Anak-anak kita sememangnya berbeza. Ada yang sejak awal lagi sudah pandai membaca dan cepat tangkap dalam pembelajaran. Pun begitu anak yang pandai membaca dan pandai dalam akademik ini dikatakan tidak pandai menguruskan emosi sendiri? Benarkah?

Pn. Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist, BEYOND Home Therapy berkongsi informasi dan fakta mengenai pengurusan emosi ini.

Awal-Awal Dah Pandai Membaca, Anak Pandai Akademik Tak Pandai Urus Emosi, Pakar Kongsikan Faktanya!


ANAK PANDAI AKADEMIK, MESTI TAK PANDAI URUS EMOSI?

“Anak cepat pandai membaca ini mesti mak ayah pentingkan akademik sahaja!” 🥱

Maaf, saya tak setuju dengan kenyataan di atas. Jangan begitu kawan-kawan, bila kita ada mentaliti sebegini sebenarnya mungkin kitalah yang mempunyai masalah. Masalah terlampau “judge” orang lain tanpa melihat sesuatu secara holistik.

Bila anak pandai abc awal, dikatanya mak ayah “drill” anak belajar awal, tak pandai urus emosi dan tidak beradab.
Tahukah yang anak-anak ini personaliti, minat dan style pembelajaran berbeza?

Awal-Awal Dah Pandai Membaca, Anak Pandai Akademik Tak Pandai Urus Emosi, Pakar Kongsikan Faktanya!

Ada anak yang jenis:
1. Serius
2. “Playful”
3. Sensitif
4. “Determined”

Minat dan hobi yang berbeza:
– Melukis
– Membaca
– Berimaginasi
– Berlari atau bersukan
– Bercakap dan lain lain

Awal-Awal Dah Pandai Membaca, Anak Pandai Akademik Tak Pandai Urus Emosi, Pakar Kongsikan Faktanya!

Serta corak pembelajaran yang berbeza. Contohnya anak yang jenis personaliti “determined” atau “strong willed”, dia tengok mak ayahnya selalu membaca di rumah. Disebabkan anak jenis kalau nak sesuatu, dia akan usaha dapatkan juga. Tak mustahil anak umur 3 tahun sudah pandai meminta mak ayah ajarnya membaca.

Macam saya sendiri juga pandai membaca umur 3 tahun sebab suka menyibuk nak belajar juga bila mak saya ajar kakak dan abang saya di rumah. (Saya, kakak dan abang jarak umur setahun-setahun)

Tiada paksaan, tiada stress dan alhamdulillah tiada masalah tidak reti berkawan. Malah lagi seronok sebab dapat peluang menyibuk.

Membaca, menulis dan mengira tidak salah di ajar awal pada anak SEKIRANYA:

1. ANAK SUDAH BERSEDIA
– Contohnya skil menulis, ada skil pra menulis yang anak perlu mahir dahulu sebelum belajar menulis.
– Skil ini boleh dilihat seawal anak umur 2 tahun dan boleh didedahkan seawal anak umur 1 tahun (menconteng).
– Mak ayah perlu belajar dan selidik betulkah anak betul-betul sudah bersedia untuk belajar.

2. ANAK YANG MAHU BELAJAR
– Contohnya, mak ayah selalu membaca buku di rumah.
– Anak juga boleh timbul minat membaca dan selalu minta mak ayah bacakan buku.
– Bila anak umur 3 tahun, anak yang asyik minta nak belajar membaca.
– Anak yang mahu belajar awal, bukan mak ayah yang mahu anak pandai cepat.

Awal-Awal Dah Pandai Membaca, Anak Pandai Akademik Tak Pandai Urus Emosi, Pakar Kongsikan Faktanya!

3. PERKEMBANGAN YANG LAIN NORMAL
– Jika anak tiada masalah perkembangan yang lain terutamanya skil bahasa, motor kasar, motor halus atau skil sosial, tiada masalah untuk dedahkan anak awal sekiranya anak yang berkobar-kobar mahu belajar.

4. JADUAL FLEKSIBEL
– Tiada jadual yang tetap, anak yang buat keputusan bila dia mahu belajar dan berhenti belajar.
– 100% tiada paksaan semasa umur 6 tahun kebawah.

Betul, selain IQ tinggi kita perlu juga merangsang perkembangan EQ anak. Tetapi bukankah lebih elok jika kedua-duanya dirangsang dengan baik terutamanya jika anak yang mahu belajar. Sebab itu saya selalu tekankan dalam parenting ini tiada betul dan tiada salah.

Cuba bayangkan, anak umur 3 tahun minat sangat untuk membaca. Mak ayah pula terlampau taksub dengan perkembangan emosi anak sahaja sehingga membantutkan minat anak.

Anak suka tengok buku, kita paksa anak melompat-lompat di rumah. Umpama anak jenis visual, kita paksa dia jadi kinestetik.

Awal-Awal Dah Pandai Membaca, Anak Pandai Akademik Tak Pandai Urus Emosi, Pakar Kongsikan Faktanya!

Tak ke buat anak lagi stress dan putus asa mahu belajar?

Pokok pangkalnya disini, semuanya bergantung pada anak.

– Ajar anak awal tak ada masalah sekiranya anak yang mahu belajar, betulkan niat kita. Adakah kita ajar anak awal untuk berlumba anak siapa paling pandai ataupun anak yang mahu pandai?

– Anak yang pandai membaca, mengira dan menulis awal tidak semestinya tak pandai urus emosi ataupun tidak beradab kerana setiap anak mempunyai personaliti, minat dan style pembelajaran yang berbeza.

– Anak yang lambat pandai dalam akademik juga tidak semestinya tidak berjaya di masa akan datang.

– Jauh lagi perjalanan hidup anak. Perlu tanam mindset ini.

Semoga bermanfaat, terima kasih.

Apa pendapat mak ayah semua, betul ke anak yang pandai akademik tak pandai urus emosi?

Artikel berkaitan: Dah Masuk Sekolah Tapi Anak Tak Pandai Membaca Dengan Lancar, Cuba Cara Ni

Pakar Jelaskan Anak Pandai Baca Seawal 5 Tahun Bukan Kerana Latihan Membaca Tapi Sebab Ini

Awal-Awal Dah Pandai Membaca, Anak Pandai Akademik Tak Pandai Urus Emosi, Pakar Kongsikan Faktanya!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI