Keibubapaan

“Autism Memanglah Macam Tu” Anak Autism Ada Peluang Dibantu, Mak Ayah Kena Cari Ilmu Bantu Anak!

Share

Jangan mudah melabelkan anak-anak, lebih-lebih lagi anak kita yang mengalami masalah autism. Anak kecil ini seharusnya dibantu dari pelbagai segi. Kenal pasti anak terlebih dahulu dan kemudian dekati dan bantu mereka dengan baik. Ini usaha yang sepatutnya dilakukan mak ayah, bukan melabel anak.

Perkongsian OT, Siti Aisyah Rozalli ini mak ayah harus fahami. Belajarlah untuk kenal pasti anak dan selebihnya berusaha untuk memberikan yang terbaik pada anak. Mana tahu, dengan kesungguhan kita, anak mampu berdikari sendiri.


Saya risau sebenarnya. Bila saya jumpa parents yang ada anak-anak autism, dan ada yang anaknya dah lebih dari usia 6 tahun, tapi tetap tak tahu beberapa terms yang bakal saya senaraikan ini.

Bukan apa, sebab memahami terms, keadaan dan keperluan anak-anak autism anda adalah sangat-sangat penting supaya anda tidak melakukan keputusan intervensi yang tidak berbaloi.

Berbaloi apa? Berbaloi kepada masa, tenaga, air mata dan wang ringgit yang dikeluarkan.

Kalau 10 tahun dulu, saya faham sebab informasi memang belum banyak. Tapi, sekarang ni, informasi banyak. Cuma, mungkin bila informasi terlalu banyak, parents tak tahu nak pilih informasi mana yang paling tepat dan berbaloi untuk perkembangan anak autism anda.

Ini antara term penting yang anda kena cuba untuk faham. Baca, dengar ceramah, bincang dengan terapis. Penting tau!

1. SENSORY
Sensori ni, maksudnya deria. Ini adalah antara kecelaruan paling utama yang biasa kita boleh lihat pada anak-anak autism.

Jadi, parents perlu tahu jenis-jenis sensori : Auditory, Proprioception, Tactile, Visual, Vestibular, Olfactory, Gustatory, Interoception. Dan ini adalah intervensi yang terpaling utama anda kena letak dalam priority anda. Terpaling utama.

2. SOCIAL SKILLS
Social skills ni, bukan hanya bercakap tau. Banyak. Banyak sangat sangat. Eye contact pun, bukan priority utama bila kita sebut pasal social skills.

Banyak lagi perkara penting macam joint attention, 2-way communication, sequence, pause & participation.

3. PRAXIS
Ini ada kaitan dengan kemampuan anak rancang pergerakan. Motor kasar dia, motor halus dia. Ramai anak autism ada masalah praxis ni. Dan praxis ni lah yang buat anak autism kita mudah nak belajar hand skills atau tak.

Yang ni, lebih cepat kita train, lebih bagus. Kalau anak dah lebih 6 tahun, progress dia untuk kuasai praxis ni, lambat sikit. Bukan tak boleh, boleh. Tapi, lambat sikit.

4. INFANTALIZE
Yang ini amat amat lah pentingnya lah pun. Elak “infantalize” anak sampai besar. Maksudnya? Kita buatkan semua untuk anak kita sebab anak kita special. Latih anak urus diri sendiri. Ini penting. Lagi lama kita “baby” kan dia, lagi susah anak kita nak berdikari.

5. UNDER-AROUSAL vs OVER-AROUSAL
Ni ada kaitan dengan cara anak adaptasi dengan maklumat sensori yang dia dapat. Ini penting tau. Kalau anak kita under-arousal. Kita nak kena bagi dia sensory activities yang tinggikan sikit arousal level dia. Begitulah sebaliknya kalau anak kita over-arousal.

6. BEHAVIOR IS A CONSEQUENCE
Fahamkan setiap tingkah laku yang anak buat, ada penyebabnya. Bukan “sebab anak saya autism” atau “autism memanglah macam tu”. Your child needs help.

Setiap tingkah laku yang dia buat, adalah indikasi kepada sesuatu yang lebih penting dan lebih foundation, yang kita perlu fokuskan semasa lakukan intervensi untuk anak.

 

7. CLINICAL THERAPY & EIP ADALAH 2 PERKARA BERBEZA
Ramai parents rasa yang terapi, maksudnya hantar anak ke special school atau EIP yang setiap hari, dengan nilaian lebih kurang ribuan ringgit. Maka, ramai parents yang rasa, therapy is expensive.

Tapi, sebenarnya clinical therapy adalah waktu anak bersama dengan therapist secara tailored. Maksudnya, anak to 1 on 1 dengan terapis. Di tempat saya, kami cater parents sehingga yang hanya mampu bajet untuk datang setiap 3 bulan.

Maksudnya, lebih kurang dalam RM85 sahaja parents perlu simpan setiap bulan. Kalau tak mampu, bincang. Di tempat kami, ada slot terapi percuma untuk yang tak berkemampuan. Betul-betul kami nak usaha tolong tau.

Setiap 3 bulan yang parents datang, kami akan latih parents macam mana untuk uruskan anak sepanjang sela masa 3 bulan tu. Bincang dengan tempat terapi anda. Cara terbaik untuk anda continue terapi, dengan bajet yang anda ada.

Selebihnya, join je free sharing yang saya dan team buat hampir setiap minggu tu. Yang penting, take your time to learn.

Harapnya perkongsian saya ni buat anda yang ada anak autism jelas ya?

Saya sedih setiap kali saya baca sharing parents yang kata, “memang anak autism macam tu”. Walhal, bila kami yang terapis ni baca, sebenarnya anak tu, ada peluang untuk diusahakan bantuan lagi.

Again…
Usaha tu kerja manusia. Outcome tu, kerja Allah. Kita buat kerja manusia kita elok-elok ya ❤️
Maaf andai terkasar bahasa.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM