Musim cuti sekolah ini pastinya mak ayah tidak lepaskan peluang untuk membawa anak bercuti. Biarpun bercuti, SOP seharusnya jangan dilupakan bagi menjamin keselamatan anak-anak kita.

Selain SOP yang perlu dijaga, membawa anak-anak bercuti menuntut lebih perhatian dari kita sebagai mak ayah. Pelakon dan penyanyi Lufya Omar juga turut membawa anaknya bercuti pada minggu lalu.

“Awal-Awal Lagi Kena Cakap Supaya Behave”, Lufya Kongsi Tip Bawa Anak Bercuti!

Kata Lufya yang baru pertama kali membawa anaknya bercuti dengan menanti kapal terbang memberi satu pengalaman baru bagi dirinya. Katanya menerusi instagram, banyak yang dipelajarinya sepanjang percutian bersama anaknya, Lana Haura.

“Alhamdulillah ada rezeki jalan-jalan lagi ya baby girl. First time jalan holiday macam ni best sangat! Lapang fikiran dan bebanan di dada,” tulisnya.

“Awal-Awal Lagi Kena Cakap Supaya Behave”, Lufya Kongsi Tip Bawa Anak Bercuti!

Dalam pada itu, Lufya juga tidak lokek berkongsi tip untuk membawa anak bercuti. Malah ketika menaiki kapal terbang misalnya, banyak perkara perlu mak ayah persiapkan supaya anak kekal diam di tempat duduknya. Ini yang dikongsikan olehnya.

Tips nak bawak anak jalan bercuti
1. Awal-awal nak kena cakap dengan dia please behave and be a good girl ok. Suka jalan-jalan kan kena dengar cakap tau.

2. Jika korang menaiki kapal terbang, pastikan anda tahu tentang peraturan membawa naik botol cecair ke dalam kabin. Selalunya, botol yang mengandungi cecair lebih daripada 88ml tidak dibenarkan. Jadi, pastikan anda menyemak isipadu susu, losyen anak anda. Losyen cari yang calming wangi. Sapu tu baca la selawat agar anak tenang tak jadi baby monster👻 Hahaha

“Awal-Awal Lagi Kena Cakap Supaya Behave”, Lufya Kongsi Tip Bawa Anak Bercuti!

3. Bawa pakaian, diapers extra. Lampin anak kadangkala bocor selain daripada mereka suka main dengan makanan dan comotkan baju. Standby wet tissue! penting sgt!!!!

4. Bawa kudapan kegemaran anak dalam flight. Anak kecil mudah meragam apabila perut mereka lapar. Kasi makanan favaurite dia. Beg kena macam poket doraemon macam-macam ada!

5. Sewaktu island hopping dan aktiviti snorkeling/dive, air mineral sangat diperlukan sebab nanti tekak rasa kering/perit sebab banyak tertelan air masin.

6. Baca surah Taha 1-5 untuk lembutkan hati anak supaya dengar cakap kita.

“Selamat bercuti loves,” kongsinya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Wow patutlah Haura baik dan mendengar kata malah kata Lufya lagi anaknya cukup berani memegang burung dan melakukan pelbagai aktiviti lain.

Semoga dengan tip ringkas ini dapat membantu mak ayah ketika bercuti kelak.

Terdahulu, Lufya mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lana Haura yang kini sudah pun berusia 3 tahun.

Bagaimanapun pasangan ini akhirnya bercerai pada 17 Jun lalu.

Artikel berkaitan: “”Seronok Tengok Anak Happy Luar Biasa Perasaan Tu, Bawa Anak Bercuti, Lufya Gembira Tengok Keletah Anak

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI