Kaum wanita ni ada macam-macam pantang larang yang boleh kita buat kalau ada yang melanggarnya. Salah satu dari kepantangan kaum wanita ni adalah bila tudung yang sudah digosok elok tapi ada yang ‘mengusiknya’ sehingga kerenyuk semula.
Tiada siapa yang berani mendekati tudung yang siap digosok kerana biasanya ia akan dibentangkan sebelum dipakai. Namun, itulah yang dilihat dari video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @nana_izwan.
Di dalam video tersebut boleh dilihat ada seorang kanak-kanak lelaki yang dengan selamba berbaring di atas tudung ibunya. Sudahlah baring, boleh pula siap bergerak-gerak di atas tu. Memang confirm akan komot balik!
Ads
“Pergh.. Awak mampu melepak atas tu ya. Dan mampu tersenyum lagi. Pergh!”.
Mendengar kata ayahnya itu, kanak-kanak lelaki tersebut hanya tersenyum sambil menggerakkan kakinya.
“Bang.. Kalau belum gosok memang namanya tudung bang tapi kalau dah gosok, dia jadi periuk api bang. Tahu tak, Daddy nak lalu pun tak berani bang, ni abang boleh baring atas tu eh. Apa-apa Daddy gerak dululah bang.”
Ternyata gelagat kanak-kanak itu mencuit hati orang yang menonton video tersebut dan kebanyakan meninggalkan komen yang bersetuju dengan ayahnya;
Ads
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 55.8k dan lebih kurang 1000 komen. Diharapkan kanak-kanak lelaki itu dan ayahnya ‘selamat’ kerana merosakkan tudung yang telah digosok si ibu.
Terkejut melihat seorang kanak-kanak kecil berlari di jalan raya! Tular sebuah rakaman video dashcam yang dimuat naik oleh seorang pengguna, Gabriel Liew, di facebook kanak-kanak berlari di tengah jalan raya, Sarawak.
Rakaman video itu telah mengejutkan ramai orang setelah melihat kanak-kanak kecil berlari tanpa ditemani orang dewasa.
Apa yang kagum, tindakan pemilik kenderaan prihatin menghentikan kereta untuk menyelamatkan kanak-kanak kecil itu.
Tiga buah kereta berhenti sekali gus berhenti dan bergegas mendapatkan kanak-kanak itu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
NETIZEN KAGUM SIKAP PRIHATIN
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan mengenai faktor keselamatan anak-anak kecil yang berpotensi terdedah kepada bahaya jika tidak diawasi dengan baik.
Dalam pada itu ada juga menasihati ibu bapa dan penjaga untuk lebih berhati-hati bagi mengawasi kanak-kanak supaya tidak terdedah dengan risiko bahaya.
Sesebuah perkahwinan itu haruslah dibina dengan rasa kasih sayang terhadap pasangan kita. Melayari kehidupan bersama dalam susah dan senang. Isteri seharusnya disayangi dan dilindungi, bukan tempat untuk melepas amarah si suami.
Wanita ini berkongsi cerita tentang arwah kakaknya yang didera oleh suami sepanjang perkahwinan mereka. Sehingga ke hujung nyawa, arwah kakaknya tetap mahu melindungi aib si suami.
Hai semua. Nama saya Rina. Saya belum berkahwin, masih bujang pada usia 29 tahun. Saya sebenarnya ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang kawan lelaki. Nampak dia serius untuk membawa perhubungan kami ke langkah seterusnya tapi saya yang tidak bersedia.
Jarang kan kalau perempuan yang tak ready dan mengelak bila ajak kahwin? Tapi itulah yang berlaku dalam hubungan kami. Saya tahu, kadang-kadang Saiful (bukan nama sebenar) bosan dengan saya. Dia bersungguh-sungguh dengan komitmen ni tapi saya? Kadang-kadang rasa nak minta putus, tapi saya sayangkan dia.
Ada sebab mengapa jadi macam ni. Saya takut, jadi trauma bila sentuh bab rumah tangga ni. Saya dah tengok sendiri macam mana arwah kakak saya, Nina (bukan nama sebenar), teruk ‘dikerjakan’ suaminya dulu. Abang ipar saya memang kejam! Dulu, setiap hari arwah Nina didera oleh Abang Jaafar. Bukan setakat pukul tapi dia hina dengan kata-kata.
Nina ni orangnya baik sangat, sebaik-baik manusia. Dalam keluarga kami, dialah yang paling lembut, penyabar dan suka bercerita yang baik tentang orang lain. Jarang sangat nak dengar dia bercakap buruk pasal orang. Sebab tu, kami sekeluarga sayang sangat dengan Nina. Nina ni tak jauh beza umurnya dengan saya, cuma setahun.
Disebabkan perangai dia yang baik macam tu, maruahnya dipijak-pijak Abang Jaafar. Setiap hari, pantang ada salah sikit dipukulnya Nina. Bukan sikit-sikit, sampai berbirat dan lebam pada badan Nina. Dia punya pukul, macam Nina tu punching bag. Tak ada fikir dua kali.
Disebabkan saya dan Nina ni rapat, saya rajin juga ke rumah dia. Saja-saja lepak di sana. Kebetulan Abang Jaafar ni dia pemandu lori jadi jarang ada kat rumah. Ada satu hari tu, saya pergi rumah dorang macam biasa. Dari luar, saya dengar suara Abang Jaafar terpekik-pekik marahkan Nina. Saya apa lagi, terus meluru masuk. Terkejut Abang Jaafar waktu tu, terus dia blah.
Saya tanyakan pada Nina, kenapa dia kena marah. Bibir dia luka. Tapi Nina cuma beritahu yang dia ada buat salah, lepas tu Abang Jaafar tertolak dia. Jadi luka dekat bibir dia tu sebab tergigit sendiri. Come on, saya bukan budak kecil. Saya tahu, dia kena tampar dengan Abang Jaafar. Dia buat Nina macam punching bag!
Waktu perkahwinan Nina ni, dia tak ada anak. Tapi, pernah dia ceritakan sebenarnya dah dua kali dia mengandung. Cuma tak ada rezeki kandungan tu gugur. Macam mana boleh gugur, saya tanyakan pada dia. “Aku jatuh Rina, entah kenapa cuai sangat. Sekali jatuh dalam toilet, yang sekali tu kat tangga.” Saya tahu, dia menipu.
Macam mana saya tahu Abang Jaafar ni kaki dera? Sebab saya pernah nampak sendiri, dengan mata saya ni! Waktu tu saya lepak rumah Nina macam biasa. Sebab kebetulan Abang Jaafar nak kena ke Kedah buat penghantaran. Jadi saya plan nak temankan Nina. Waktu nak ke toilet, saya dengar Nina kena marah dengan suami dia. Lepas tu ada dengar macam bunyi barang jatuh.
Saya tahu salah untuk menerpa masuk, tapi naluri saya sebagai adik, saya rasa penting untuk selamatkan kakak saya. Saya terus masuk dalam bilik. Apa yang saya nampak, serius saya tak pernah imagine akan berlaku pada kakak kesayangan saya. Waktu tu, Abang Jaafar tengah cekik Nina. Sampai terangkat badan Nina, bayangkan betapa kuatnya dia kena cekik tu!
Tindakan saya waktu tu, saya terus tolak Abang Jaafar ke tepi. Saya tarik tarik tangan dia untuk lepaskan Nina. Tapi kudrat lelaki cukup kuat, saya gagal lepaskan Nina. Depan mata, saya dengar Abang Jaafar maki si Nina. “Kau celaka, perempuan sial. Berkahwin dengan kau tak pernah menyenangkan. Bawak sial tak habis-habis. Perempuan tak guna!.” Itu ayat Abang Jaafar sebelum dia pijak perut dan hantuk kepala Nina di lantai.
Lepas tu dia lari keluar. Saya punyalah takut waktu tu, tapi saya kuatkan semangat. Saya minta jiran sebelah rumah Nina waktu tu untuk tolong angkatkan Nina. Terima kasih Kak Siti dan Abang Hamdan. Doranglah yang bantu aku untuk bawa Nina ke hospital. Aku dah menggigil teruk, nak drive kereta pun tak mampu.
Sampai di hospital, Nina dikejarkan ke wad kecemasan. Lebih kurang sejam macam tu, doktor keluar dan maklumkan yang Nina dan meninggal dunia. Ya Allah, remuknya hati saya waktu tu. Saya terpaksa maklumkan pada ibu ayah dan adik-beradik yang lain tentang Nina.
Disebabkan jarak usia kami yang dekat, memang saya dan Nina macam kembar. Kami rapat. Jadi sebenarnya hal dia kena pukul dengan Abang Jaafar, semuanya saya dah tahu. Bila saya ajak dia buat report, dia tak mahu. Dia kata buruk macam mana pun, Abang Jaafar tetap suami dia.
Itulah sebabnya saya suka melepak di rumah Nina. Saya harapkan dengan cara tu, saya dapat bantu dia untuk tidak didera. Tapi kadang-kadang, perkara biasa kalau Nina dimaki dengan perkataan kesat depan saya. Punyalah hati kering Abang Jaafar tu. Sebab itu saya tahu selama Nina jadi isteri, dia banyak terseksa. Jarang balik kampung, sebab banyak kesan dera pada muka dan badan dia. Nina tak mahu ibu ayah tahu dia didera.
Bila dah macam ni, saya tak ragu-ragu untuk buat report. Terus saya bawa kes ni ke muka pengadilan, agar kematian Nina terbela. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan. Soal Abang Jaafar, rasanya kalian pun boleh agak apa jadi pada dia kan? Malas saya nak cerita lebih-lebih.
Ini bukan cerita filem, bukan rekaan. Ada sebenarnya isteri-isteri di luar sana yang ‘dibuli’ suami mereka sendiri. Padahal isteri sepatutnya dibelai manja dan disayangi, tapi diperlakukan sebegitu kejam. Sebab itulah, sampai sekarang kisah Nina ni effect kepercayaan saya terhadap Saiful, saya takut bila dah kahwin dia akan jadi macam Abang Jaafar.
Tolonglah, saya mohon agar kalian doakan kebahagiaan saya. Sedekahkan juga Al-Fatihah pada arwah Nina sekiranya kalian membaca coretan saya ini. Terima kasih kerana sudi luangkan masa. Saya hargai sokongan kalian semua. Terima kasih.
Sekiranya ada ingin berkongsi sebarang cerita atau pengakuan menarik, sila klik KONGSI CERITA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terkini, Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson kelihatan memadam segala hantaran terdahulu dalam akaun Instagramnya. Kelihatan hanya sebuah video buat tatapan umum.
Dalam video pendek yang dikongsi, Zahnita tampil memakai ‘hoodie’ dan berkaca mata, sambil terlihat sebak sebelum memberikan isyarat ‘mini love’.
Menerusi kapsyen ringkas tetapi penuh makna, Zahnita menzahirkan tanda terima kasih atas ucapan dan sokongan diberikan pengikut dalam media sosial.
“Assalamualaikum, terima kasih atas ucapan dan sokongan semua. Saya akan bersama dengan anda sedikit masa saja lagi.”
Dalam pada itu, pelakon filem Kuliah Cinta ini juga memutuskan untuk menyerahkan urusan perniagaan pai yang diusahakan kepada dua kenalannya buat sementara waktu.
Sehingga kini, hantaran berkenaan menerima hampir 24000 tanda suka sambil dususuli dengan pelbagai komen warganet.
Wargamaya menitipkan doa dan menyampaikan kata-kata semangat kepada Zahnita atas apa yang sedang dilaluinya dalam kehidupan.
Sebelum ini, wanita berusia 39 tahun ini mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga, sekali gus menarik perhatian ramai.
Beberapa hari lalu, Zahnita berkongsi di Instagram tentang penderitaan yang dialaminya dalam rumah tangga dengan memuat naik gambar keadaan matanya yang lebam.
Semalam, Mahkamah Majistret Kuantan membenarkan perintah reman tiga hari terhadap suami Zahnita.
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.