“Autism Is No Fun.” Ini Respons Fynn Jamal Bila Tonton Video Remaja Autisme Direman Kerana Sentuh Dada Wanita

Share

Kebanyakan daripada kita mengetahui yang Fynn Jamal mempunyai anak angkat yang mempunyai Autsime Spectrum Disorder atau ASD. Berita mengenai remaja autisme direman kerana sentuh dada wanita  memberikan kesan kepada ibu dua anak ini.

Bakti Arjuna Fitri  yang kini berusia 6 tahun mengalami ASD dan Fynn telah memberitahu yang Arjuna curious with anatomy. Disebabkan ini, dia tidak membawa Arjuna ke taman permainan mahukan playdate dengan anak orang lain.

Berikut ialah perkongsian Fynn di Instagram;

sbb ni aku tak bawak juna pergi playgroud. sbb ni aku tak bagi dia lepas sgt. sebab ni aku tak biasakan playdate dgn anak orang. sbb ni aku lebih galakkan dia buat aktiviti sorang2.

sebab dia autism.

dia kurang upaya utk fikir.

dan orang sentiasa sibuk nak decide apa yang patut dan tak patut kami buat. cuba handle sehari la. tengok larat tak larat.

  1. memang ada anak autism hafal quran. habis tu, berapa ramai anak normal hafal quran, kenapa kau tak hafal sekali?

CURIOS WITH ANATOMY

sorry tone aku pagi ni kedengaran sedikit keras. tapi apa yang aku tonton di @mstaronlineofficial pagi ni betul2 jentik tangkai jantung aku.

sbb juna macam dia.

aku tak pernah cerita sbb xde rasa nak cerita. belum lagi.

sampai pagi ni.

ada banyak spektrum autism. dan banyak juga jenis masalah stimulasi yg mereka ada. variasi. tak pernah sama sentiasa.

juna, seperti lelaki 22 tahun ini, ada sedikit sama. curious with anatomy.

aku tak tau ttg lelaki 22 tahun tadi dan aku tak ada rancangan utk membincangkan ttg dia; tapi juna amat taksub dgn memahami tekstur kulit, bentuk jasad dan sebagainya.

semuanya;

utk seni lukisan / playdoh dia.

SUKA EXPLORE

selalu dah juna tiba2 kejar amoi2 seksi sbb dia nak faham curves. pernah dia pegang dada kakak2 kat pool. badan mummy daddy mmg habis dah dia explore. dia duduk sejengkal dari kulit kita. korek mata kita, kutil2 pusat. renung lama2. nak cuba paham.

sebab itu anak dara aku

SENTIASA PAKAI SELUAR.

juna ada obsession dgn anatomi.

jasad orang;

DAN jasad dia.

 PERNAH LALUI PELBAGAI FASA

dia pernah ada fasa genggam tangan tak mau bukak. pernah ada fasa jalan terkepot2 macam tahan kencing tu— kaki kiri belah kanan, kaki kanan belah kiri. pernah ada fasa konon2 lumpuh separuh badan. bergerak mengengsot. bayangkan dia naik tangga pun sanggup tak mau guna kaki.

autism is no fun.

betul.

but it could be kalau yang menyaksikan cuma kita yg menerima dia. dan bukan engkau2 yg tak habis2 nak expect semua budak autism ni kena genius dan hafal quran.

itu sbb aku lagi happy dia kat rumah. sbb aku tak pernah kisah dia nak selongkar satu rumah satu badan ke— sbb dia tak kacau orang.

sbb hakikat yg paling benar adalah—

no one REALLY cares.

siapa je kisah kalau kami mati.

mmg الله je.

Sumber: Instagram Fynn Jamal

Published by
Azma ML