang percaya barut tu wajib pakai sebab takut perut baby kembung, risau baby terlebih menyusu, sakit perut dan lagi tak best, ada yang pakaikan ketat-ketat sebab percaya boleh elak perut baby pecah.
Tak betul semua tu ye.
Banyak je punca yang buatkan baby kembung dan sakit perut tapi tak pakai barut bukanlah salah satu sebabnya.
Mak ayah yang tak pakaikan barut tu, tak usahlah risau kalau nampak perut bayi kita tu buncit sikit. Dah memang normal anatomi fizikal dia macam tu.
Sebenarnya barut tu duk dalam kategori aksesori je, bukan keperluan yang wajib balut kat baby.
Tapi kalau memang nak pakaikan jugak barut tu, tolong ikut 3 panduan yang saya kongsikan ni:
#1. Pilih barut yang materialnya diperbuat dari kapas lembut. Cuma kalau nampak si kecil tu ada tanda alahan pada material barut tu, lebih baik elakkan.
#2. Jangan pakaikan terlalu ketat. Kadang tu kita rasa barut tu longgar dah tapi rupanya lepas menyusu terus jadi terlalu sempit.
Sebab tu kena tengokkan jugak barut tu tiap kali lepas berikan susu.
Barut yang ketat akan buatkan isipadu perut jadi terhad lalu risiko si kecil tu muntah dan jeluak bertambah.
Kalau memang nampak dia tak selesa, tanggalkan je benda tu.
#3. Elakkan barut tu cover tali pusat yang masih belum tercabut lagi.
Kita tak nak kawasan tu asyik lembab je sampaikan kuman beranak pinak kat situ. Tu yang silap haribulan budak tu boleh terkena jangkitan dan jatuh sakit.
Nak tau tak punca baby kembung perut?
Bab ni panjang sebenarnya kalau nak sambung cerita kat sini. Tapi kalau ramai yang komen nak tahu pasal tu, nanti saya tuliskan satu artikel khas yang lain insyaAllah.
Kebanyakan bayi dilahirkan bersama tanda lahirnya yang tersendiri. Ia boleh wujud di mana-mana bahagian anggota badan seperti muka, tangan, kaki atau badan. Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis tanda lahir yang boleh dialami bayi. Antara yang paling terkenal adalah tanda lahir jenis ‘port wine stain’.
Apakah tanda lahir ‘port wine stain’?
Secara umumnya, terdapat dua jenis utama tanda lahir iaitu:
Tanda lahir berpigmen: Ia terjadi akibat pigmen yang berlebihan di kawasan kulit tersebut. Kebiasaannya berwarna gelap seperti tahi lalat.
Tanda lahir vaskular: Ia terjadi akibat saluran darah yang terkumpul di bawah kulit. Kebiasaannya berwarna kemerahan atau merah jambu.
Tanda lahir ‘port wine stain’ atau nevus flameus merupakan sejenis tanda lahir vaskular. Ia berwarna seakan-akan merah jambu atau ungu gelap. Kebiasaannya, ia akan terjadi pada kawasan muka, kepala, leher, tangan atau kaki. Pun begitu, ia masih boleh terjadi pada anggota badan yang lain.
Apakah punca ia terjadi?
Tanda lahir ini bukanlah berpunca daripada faktor genetik atau keturunan kerana ia akan berlaku secara rawak pada bayi yang tertentu. Punca sebenar ia terjadi adalah terdapat saluran darah di suatu kawasan kulit yang sempit lalu mengakibatkan darah terkumpul di bawah kulit. Kumpulan darah inilah yang menyebabkan kawasan permukaan kulit tersebut bertukar warna seakan merah jambu atau ungu gelap.
Adakah ia berbahaya?
Sebenarnya, tanda lahir ini tidak mendatangkan sebarang bahaya atau mudarat kepada bayi anda.
Namun begitu, ia mungkin merupakan tanda bayi anda mempunyai kondisi kesihatan seperti sindrom ‘Sturge-Weber’ atau ‘Klippel-Trenaunay’ yang berbahaya kepada tumbesaran bayi anda. Sebaiknya, bawa si kecil anda berjumpa doktor untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai perkara ini.
Perkara yang paling perlu dikuatiri oleh ibu bapa adalah tanda lahir ini mungkin akan membuat penampilan mereka lain daripada yang lain lalu menggugat keyakinan diri mereka, terutamanya ketika menjangkau usia remaja.
Adakah ia akan hilang dengan sendiri?
Hakikatnya, tanda lahir ini adalah bersifat kekal dan tiada rawatan atau ubatan yang boleh digunapakai untuk menghilangkannya. Namun begitu, ibu bapa boleh mempertimbangkan untuk melakukan prosedur laser khas yang boleh memudarkan warna tanda lahir pada bayi mereka bagi tujuan kosmetik.
Namun begitu, ibu bapa seharusnya terus menyemai keyakinan dalam diri anak anda sekiranya mereka mengalami tanda lahir ini. Beritahu mereka bahawa tanda lahir ini bukanlah satu kecacatan atau kelainan daripada individu lain sebaliknya satu keunikan yang tidak semua individu berpeluang mengalaminya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!