Bukan semua yang kita inginkan akan diperolehi. Biarpun mungkin sudah dirancang teliti dan sudah mencuba sehabis baik, tetap gagal untuk memenuhi jangkaan kita.
Sebagai seorang ibu, itu adalah perkara biasa yang akan kita lalui. Dek kerana menginginkan yang terbaik untuk anak-anak, kita selalu mendesak diri sendiri melebihi kemampuan.
Baca Juga:
Gelagat Anak Dengar Pesanan Ayah Cuit Hati Warganet. Siap Muncung-Muncung Mulut Dia!
Jadi ‘Menteri Kewangan’ Dalam Rumah, Almy Nadia Senyap-Senyap Menyimpan Untuk Masa Depan Anak
“Awak Mampu Lepak Atas Tu & Tersenyum Ya.” Anak Selamba Duduk Atas Tudung Ibu, Ayah Yang Cuak!
Apabila tidak berjaya, perkara itu membuatkan kita stres dan merasakan diri telah gagal. Sebenarnya perasaan sedih itu normal, ikuti penjelasan dari Pija Ramli yang merupakan seorang Developmental Psychologist berkaitan hal ini.
Semua Emosi Tu Menunjukkan Kita Ada Otak Emosi Yang Sihat..
Tahu tak?
It is normal to feel sad bila kita tak dapat apa yg kita nak.
It is normal to feel anxious bila kita menunggu dan berharap utk sesuatu berlaku.
It is normal to feel dissapointed bila kita ditipu, dipermainkan, atau telah gagal.
Awak tak lemah.
Awak tak menidakkan semua rezeki yg Tuhan dah bagi.
Awak tak keterlaluan.
Semua emosi tu valid.
Semua emosi tu menunjukkan kita ada otak emosi yg sihat.
Semua emosi tu menjadikan kita ‘manusia’.
Tapi apa yg kita kena ingat adalah,
Semua perasaan itu hadir bersebab & ianya akan hilang atau tetap ada bergantung pada cara kita mengawalnya. Cepat atau lambat prosesnya juga bergantung pd support yg awak ada.
Semua perasaan itu Allah s.w.t hadirkan utk ajar awak sesuatu cuma kadang kala ianya lambat, kadang kala ianya cepat utk awak faham hikmahNya.
Apabila emosi sebegitu hadir tiba-tiba, berubah mendadak, telah mengganggu kehidupan seharian, segera dapatkan bantuan. Sebab Allah s.w.t juga menyuruh kita berusaha menyembuhkan, berdoa & kemudian tawakal kepadaNya.
Mendapatkan bantuan, makan ubat adalah salah satu usaha yg dituntut.
Dan bila ada seseorang yg mengadu tentang emosinya, masalahnya, just stay & listen. Seriously they don’t need your advise, your positive words, they just need someone to stay & listen. Itu sgt membantu insya Allah.
Kemudian, awak boleh tambah bantuan (sekiranya awk mampu) – ‘ apa yg sy boleh buat utk bantu awak? ‘ ‘ im here if you need help to manage this ‘
Bukan mereka tak mampu urus sendiri, tapi mungkin mereka dah terlalu penat utk berfikir dgn baik & tenang. They need some support to survive. They need someone to hold.
Pija Ramli
Kepada awak yang memerlukan.
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!