Bila berbicara soal anak-anak, bagi setiap ibu anaklah sumber kekuatan yang utama. Zahirnya nampak lemah lembut, namun jangan disangkal kekuatan seorang ibu terutama dalam menguruskan anak-anak.
Begitulah gambaran yang diberikan oleh penulis novel, Bonda Nor apabila bertemu pelakon cantik manis, Puteri Sarah Liyana. Ikuti perkongsian beliau.
Puteri Sarah Liyana. Heroin drama yang diadaptasi daripada novel saya yang berjudul SAYA TUNGGU AWAK.
Masa kami sampai, dia tengah shooting. Tampak dia menekuni wataknya dan cuba mengikut arahan pengarah. Saya tunggu saja dengan sabar.
Usai shooting scene tersebut, producer maklumkan padanya kehadiran saya.
Tapi saya lihat dia tergocoh-gacah mendapatkan dua orang anaknya. Mendukung, memujuk. Ragam anak kecil, biasalah.
Saya juga biasa membawa anak kecil ketika bekerja, memang faham sangat. Letih nak cuba fokus kerja sambil kena fikir segala keperluannya.
Saya biasa bawa seorang pun sudah terasa letihnya. Dia urus dua! Dua orang anak-anak kecil yang sedang aktif.
Saya ibu yang sudah banyak pengalaman pun kadang kalut juga. Dia cuma seorang ibu muda yang masih cetek ilmu dan pengalaman!
Allahu, saya mampu memahami kepayahannya!
Ads
Pihak produser memanggil-manggil lagi namanya, untuk dipertemukan dengan saya.
Sambil mendukung si anak, dia pantas datang mendapatkan kami. Saya serahkan bunga buatnya.
Tampak wajahnya seperti gelisah memikirkan rengek si anak, tapi tetap juga bibirnya tersenyum mesra.
Diajak bergambar, dia ikutkan saja. Ditanya sepatah dua, dia tetap menjawab dengan mesra.
Ya, lembut saja orangnya. Sentiasa tersenyum. Tiada riak kesombongan langsung walaupun dia – selebriti yang punya 1.4 juta followers!
Usai melayani kami, saya lihat dia mendukung anak perempuannya dengan tangan kanan, anak lelakinya dipimpin dengan tangan kiri, menuju ke tandas.
Sekejap lagi, dia sudah datang kembali, sudah bertukar baju, sedia untuk melakonkan scene seterusnya.
Ads
Namun, sebelum scene bermula, ketika krew dan pelakon lain sibuk bersembang, dia terus ralit melayani tingkah anak-anaknya. Subhanallah!
Saya tahu isu keretakan rumah tangganya ketika itu, lalu satu hal terdetik di hati, rasa kagum pada ibu muda ini.
‘Kuat semangat awak, Sarah! Kuat semangat awak membesarkan sendiri anak-anak ini walaupun tanpa suami di sisi. Awak boleh tinggalkan pada pengasuh, tapi tak. Bukan itu pilihan awak. Awak usung juga mereka ke sana sini. Dalam kesibukan awak, tetap juga awak mahu meluangkan masa bersama anak-anak.’
Sungguh, rasa kagum saya bercampur sebak!
Hari ini, saya dapat tahu dia memfailkan satu saman setelah 4 tahun dia cuba bersabar dan terus bertahan. Saya melihat video penjelasannya dan kali ini, air mata saya tumpah.
Ads
“Sarah terpaksa lakukan ini demi maruah, demi anak-anak Sarah.”
Allahu Akbar.
Dia seorang ibu yang setia berjuang untuk anak-anaknya. Lalu saya mendoakan keadilan buatnya, juga yang terbaik buat rumah tangganya.
Saya tidak pernah minat ambil tahu atau masuk campur mana-mana konflik dan gossip artis itu ini, tapi kerana antara sisi perjuangan wanita ini pernah berlaku di depan mata saya, maka saya terpanggil untuk menyatakan sokongan terhadapnya.
Stay strong, Puteri Sarah!
Kudos to all women who fight for their happines and for all moms who fight for their children!
“Ainul nampak sangat comel, bibir dia cantik, pipi dia tembam. Insya-Allah mama akan jaga Ainul walau apa jua ujian dan cabarannya,” kata ibu kepada Ainul Mardhiah.
Nurul Erwani Zaidi, 24, memaklumkan anak perempuannya berusia sembilan bulan itu yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor kini sedang berehat dan berada dalam keadaan stabil.
Melalui status yang dimuat naik di Instagram miliknya, Nurul Erwani berkata, pembedahan membuang ketumbuhan anaknya itu berjaya dan Ainul berjaya melepasi risiko bahaya.
“Alhamdulillah, sampai tidak tahu macam mana lagi nak ucap terima kasih pada doktor yang terbabit. Sangat bersyukur dapat kenal dan jumpa mereka semua.
“Ainul sekarang sedang berehat dan doktor tengah memantaunya,” katanya.
Malah, Nurul Erwani turut memuat naik gambar terbaharu Ainul Mardhiah dan kelihatan anak kecil itu sedang tidur.
Nurul Erwani juga turut menitipkan kata-kata kesyukuran kerana Ainul dah berjaya melalui satu pembedahan besar dan sangat bersyukur Allah permudahkan segalanya. Doa orang ramai yang tak putus-putus buat Ainul juga antara yang diangkat oleh Allah untuk mengurangkan kesakitan yang dialaminya sejak lahir.
Ainul Mardhiah, jangan risau anak mama. Dah tiada lagi benda yang akan ganggu anak mama lagi. Kita doa sama sama ya supaya Ainul Mardhiah sentiasa dilindungi oleh Allah dan diberikan kesihatan yang baik pada hari hari yang akan mendatang❤️
Terima kasih atas doa doa semua rakyat Malaysia, sumbangan dan bantuan yang diberikan sangat sangat bermakna pada kami. Tanpa bantuan semua, Ainul tak mungkin akan sampai di London.
Kami tak mampu nak balas jasa semua orang yang banyak membantu dan mendoakan untuk kami?
Alhamdulillah, nikmat Allah paling besar dan paling berharga ❤️
Semalam, Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan membuang tumor seberat kira-kira 200 gram di mulutnya.
Selebriti, Tasha Manshahar mengakui sejak bergelar ibu kepada dua cahaya mata lelaki ini dia agak sibuk kerana rutin sudah banyak berubah berbanding ketika hanya menguruskan anak pertama dahulu.
Baginya, walaupun sibuk menguruskan anak-anak namun kasih sayang tetap sama dan tidak berubah. Dia juga berkongsi gelagat menjadi ibu kepada dua anak kerana pastinya ada banyak berbezaan.
Ketika menguruskan anak pertama, semuanya teruja dan perlukan persiapan lebih awal. Tetapi dengan adanya pengalaman menjaga anak dan juga barang-barang keperluan anak terdahulu menjadikan dia lebih tenang dan cekap.
“Muammar dulu, cukup time je mommy terus share kepada masyarakat. Barang-barang macam food processor semua sebulan sebelum dah ready.
“Ni anak kedua, sehari sebelum baru punggah store cari balik barang abang dia dulu, baru la nak basuh, sterilize bagai. Pastu ni dah almost seminggu baru lah teringat nak share. Punyalah sibuk jd mother of two 🤣 Tapi dua2 mommy sayang tau.
“Takde siapa lebih atau kurang. Video ni was recorded on the first day dia mula kenal satu lagi nikmat dunia (read: MAKANAN).
Tasha turut berkongsi cara dia memperkenalkan makanan pertama kepada bayinya. Dia turut menggunakan kaedah “4 Days Wait Rule” dimana ianya adalah cara yang sangat mudah untuk memeriksa kemungkinan reaksi terhadap makanan baru seperti sensitiviti makanan atau alahan makanan
“The first 4 days bagi plain porridge. I buat bubur guna beras sumo, masak sampai jadi bubur, then blend halus.
“Alhamdulillah lulus, poopoo okay, tak nampak apa-apa unwanted reaction. Ye! Kena check tau. Sebab ada je anak yang alahan dengan nasi. Now tengah intro vege (spinach) pulak. Sedappp kot spinach. Nanti Mateen boleh jadi kuat macam Popeye. Laaaa!
Guru Bahasa Inggeris yang juga terkenal dengan nyanyian lagu ‘Be Mine’ ini turut menasihati ibu bapa baru agar tidak terlampau memaksa bayi 6 bulan untuk makan dengan banyak kerana bayi di usia ini dalam proses mengenali makanan.
“Just a friendly reminder, misi utama kita adalah untuk INTRODUCE = MEMPERKENALKAN makanan dekat baby. Jadi jangan stress kalau dorang makan sikit. Normal jugak kalau dorang buat muka pelik 😅 Kita sebenarnya nak bagitahu anak ohhhhh selain susu, ada juga benda lain boleh masuk mulut, ada macam-macam teksture, ada macam-macam rasa.
“Nothing to rush. Dorg ada forever untuk explore makanan-makanan yang sedap di dunia ni. Tugas kita adalah sediakan, dan bagi exposure kepada makanan-makanan yang sesuai ikut peringkat umur dia. Dia suka atau tak suka, makan banyak atau makan sikit, itu soal kedua.
“I share benda ni sebab masa Muammar dulu I risau sangat sampai stress sebab Muammar bukan jenis sentiasa berselera makan. Jadi cam frustnyaaa masak macam-macam tapi makannya sikit.”
Kadang kala telatah kanak-kanak ni boleh membuatkan kita ketawa bila melayan karenah mereka.
Sama juga dengan seorang kanak- kanak yang videonya telah dimuatnaik menerusi instagram reel di mana telah meniru gaya ayahnya sehinggakan bukan sahaja cara berjalan dan pemakaian tetapi bahkan perut ‘boroi’ juga ditirunya.
Kanak- kanak tersebut dilihat berdiri di tepi ayahnya dan memakai jubah lelaki dan apa yang menarik perhatian adalah si anak itu meniru gaya ayahnya dan turut memasukkan bola di dalam baju untuk meniru perut boroi si ayah yang membuatkan warganet terhibur.
Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet tergelak dengan kecomelan kanak- kanak yang berani meniru ayahnya sebijik sama dan ramai juga menganggap yang mungkin itu adalah hasil “kerja” ibunya yang mahu anaknya mengikut jejak langkah ayahnya.