“Awal-Awal Memang Tak Kongsi” Haris & Neelofa Kongsi Foto Anak Kedua Bila Tiba Waktunya

Share

Pendakwah bebas, Haris Ismail mengambil pendekatan tidak akan mendedahkan wajah cahaya mata kedua mereka sehinggalah tiba waktunya.

Pendirian itu sama seperti apa yang dilakukan terhadap anak sulung mereka, Muhammad Bilal yang dilahirkan Januari tahun lalu.

Bagaimanapun baik Neelofa mahupun Haris berpendapat, pendekatan yang dilakukan atas alasan tertentu itu tidak bermakna mereka akan menyorokkan si kecil daripada keluar ke tempat umum.

Sebaliknya, sebagai ibu bapa perkara utama yang menjadi tunjang dalam membesarkan anak-anak adalah membiarkan mereka menjalani kehidupan normal.

“Kami buat sama macam sebelum ini (tak tunjuk wajah). Awal-awal memang tak kongsi, tunggu nanti waktu yang sesuai.

“Setiap ibu bapa pun punya pendirian sendiri (kongsi gambar bayi dalam media sosial).

“Kita tetap akan bawa keluar. Tapi nanti ada kata pula kalau ada yang ambil gambar. Kita mampu jaga selagi boleh,” katanya.

Muhammad Haris Mohd Mohd. Ismail atau PU Riz mendedahkan isterinya sedang menanti masa di hospital untuk melahirkan cahaya mata kedua mereka.

Published by
NuFa